Mis Diarios

Sunday 28 July 2019

aku pergi pasar malam!

05:53 55
aku pergi pasar malam!
Assalamualaikum~

Selalunya bila tiba waktu petang, perut aku memang dah terbiasa rasa lapar. Dah banyak kali aku plan bila petang je dalam pukul 6 macam tu, aku kena pergi berjoging. Tapi, aku seolah- olah ada dua kuasa minda. Yang satu suruh aku pergi makan sebab perut aku lapar plus aku ada gastrik macam mana kalau aku pergi joging pastuh aku pengsan? Yang minda aku lagi satu pulak cakap, kita kena jaga kesihatan dari muda. Kena jaga makan dan kena selalu bersenam. Semua kena start dari awal. Prevention is always better than cure. Tapi, aku sejenis cepat pening bila confuse, jadi, bila aku pening selalu aku tidoq je. Hahahah. Dan esok pun aku akan lalui situasi macam ni. Eh tetiba sampailah dah nak masuk bulan 8. Sampai la ni aku tak pergi joging. Adalah sekali dua tu pun sebab aku kena paksa dengan membe aku. Dia nak tunang tapi dah gemuk so baju tunang dia tak muat. Jadik, aku kena paksa teman dia pi joging eventhough bila petang je perut aku lapaq. Guess what aku tak pengsan pun. Hahaha.

Jadi, despite of kekalutan ini, aku telah membuat keputusan untuk pergi ke pasar malam. Sebenarnye aku tak tahu area mana ada pasar malam hari ni. Tetiba aku teringat kawan aku. Dia ni memang hapal semua pasar malam yang ada atas muka bumi ni. Kau tanya jelah warung kak limah ke abang dolah ke semua dia tahu. Kira dia ni macam yellow pages aku lah. Hahahaha. So, aku pun call beliau.

"tuttt tutttt.." *bunyi dering telefon.

Tak sampai 10 saat..

"Helloo haiii.." Suara meriah Ain menyahut.

"Hai Ain, apa khabar?"

"Kabo baik. Haaa apesal? Tetibe tanye kabo"

"Wuahahaha :P Weh malam ni pasar malam area mana ade?"

Maka Si Ain tu pun explain kat aku blaa.. blaaa blaa.. Siap rekemen aku warung mee goreng banjir..

"OOookay Ain.. Thank you.." Aku memutuskan talian dengan keriangan.

Eceli aku plan nak pergi pasar malam sebab aku nak melihat dunia luar dan aku rindu nak pergi tempat macam tu. Bunyi bising pasar malam. Bau makanan yang macam- macam. Tengok air yang warna- warni. Ahhhhh semua tu cukup untuk aku rasa rindu pada waktu aku kecik- kecik.  Kebiasaannya, semakin gila dan dahsyat bebanan kerja aku, semakin jauh aku pergi. Hari ni bebanan kerja dan kerja- kerja universiti okey okey je. Semua under control. Sebab tu aku plan nak pergi tempat yang dekat- dekat je.

Cam biasa sebab aku tahu ini favourite place aku. Jadi, aku kena elak untuk daripada membazir. Sebelum pergi pasar malam, aku dah siap- siap tukar duit rm50 kepada rm10-rm10. Pastuh aku letak sekeping rm10 dalam poket seluar and the remaining aku letak dalam wallet. So, kalau nak beli apa- apa aku guna duit yang dalam poket je ah.

To be honest, aku spesis perempuan yang cepat rambang mata bila tengok makanan. Walaupun aku seorang yang bermulut kecik, tapi perut aku ade banyak space gak nak muat macam- macam. Aku jalan sepanjang pasar malam sehinggalah mata aku tertancap pada stall orang jual jagung bakar. Sebab ni lah favourite aku sepanjang zaman. Bak kate Dr Bil, " Asal ada jagung je ada nini" T_T

Jadi aku telah memborong jagung bakar untuk diri aku. Pastuh, aku nampak nasi ayam. Aku pun beli nasi ayam. Bila aku nampak coconut shake Klebang aku pun nak coconut shake Klebang. Tapi aku saje je pi tanye soalan tak masuk akal kat penjual coconut shake tersebut...

"Pakcik Avocado Chocholate ade tak?"

"Dikk sini jual Coconut shake je.. Avocado kalau adik nak kene pi Melaka sendiri.."

wkwkwkwkkw..

"Aik.. Ni ada tulis Klebang.. "

"Ni saje je dik kasik market.."

Wkwkwkwk. Semua orang yang ada kat pasar malam ni aku tegur. Penjual DVD haromm pun. Dia jual DVD rm5 aku pergi mintak offer rm3. Sudahnye dia taknak jual pun kat aku. wkwkwkwk.

So, instead of dapat berbelanja tanpa mengikut nafsu, aku dapat tengok macam- macam ragam orang mencari rezeki. Seronok jugak lah. Sebab aku memang suka observe. Ni pun salah satu cara aku release stress. Daripada buang masa, baik cari something yang membuatkan kita lebih bersyukur. ye tak?

Bila sampai je umah aku menikmati jagung bakar dengan penuh perasaan. Guess what sedap giler sampai nak nangis. Eventhough aku tak dapat pergi 4fingers last week, dapat jagung bakaq pun jadik lah. Hhahahaha

tadaaaa... 


bai see you later. 

*thank you for reading* 




Wednesday 3 July 2019

Life Update!

07:39 27
Life Update!
Assalamualaikum~

Yihaaaa. Setelah setahun aku baru nak tulis blog pasal life update. Like seriusly dude? 
Eceli aku sebenarnye busy. Busy dengan kehidupan aku. Tapi orang kata kita ada 24 hours, so, takkanlah doplohpat jam tu kau busy, eh nok? Tu sume alasan! Malas aku nak dengar. Yang sebenarnye kau pemalas. Wkwkwkwkwk. 

Tetibe aku nak throwback. 

Itu hari aku ade pergi backpack dengan ron ke Melaka. (beberapa tahun yang lalu) Sebenarnye tak backpack pun sebab aku bawak luggage ala ala diva. Perancangan last minutes selalunye berkesan. And yeahhh ni lah perancangan last minute aku dengan ron itu jam! And kitorang plan nak pergi Tanjung Bidara. Aku google Tanjung Bidara cantik, lokasi bulan madu and so on. wkwkwkwk. So aku pun tersetuju nak pergi sana! 

Bayangkan aku habis kelas pukul 6 petang. Aku balik bilik macam flashman ambik luggage pastu bergegas terus ke LRT Glenmarie dan dari Glenmarie ke Salak Selatan dan seterusnye ke TBS. Hahahaha. Guess what tiket pukul 8 malam tapi aku baru tergedik-gedik sampai salak selatan pukul 7.45 kot camtuh. Pastu sampai je jerit cam pontianak. Aku kalau jumpa bff memamng camtuh. To make it short, aku dengan ron kene tinggal bas. Hahaha. Bayangkan dahlah dah book hotel. Masa tu pulak nak beli tiket ke Melaka memang sold out. Nak ikutkan hari-hari biase melambak je tiket ke melaka kat TBS. Tiap jam pun ade. Tapi malang tidak berbau. Satu tiket pun tak dapat. 

So, sebab aku lapar mase tu, aku ajak ron pergi makan dulu kat kepci. Sambil makan tu, kitorang termenung memikirkan nasib. Dan.. 

"Ron apa kata kita pergi melaka naik grabcar?"

Kesian kan? time tu kenderaan sendiri tak ada lagi. Berharap pada public transport je tapi kan dah malam? Tiket pula sold out semua. So aku terpaksa suggest rancangan gila dekat ron. 

So, Ron pun book grab and hampir semua grab drivers reject kitorang. Tapi sebab aku tak putus asa, sambil tengah makan kepak ayam, aku try lagi book grab dan, tiba- tiba dapat notifications yang ada orang accept booking kitorang ke melaka. Tak sampai 5 minutes driver misteri tu suruh tunggu kat gate 5. Dahlah aku tengah mencekik ayam so kelam kabut ah aku kemas2 ayam kepci wkwkwkwkwk. Aku dengan ron pun happy gile sebab kitorang tak perlu kuburkan hasrat kitorang nak ke Melaka. 

So, pergilah aku ke Melaka dengan Ron di malam hari dengan menaiki Grab car. Awkward gile hahaha. Sebenarnye aku ade rahsie nak bagitau hihi.. malu iteww nak cakap.. Sebenarnya itew tak pernah naik grabcar ke tempat yang jauh malam- malam. Ni kalau mak aku tahu mesti aku kene petir ngan mak aku. wkwkwkwk. Tapi aku jujur lah kat mak aku naik grab tapi nasib mak aku tak myocardial infarction. Mak aku kewl je.~

So time aku naik grab itu malam, baru rasa rehat sikit daripada terkejar- kejar sana sini, akhirnya aku pun pasang niat nak tidoq je ah. Aku tengok ron kat sebelah aku ni cam gangster je tido siap silang kaki. Driver grabcar ni bawak kete macam Tokyo Drift bai! Bergegar 8 Skala ritcher tapi aku tengok Ron tenang je tidur sambil melayan spotify beliau. 

Entah bila aku terlelap aku pun tak perasan. 

Dan aku terjaga apabila telefon aku vibrate. 

Aku mendapat panggilan misteri dekat whatsapp call. Pemanggil misteri tu punya DP ialah menggunakan background itam bertulisan merah yang menitis macam darah. Ianya berbunyi begini 
"Aku parangkan kau" 
Bila aku terbaca je, terus terpelanting handphone aku! Aku telah mengalami simtom tachycardic and palpitations pun tak stabil. Sebab aku takut sangat nak kene parang dengan orang tu, aku pun reject banyak kali. Tapi, banyak kali juga dia call aku balik. Hahaha. Then aku angkat je ah. Seriusly aku ingat along nak offer aku pinjaman wang berlesen. 

"Hello, nur ada?" Pemanggil di sana bertanya.

"Ni sape ni?" Aku tanya balik tapi dalam keadaan ngantuk ngantuk gitu. 

"Hello boleh pass kan phone kat nur tak? Ni isa"  Jadi, pemanggil misteri tu ialah Isa iaitu pakwe kepada Ron pada waktu itu. Tapi aku ter-involuntary action, tercakap kat dia nanti aku suruh Ron call balik. 

"Pap" Aku terus off call and sambung tidoq. 

Pada pukul 11 malam kami dah sampai dekat bandaraya Melaka. Aku tengok sunyik gilaa... Tak macam Key El and Jay Bee yang meriah sampai pagi. Macam tak tidur. Tetibe aku teringat cerita hantu yang aku baca dekat Melaka. Pasal Melaka ni tempat bersejarah, tempat pendekar and pahlawan dedulu. Jadi takleh mulut celupaq. Nanti ade bende ikut balik. Eh. Tapi aku tengok Ron kewl gile. Sempoi je layan lagu ape tah. Baik tak payah pakai ear phone sebab satu kete pun dengar lagu Ron. T_T 

Sampai je dekat hotel, grab driver turunkan luggage kitorang dekat lobby hotel dan sejurus je sampai kitorang ape agi check in ah terus. Tapi lobby hotel kemain gelap sampailah dekat kaunter check in hanyalah berbekalkan lampu bulat yang bergoyang- goyang tu je yang cukup-cukup menyinari penjaga kaunter tu. 

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Aku rase ade ah rupe cam hotel Transylvnnia.

"Boleh berikan number booking cik?" 

Ron pun scroll- scroll kat mail box beliau. Dan bila je terjumpa, dia pun pass kepada penjaga kaunter tu. 

" Okay bilik cik berdua berada di tingkat 7. Enjoy!" 

Fuhh aku ngan ron pun ape agi excited ah. Hahahah kitorang masuk je. Fuhhh besar gile and cantik ! Bilik kitorang siap ade bath tub agi.

Sebab penat sangat, lepas siap- siap aku terus tidoq. Sebab esok banyak tempat nak berjalan and kitorang nak check in chalet esok! Nanti aku share agi. bai! 




*thank you for reading*



Friday 13 April 2018

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa

00:13 43
Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa



Assalamualaikum~ 
walawehhh chu ols.. for the first time ai bersegmen.. sebelum ni semua harus sedia maklum aku memang tak pernah nak join apa apa segmen organized by any blogger sebab aku kan busy. HEHEHE bajet perdana menteri je an tapi hakikatnya betul la. So since sekarang aku tengah having my leisure time, so aku join segmen kak siqah making a blog list. Blog Siqahiqa ni best sebab kalau nak beli buku atau nak tengok movie, boleh terjah Blog Siqahiqa ni sebab normally kak siqah dah review dulu dahh. OK sonang yo kalau ko nak join segmen kak siqah ni.. apo nunggu lai gi la polo molo Blog Siqahiqa like fb dio semuooo buek apo yang disuroh nu. haahahaha aku nak koba selain aku banggo bonar ngan JB aku pun banggo ngan nogori.. sebab tu kampung aku yang tercinto. wkwkwk *tetibe saka nogori masuk time aku type ni sebab tu lah. 


*thank you for reading this* 

Sunday 8 April 2018

Inspirations ~

22:46 47
Inspirations ~
Assalamualaikum~
Adakah ini yang dinamakan monday blues.. tapi nak diikutkan an aku hari hari pun monday blues.. wkwkwk. Maybe aku perlukan motivation spirit yang banyak daripada setiap penjuru.. 
Itu hari aku ada dapat message 'Hakakkkk lamenyewwwww tak updatewwww manewwww menghilanggggwww.. (perlu ke ko nak tambah www pada akhir perkataan?) 'akakkk kenapwww dhww lamww xdww post bruww' (ni pun same haa.. pang ko kang..)
Walaupun kehidupan hakak hambar dan tak glemer macam Kim Kardashian tapi hakak tetap ada naluri untuk kelihatan vouge de vas. As kalau orang sekeliling hakak mesti tau ah kan sekarang ni hakak tengah strive untuk dapatkan kulit yang bebas daripada acne instead of dapat result distinction in each examination -,- duhhh. Never in my life aku membahasakan diri aku as hakak yewwww aku rasa totally like pondan. 

Tetibe pintu bilik aku diketuk bertalu-talu. Anak fruit aku memang dah jadi habit mereka setiap pagi lepas je bangun tidur akan masuk bilik aku and start ganggu hidup aku. So aku pun dengan excited, i called him " haiiii abangg ( aku panggil anak fruit aku abang) iyommm ikit.." 
Abang pun bagilah morning kiss kat aku pastu an dia tutup idung dan berkata " ucuknya.."
Whatt? dia kata aku busukk? ni yang bikin aku melenting..sudahh lah..malas layan..boo~

ok back in reality and focus on what i am trying to say. Since aku ada jumpa sorang budak junior and she seems like tengah depress. Aku kata first year memang macam tu where kita nak sesuaikan dengan situation in terms of friends, surrounding, studies.. Aku pun macam tu jugak satu ketika dulu.. Kita ni kemana- mana pun akan ada je masalah hatta dok umah pun. Orang kata ahhh stress ah dok sini bla blaa pecaya lah cakap aku kalau kau lari dok dalam hutan sembunyi dalam gua pun, ade je masalah.. 

Nobody is perfect. Tu semua orang tau tapi still aku nak mention lagi. Kita akan mula rasa seseorang tu perfect only if we know her externally. But, when you go deeper, the perfectness will shed one by one. Trust me. Sebab aku pernah je ada dalam situasi di mana aku berjumpa dengan seseorang dan bila je dia discovered my flaws, she left me, she avoided me and let me walked the journey alone. Back then it was when i was in my first year. I learned that kita jangan percaya orang sangat. Silap besar aku sebab aku ni sejenis creature yang cepat percaya dengan orang. Aku bercerita dan mengharapkan orang yang mendengar menjadi a good listener to me but somehow i was wrong. And aku telah di judge based on my stories. Tapi bermula dari sini aku belaja untuk tidak judge seseorang daripada cerita diorang. Every person has a reason why this and that happened. 

Aku tak sedih. 

Tapi aku kecewa dengan diri sendiri why aku percaya pada orang yang salah? 

As time passed, i let the time cure my heart. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan hari tu macam biasa sementara tunggu next class, aku akan pergi surau untuk solat zuhur dengan ditemani Rav. If korang baca blog aku dari awal mesti perasan aku pernah mention pasal Rav ni sebab dia je sudi layan aku merepek and ajar aku cakap tamil -,- 
Lepas solat aku lipat telekung sambil berbual kosong dengan Rav. Cam biase ah aku mesti akan buat fikiran dia porak peranda. Dah ramai orang aku try jodohkan dengan Rav ni temasuk ah sorang lecturer India kat faculty kitorang wkwkwkwk tapi effort aku tak pernah berjaya buat masa ni sebab dia punya taste tinggi takleh bla.. Tapi sorry ah awal awal lagi dia dh reject Fattah Amin sebab ape tah aku pun tak tauu.. Yang penting dia syok gila kat Jul Ripin padahal aku yang bagitau dulu kat dia aku suke jul ripin tapi apa yang aku suka why dia nak suka jugak? whyy? Rav i warn you, you takkan berjaya rampas Jul dari i.. Tunggu i dah tawar hati dengan Jul baru you boleh amek Jul dari i.. wkwkwkwk. ceh bajet aku tiap malam whatsapping je ngan mamat ni.. Anywayyy wkwkwkkwk gelak besar. 


Tadaaa ni lah Rav. Macam Sonam Kapoor tak? Sorry pic aku takde sebab aku kan ber identiti misteri disebalik karakter Mis Diarios. 

Dan mungkin aku pada zahirnya seorang yang happy go lucky. I tend to make a joke with people around me. Paling kerap sekali lawak hambar mesti pishangg gila layan aku an. Tapi ade aku kesah. Cam biase ah bosan ke tak bosan ke aku pakse Rav layan aku wkwkwkkw. 

Daripada happy, suam- suam kuku, hambar.. Aku dengan Rav banyak berjalan bersama. Spend time pergi library buat thesis together gether. Dalam ketegangan sampai hampir gibab asik kene reject je dengan lecturer and kena re-do balik, Rav tepuk belakang aku.

"Dont worry we always can do this!"

"Ok."

"Nini, kau ok ke?"

Sebenarnya tak ok. Tapi tak tahu lah aku rasa macam nak tegelak sebab, Rav ni kekadang ada split personality. Kekadang dia cakap 'aku' kekadang cakap 'ai'. Tapi aku layan je bila Rav in character. wkwkwkwk. Dan macam tulahh hari-hari yang seterusnya. 


Nahhh amek Rav dari sudut sisi pulak. wkwkwk. Macam Doctor kan? (she is doctor in the making)

Kekadang kita sibuk nak buat baik dengan orang lain, sampai kan kita tak perasan siapa sebenarnya yang concern dengan kita. Aku tak cakap Rav kawan yang perfect untuk aku tapi we accept our weakness and complete each other. Dan bila seseorang tu nampak kekurangan kita dan masih pilih untuk stay, maka dialah sahabat kita. Ada juga yang cakap biarkan aku sensorang tak de kawan pun takpe but believe in me kita yang hidup ni saling bergantungan we need each other. Manusia secara fitrah perlukan teman. 

Hari- hari yang aku lalui jadi lagi menggembirakan, apa yang aku dapat simpulkan ialah kita akan jadi lagi gembira kalau kita give more and expect less. toodles xoxo 

*thank you for reading*