self rewards! - Mis Diarios

Sunday, 15 October 2017

self rewards!

Image result for tumblr sakura moving cartoon



Hari ni adalah hari yang paling bermakna. Adakah dikira keterlaluan kalau aku ceritakan hari yang bermakna ini adalah kerana ini adalah kali kelima aku mendapat GPA yang melayakkan aku untuk mendapat anugerah dekan? Sepanjang perjalanan aku di uni, aku seorang yang sangat push diri sendiri. Melihatkan abang aku bekerja keras siang malam membanting tulang sebab nak tolong aku bayar yuran, adalah sesuatu yang menjadikan aku seorang yang semangat dalam journey ni. Tipulah aku tak sedih. Sedih je tapi aku sejenis yang cepat move on kalau aku sedih lama- lama pun bukan ada sejuta jatuh atas kepala wkwkwwk. Kawan aku cakap aku ni high determination. Kalau aku nak, then aku akan buat. Gagal? Banyak kali je. Takyah kire lah. Aku penah je kena buat remedial untuk kertas microbiology ii and heamatology ii sebab aku failed time midsem. Tapi, aku apedehal...hahahha dah lecturer bagi chance buat remedial then bagus ah boleh improve gred. Then, aku penah dapat kosong terus untuk paper addmath. Agak agaklah nak fail kan ni kosong terus dah macam si nobita. 

Bukan nak cakap aku bangga dengan cerita gagal aku, tapi hakikatnya apa yang aku nak sampaikan ialah dalam kegagalan tu, kita kena sentiasa ada semangat untuk bangkit dari kegagalan. Plus, kadang kadang tak perlu pun jadi seorang yang terlalu memikirkan apa orang lain nak cakap sebab aku ni kekadang jenis yang lantak lah janji aku bahagia and stop comparing yourself with others. kamon man! Tiap orang ada kelebihan masing-masing even kau tak jumpa lagi apa kelebihan kau, but trust me kau takkan jumpa kalau kau terus jadi pemalas and cepat give up.

 A diamond produced through frictions!- cikgu kimia aku yang cakap. 

 Bosan la jadik pamalas kau tak penat ke jadi pemalas?!- kawan aku yang cakap

 Hahahaha- aku yang gelak. Ceh! 

Tapi sebenarnya bukan ini yang aku nak sampaikan. Hari yang bermakna hari ni sebab aku dapat beli nasi arab sebab kononnya nak reward diri sendiri. Aku keluar dari kedai nasi arab dengan senyuman yang sampai ke telinga. Adalah sesuatu yang jarang pada aku untuk menikmati makanan yang sedap pada hujung minggu bila aku di uni. Kalau weekdays, aku makan nasi and sayur, then sekali tu jelah aku makan untuk hari tu. Kalau aku makan kfc, then samalah jugak tu je aku makan untuk satu hari. Aku sangat jarang makan makanan yang berat berkali-kali kalau aku dah sampai hostel. Well, student yang duduk hostel mesti faham kot kenapa. Aku taknak lah tambah cerita sedih aku. Kan aku hari ni nak reward diri kononnya! Pada yang mampu nak beli makanan yang sedap-sedap tiap hari then alhamdulillah lah rezeki. 

Mata aku bersinar apabila terbau nasi arab tersebut. Perghhhh sedap seh bau dia! Aku rasa macam nak menangis sebab bau dia sedap sangat =’). Kalau masuk dalam perut aku lagi sedap tak terkata.wkwkwkwk. aku berjalan dengan hati yang senang. Siap lalala lagi.. namun, hari yang dijangka panas sampai ke petang tapi hujan di tengah jalan. Hujan lebat turun dengan tiba-tiba. Aku berlari ke bus stop berdekatan untuk berteduh. Aku tengok keadaan nasi arab dalam beg plastik yang aku pegang. Fuhhh! Nasib ok lagi. Dari arah bertentangan aku berdiri, kelihatan ada seseorang berbaju lusuh, bermuka comot dan kotor turut berlari ke arah bus stop tempat aku berteduh. Dia menggigil-gigil kesejukan sambil memerah sebahagian bajunya yang basah akibat terkena air hujan. Sejurus itu, dia memunggah tong sampah yang turut berada di tepi bus stop. Mencari sisa-sisa makanan yang ada. Lapar barangkali. Keadaannya sama seperti kucing yang menguis mencari makanan. aku memberanikan diri mendekati dia.. 

“pak cik..” * sambil menghulurkan bungkusan nasi arab yang aku beli tadi. 

Dia menyambut pemberian aku lalu terduduk dan menangis teresak-esak seperti anak kecil yang mahukan ibunya. Dia melihat aku dengan pandangan yang berkaca tanpa sebarang kata. Mungkin itu tanda terima kasih. 

Benar! Dalam rezeki kita ada rezeki untuk orang lain dan mungkin nasi arab yang aku impikan ni rezeki dia. Aku tak sedih malah ada satu perasaan lain yang terkandas seolah lebih gembira daripada apa yang aku rasa masa lepas beli nasi arab tadi. Aku mula melangkah bila aku lihat hujan seakan mahu teduh. Dan saat aku mulakan langkah pertama dia bersuara kepadaku;- 

 “Sabarlah dengan kesabaran yang benar. Sabar dengan kesabaran Nabi Ibrahim” 

 Sesuatu yang cukup ringkas tapi sangat tepat untuk aku saat ini. Aku teruskan langkah untuk balik. Dan bila beberapa langkah aku toleh ke arah bus stop tadi, tiada sesiapa di situ. Aku jadi bingung! Kemana dia pak cik tadi. Lalu hari ini apa yang terlintas di fikiran aku adalah sangat random iaitu hari ni Allah ajarkan aku, manusia tak ramai yang baik. Maka, jadilah yang sedikit itu - baik

Dan, dalam rezeki kita ada rezeki untuk orang lain.

Aku melangkah pulang dengan perasaan mix feeling. Mengharapkan semangat yang baru yang lebih positif untuk hari-hari seterusnya. 

‘Sabarlah dengan kesabaran yang benar yakni seperti kesabaran Nabi Ibrahim’

*thank you for reading*

37 comments:

  1. Wahhh semoga akak murah rezeki. That's a good decision. Tabik!.

    ReplyDelete
  2. Saya sayang kakak ! Teruskan berusaha nuwomm ����

    ReplyDelete
  3. Lamanya mis tak update blog hehe by the way tahniah atas anugerah dekan tu and alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. semoga murah rezeki sentiasa.

    ReplyDelete
  5. At last a new entry from you after so long of dissapearing. Adore your writing MD!!! So excited to see ur new update!

    ReplyDelete
  6. What comes from the heart goes to the heart. This is a compliment for you after long time no see. I dont know why i feel so close when i read your writig. S

    ReplyDelete
  7. What comes from the heart goes to the heart. This is a compliment for you after long time no see. I dont know why i feel so close when i read your writig. S

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..tahniah yer....mesti abg bangga dgn adik dia nih.. <3

    ReplyDelete
  9. ‘Sabarlah dengan kesabaran yang benar yakni seperti kesabaran Nabi Ibrahim’
    Suka quote ni. Nak copy n save ye

    Btw.tahniah jugak. 😊

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, rezeki pakcik tu yang datang melalui awak.

    Misdariouss berwajah baru ye...hampit tak kenal tadi.

    ReplyDelete
  11. baju baru ni blog ni..hehehe..cantik..apapun tahniah my dear..:)

    ReplyDelete
  12. tahniah sis... tahniah sebab Allah bagi situasi yg menguji kesabaran sis, berkongsikan rezeki dnegan pakcik tu secara spontan, ada kala kita mungkin tertanya tanya benar ke apa yang dibuat tu. tapi sis abaikan semua perasaan itu demi mendapat rezeki Allah yang lebih bermakna... nice sharing sis....

    ReplyDelete
  13. Congrats! And what you did is a lovely gesture towards the man. Ada rezeki kita pada orang lain dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  14. Tahniah ye MD. Hakak suka dengan semangat awak tu. Betulkan kejayaan tu bukan mudah dicapai. Perlukan usaha yg tak mengenal putus asa...

    Tak kisahlah...yg penting kita buat baik kerana Allah kan

    ReplyDelete
  15. tahniah dikk ! alhamdulillah dpt peluang tu. kak nina pun pernah failed subjek nsib dpt konvo dgn kengkawan lain 😅 dont give up. haii singgah pg buta sblm lena

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. tahniah. keep up the good work.

    ReplyDelete
  17. Lama x updateeee.. exam ke tu

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah..semangat mcm tu kita nak..bukan senang woo nk dapat CGPA untuk dapat anugerah DEKAN..just go for it..u can do it..in sha allah

    ReplyDelete
  19. Tahniah! atas anugerah dekan tu ya dan tahniah juga kerana sanggup berikan nasi arab tu pada yang lebih memerlukan. Allah knows best.

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah tahniah... moga2 dgn anugerah tu makin bersemangat lg utk terus berusaha!

    ReplyDelete
  21. tak sangka sy baca sampai habis, awk memang seorang yg baik hati, tahniah dean list :)

    ReplyDelete
  22. I love youuu MD!!! ;-*
    Congrats!

    ReplyDelete
  23. شركة امست للتنظيف افضل شركة لتنظيف المنازل والشقق والفللوالبيوت والمجالس والكنب والمفروشات والخزانات بالقطيف والمنطقة الشرقية لديها عمالة مدربة وخصومات هائلة طما توفر خدمات مكافحة الحشرات ورش المبيدات بالقطيف باسعار رخيصة ومناسبة وخصومات هائلة

    شركة امست للتنظيف
    امست للنظافة القطيف
    شركة امست لمكافحة الحشرات
    شركة امست لرش المبيدات

    ReplyDelete
  24. افضل شركة تنظيف بالقطيف تقدم خدمات نظافة متكاملة علي اعلي مستوي بدقة وجودة ومواصفات قياسية واسعار تنافسية فتعد الشركة الاولي بالقطيف لتقديم خدماتالتنظيف بجودة وسعر مثالييينفهي خير مثال لراغبي الحصول علي نظافة شاملة مع التعقيم وباسعار مناسبة

    شركة تنظيف بالقطيف
    شركة تنظيف منازل بالقطيف

    ______________________________________________________________________________________________________________________


    شركة كشف تسربات المياه بالقطيف
    شركة تنظيف مجالس بالقطيف
    شركة تنظيف خزانات بالقطيف
    شركة شفط بيارات بالقطيف

    ReplyDelete
  25. هل تعانون من الحشرات وكثرتها واضرارها البالغة نقدم لكم افضل شركة لابادة جميع انواع الحشرات بالضمان وهي شركة المثالية لمكافحة الحشرات حيث تقدم اليوم افضل العروض والخدمات بارخص الاسعار بخصم 50% لفترة محدودة

    شركة المثالية لمكافحة الحشرات
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالخبر
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالقطيف
    ______________________________________________________________________________________________________________
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالاحساء
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالجبيل
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بجدة

    ReplyDelete
  26. شركة المثالية للتنظيف افضل شركة تنظيف بالمنطقة الشرقية تخصصت في تقديم كافة الاعمال المنزية من نظافة ومكافحة حشرات بالمنطقة فلديها افضل الخدماتبافضل جودة واوبارخص الاسعار التي لا تتوفر الا معها كافضل وارخص شركة تنظيف بالاضافة الي خدمتا مكافحة الحشرات ورش المبيدات الامنة والفعالة علي الحشرات بجميع انواعها .. تقدم لكم اليوم افضل العروض والخدمات بخصومات هائلة يمكنكم الحصول عليها من خلال الروابط التالية

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للنظافة
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالقطيف

    ReplyDelete
  27. Gagal tu asam garam kehidupan... bila kita jatuh, kita bangun semula dan jadikan ia motivasi untuk melonjak lebih jauh lagi...

    ReplyDelete