hujan! - Mis Diarios

Wednesday 29 November 2017

hujan!

Hari yang terlalu panjang untuk aku. Hakikatnya, semua yang berlalu terasa begitu cepat! Ditemani 2 ketul jerawat yang setia melekat dekat dahi. Dahlah muka gemuk pastu ade pulak jerawat. Lewls. Tapi sebab tu lah aku selalu rasa aku ni comel sebab aku ada pakej yang orang lain takde. Muka gemuk + jerawat + mata panda. Bagi sesiapa yang ada kelebihan macam aku ni, jangan sedih dan downgrade kan diri sendiri sebabnya kita kenalah sentiasa bangga dan bersemangat cam aku jugak. Hahaha semua yang bagus bagus semua cam aku. Pang kang!Aku cuba memfokuskan bebola mata ke arah apa yang lecturer tulis pada papan putih. Mencatit laju segala informations yang takde pada notes. Back on track! Walaupun aku kuat berangan terutamanya berangan anak raja tolak aku main buai, namun hakikatnya sekarang ni aku tidak berada di atas buaian tapi kat dalam kelas. huh! Sebab tu lah kena back on track. Apa yang penting niat kita nak belajar ni betul, kerana Allah swt. Nak berjaya dunia dan akhirat macam kata prof Muhaya.

Jarum jam menunjukkan tepat pukul 4.05 petang. Aku mengemas notes yang bersepah atas meja sebaik sahaja lecturer aku announced class dismiss. Sambil membetulkan cermin mata aku yang melondeh di atas batang hidung, aku bergurau gurau senda dengan deskmate aku. Sebelum keluar dari kelas aku sempat usha muka aku dekat selfie camera phone. Duhhhh! Ade jerawat baru dekat atas hidung! Patut lah aku rasa sesuatu sangat hari ni. =’) sebelum keluar dari kelas, Dr.Bil sempat cuit aku.

“Nini, macam nak ujan la. Kita harap sangat time kita berjalan bawah hujan, ada orang yang tetiba offer nak payungkan kita.” *sambil kelip kelip mata

Aku hanya buat muka menjengkelkan. Tangan ke bahu mata ke atas. Selalunya kalau Dr.Bil cerita sesuatu yang berbaur romantik, aku akan menjadi orang yang membosankan. Sebabnya aku je selalu nk jadi hero. Sebagai contoh, cite katun boboboi. Aku nak jadi hero jugak tapi nama aku bobogirl. And akulah penyelamat bumi yang mempertahankan koko tok abah daripada dicuri alien. Aku punya taksub sampai kucing aku pun aku buh nama ocobot =’) Baru tahu kan tahap berangan aku memang melangit! Pastu aku suruh Dr.Bil jadik Adudu. Dan kalau ada kengkawan lain yang join perbualan aku, aku suruh dorang jadi watak lain yang lawak lawak jugak macam papa zola ke gopal ke. 

“Ishh oklah bye! Orang nak balik dulu” Dr.Bil masam mencuka. Dan aku berjalan keluar dari kelas dengan hati yang senang. 

macam ni lah aku jalan keluar dari kelas!


Petang itu, awan mendung bagaikan tidak sabar hendak memuntahkan laharnya selepas proses penyejatan. Setelah beberapa hari tak hujan, akhirnya hari ni hujan akan turun! Kelihatan kilat berlawan lawan dilangit. Sekelipan cuaca yang cerah bertukar menjadi gelap macam dalam cite godzila saat godzila tersebut nak mendarat ke bumi. Baru sahaja dua tapak keluar dari pagar uni, awan pekat tadi terus sahaja memuntahkan air ke bumi! Maka berhujanlah aku!

“Allahumma soyyiban nafi’a” – Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat!

Aku berlari lari anak dan saat aku lalu kat tepi sungai belakang uni, ade kereta pecut laju dan langgar lopak air. Maka akibat daripada perlanggaran tersebut habis aku basah kene lopak air. Ishhhh kurang hasam betul. Habis cermin mata aku basah terus tak nampak jalan aku dibuatnya. Teruk betul. Maka didalam hujan yang lebat dan petir yang terlalu kuat, aku berhenti di tepi jalan berdekatan dengan sungai yang mengalir deras. Aku lap cermin mata dan tiba-tiba.. ada orang menghulurkan payung.

“Nampak awak jalan dalam hujan dari tadi..”

Aku diam je tak balas.

“Duduk mana? Jom saya drop awak tapi kita share payung la”

Aku berjalan dibawah payung bersama seseorang yang misteri itu. Walaupun hujan lebat dan kilat sabung menyabung tapi aku rasa bagaikan ada pelangi yang muncul. Kedua belah mata aku yang rabun ni, terus keluar symbol love macam dalam emoticon tu. Sepanjang perjalanan ke hostel, aku tunduk ke bawah. Orang misteri cuba berbual:

“Orang mana?”

“Saya orang Johor. Pasir Gudang..”

“Haaa ape eh sama lah!”

Wahhh bulat mata aku saat mendengar persamaan aku dengan orang misteri.

“Saya duduk dekat bangunan kaler pink tu” aku bagitahu dekat orang misteri sambil menunjukkan bangunan ancient yang bewarna pink. Dia payungkan aku betul betul dekat bawah blok apartment. Aku menghantar orang misteri dengan pandangan dan melambaikan tangan dari jauh saat dia memandang aku.

‘Terima kasih orang misteri sebab sudi payungkan dak yang bajet diva dan kuat berangan ni! Allah bless you’ *flying kiss

walaupun hujan tapi still ada pelangi untuk aku. ha cemtu


Aku percaya kalau dari awal kita ada niat yang baik, tak kisahlah dalam situasi apa Allah mesti akan tolong. Dan kalau kita susah nak jumpa orang baik kat sekeliling kita, kitalah yang kena jadi baik dulu! Fyi, orang misteri tersebut, adalah seorang perempuan ya! Hehehehe

Thank you for reading


30 comments:

  1. Comel je part kuat berangan tu.. hahaha

    ReplyDelete
  2. anyway take care and be safe okay

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Md suke tgk boboboi ke hehehe

    ReplyDelete
  5. Amboi, dengan kita pun sekali berangan ni hahahahah

    ReplyDelete
  6. bila nak update ni dah berjanggut tunggu mung

    ReplyDelete
  7. hehe happi sangat beruang tu (^_^)

    ReplyDelete
  8. comel beruang tu... bukan main happy lagi dia

    ReplyDelete
  9. seriusla jalan keluar cam bear tuuu....
    haha nak tengokkkkkkk

    ReplyDelete
  10. muka gemok ada jerawat dan mata pada..tak kisah la mcm mana rupa nya pun janji hati baik..jerawat tu x lama lelama hilang la ek..jgn susah hati eh

    ReplyDelete
  11. hahahaha.. kuat berangan ea.. nanti suruh adudu tarik kaki balik sebelum fly lagi tinggi keh

    ReplyDelete
  12. Berangan-rangan tu ok lelama nanti jadikan lah kenyataan ya ;-)

    ReplyDelete
  13. Pakai safi untuk hilangkan jerawat.. hehehe

    ReplyDelete
  14. nk kecut jerawat bedak sejuk gaul dgn serbuk kayu manis. dh kecut tu guna krim aiken. haa gitulah.

    ReplyDelete
  15. Thanks sudi follow belog kite~ ^^ hiks! btw kite dah follow sini tau! ^^ hohoho *sorry tergediks tanpa sengaja...* nice sharing sis! dah macam baca novel pulak... nanti sambunglah lagi ye... heheh :)

    ReplyDelete
  16. Samalah kita tapi kak ana ada satu jerawat je atas dahi ni. Bukan main bahagia dia timbul kat situ

    ReplyDelete
  17. hahaha...jgn stress baru jerawat tak naik

    ReplyDelete
  18. ade jerawat pun tetap comel...hehehe...

    yg part share payung tu, sy pun pnh alami bnda yg sama...hehe...

    ReplyDelete
  19. ahahaha.. kuat berangan betul ni.. alhamdulillah ada yang sudi nak menolong :)

    ReplyDelete
  20. ehehhe.kuat berangan .sama laa kite heheee

    ReplyDelete
  21. Ohh, pompuann rupanyaaaaa..kalau laki mesti lagi panjangggg cite nyeee kannnnn~
    HAHAHHA

    ReplyDelete
  22. anggap laa berangan tu sebahagian drpd doa ;-)

    ReplyDelete
  23. btl tu sis, akak setuju sgt klu nak org baik ngan kita kita kena baik ngn org dl

    ReplyDelete
  24. Hambik siap dengan boboiboy la boboigirl laa, mempertahankan koko tok Aba. Wait wait wait, betul ke siap bagi nama ocobot dekat kucing? Haha, tetiba dapat idea nak letak nama Obito dekat kucing. By the way, orang misteri tu jantan ke pompuan? XD

    ReplyDelete
  25. Laaa... ingatkan jejaka misteri tadi.... 🤣😂🤔😎🤗

    ReplyDelete
  26. Berangan tak kena bayar.. akak yang anak dua nie pun rajin beangan.. Tapi bila niat baik mesti perkara baik yang berlaku..

    ReplyDelete