Life Update! - Mis Diarios

Wednesday 3 July 2019

Life Update!

Assalamualaikum~

Yihaaaa. Setelah setahun aku baru nak tulis blog pasal life update. Like seriusly dude? 
Eceli aku sebenarnye busy. Busy dengan kehidupan aku. Tapi orang kata kita ada 24 hours, so, takkanlah doplohpat jam tu kau busy, eh nok? Tu sume alasan! Malas aku nak dengar. Yang sebenarnye kau pemalas. Wkwkwkwkwk. 

Tetibe aku nak throwback. 

Itu hari aku ade pergi backpack dengan ron ke Melaka. (beberapa tahun yang lalu) Sebenarnye tak backpack pun sebab aku bawak luggage ala ala diva. Perancangan last minutes selalunye berkesan. And yeahhh ni lah perancangan last minute aku dengan ron itu jam! And kitorang plan nak pergi Tanjung Bidara. Aku google Tanjung Bidara cantik, lokasi bulan madu and so on. wkwkwkwk. So aku pun tersetuju nak pergi sana! 

Bayangkan aku habis kelas pukul 6 petang. Aku balik bilik macam flashman ambik luggage pastu bergegas terus ke LRT Glenmarie dan dari Glenmarie ke Salak Selatan dan seterusnye ke TBS. Hahahaha. Guess what tiket pukul 8 malam tapi aku baru tergedik-gedik sampai salak selatan pukul 7.45 kot camtuh. Pastu sampai je jerit cam pontianak. Aku kalau jumpa bff memamng camtuh. To make it short, aku dengan ron kene tinggal bas. Hahaha. Bayangkan dahlah dah book hotel. Masa tu pulak nak beli tiket ke Melaka memang sold out. Nak ikutkan hari-hari biase melambak je tiket ke melaka kat TBS. Tiap jam pun ade. Tapi malang tidak berbau. Satu tiket pun tak dapat. 

So, sebab aku lapar mase tu, aku ajak ron pergi makan dulu kat kepci. Sambil makan tu, kitorang termenung memikirkan nasib. Dan.. 

"Ron apa kata kita pergi melaka naik grabcar?"

Kesian kan? time tu kenderaan sendiri tak ada lagi. Berharap pada public transport je tapi kan dah malam? Tiket pula sold out semua. So aku terpaksa suggest rancangan gila dekat ron. 

So, Ron pun book grab and hampir semua grab drivers reject kitorang. Tapi sebab aku tak putus asa, sambil tengah makan kepak ayam, aku try lagi book grab dan, tiba- tiba dapat notifications yang ada orang accept booking kitorang ke melaka. Tak sampai 5 minutes driver misteri tu suruh tunggu kat gate 5. Dahlah aku tengah mencekik ayam so kelam kabut ah aku kemas2 ayam kepci wkwkwkwkwk. Aku dengan ron pun happy gile sebab kitorang tak perlu kuburkan hasrat kitorang nak ke Melaka. 

So, pergilah aku ke Melaka dengan Ron di malam hari dengan menaiki Grab car. Awkward gile hahaha. Sebenarnye aku ade rahsie nak bagitau hihi.. malu iteww nak cakap.. Sebenarnya itew tak pernah naik grabcar ke tempat yang jauh malam- malam. Ni kalau mak aku tahu mesti aku kene petir ngan mak aku. wkwkwkwk. Tapi aku jujur lah kat mak aku naik grab tapi nasib mak aku tak myocardial infarction. Mak aku kewl je.~

So time aku naik grab itu malam, baru rasa rehat sikit daripada terkejar- kejar sana sini, akhirnya aku pun pasang niat nak tidoq je ah. Aku tengok ron kat sebelah aku ni cam gangster je tido siap silang kaki. Driver grabcar ni bawak kete macam Tokyo Drift bai! Bergegar 8 Skala ritcher tapi aku tengok Ron tenang je tidur sambil melayan spotify beliau. 

Entah bila aku terlelap aku pun tak perasan. 

Dan aku terjaga apabila telefon aku vibrate. 

Aku mendapat panggilan misteri dekat whatsapp call. Pemanggil misteri tu punya DP ialah menggunakan background itam bertulisan merah yang menitis macam darah. Ianya berbunyi begini 
"Aku parangkan kau" 
Bila aku terbaca je, terus terpelanting handphone aku! Aku telah mengalami simtom tachycardic and palpitations pun tak stabil. Sebab aku takut sangat nak kene parang dengan orang tu, aku pun reject banyak kali. Tapi, banyak kali juga dia call aku balik. Hahaha. Then aku angkat je ah. Seriusly aku ingat along nak offer aku pinjaman wang berlesen. 

"Hello, nur ada?" Pemanggil di sana bertanya.

"Ni sape ni?" Aku tanya balik tapi dalam keadaan ngantuk ngantuk gitu. 

"Hello boleh pass kan phone kat nur tak? Ni isa"  Jadi, pemanggil misteri tu ialah Isa iaitu pakwe kepada Ron pada waktu itu. Tapi aku ter-involuntary action, tercakap kat dia nanti aku suruh Ron call balik. 

"Pap" Aku terus off call and sambung tidoq. 

Pada pukul 11 malam kami dah sampai dekat bandaraya Melaka. Aku tengok sunyik gilaa... Tak macam Key El and Jay Bee yang meriah sampai pagi. Macam tak tidur. Tetibe aku teringat cerita hantu yang aku baca dekat Melaka. Pasal Melaka ni tempat bersejarah, tempat pendekar and pahlawan dedulu. Jadi takleh mulut celupaq. Nanti ade bende ikut balik. Eh. Tapi aku tengok Ron kewl gile. Sempoi je layan lagu ape tah. Baik tak payah pakai ear phone sebab satu kete pun dengar lagu Ron. T_T 

Sampai je dekat hotel, grab driver turunkan luggage kitorang dekat lobby hotel dan sejurus je sampai kitorang ape agi check in ah terus. Tapi lobby hotel kemain gelap sampailah dekat kaunter check in hanyalah berbekalkan lampu bulat yang bergoyang- goyang tu je yang cukup-cukup menyinari penjaga kaunter tu. 

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Aku rase ade ah rupe cam hotel Transylvnnia.

"Boleh berikan number booking cik?" 

Ron pun scroll- scroll kat mail box beliau. Dan bila je terjumpa, dia pun pass kepada penjaga kaunter tu. 

" Okay bilik cik berdua berada di tingkat 7. Enjoy!" 

Fuhh aku ngan ron pun ape agi excited ah. Hahahah kitorang masuk je. Fuhhh besar gile and cantik ! Bilik kitorang siap ade bath tub agi.

Sebab penat sangat, lepas siap- siap aku terus tidoq. Sebab esok banyak tempat nak berjalan and kitorang nak check in chalet esok! Nanti aku share agi. bai! 




*thank you for reading*



27 comments:

  1. Ramai gi melaka time tu sampai tiket pun habis..hari jumaat kot..

    ReplyDelete
  2. huyoooo you are back bebehhh

    ReplyDelete
  3. wow syaza suka cara penulisan awak. macam novel gitu ;D Salam singgah. done follow Misdiarioss!

    ReplyDelete
  4. Perjalanan yang menarik untuk dibaca. Tak pernah lagi naik grab ke Melaka. Biasanya suruh member dari Melaka mai KLIA ambik...haha..kesian member sapa suruh selalu ajak mai rumah dia...

    ReplyDelete
  5. memang ada part kat bandaraya melaka yang agak sunyi. banyak part jugak . hahaha.

    ReplyDelete
  6. i always love melaka.... backpacker vibes dier best... kalau lama merepeut tak travel, slalu akan ke melaka ala2 feeling jadi backpacker.. hahhaa

    ReplyDelete
  7. SELAMAT KEMBALI BLOGGING CATATAN YG MENARIK DIBACA

    ReplyDelete
  8. hi..i follow u back. nice stories.. sy pun baru come back xoxo

    ReplyDelete
  9. baru je follow...Nanti Mama Yan singgah lagi dan baca banyak banyak k.

    ReplyDelete
  10. hupdate agi banyak ah puhliss

    ReplyDelete
  11. perrggh! seram dengar - aku parang kau'. hhehe.

    btw, tahniah sebab dapat update blog (thumbs-up)

    ReplyDelete
  12. Ha dah ada up-date pun huhuhu ada gak Mrs. A singgah tengok sepi je...

    Time single okay je sekali sekala buat kerja gilerr... barulah ada kenangan kans tapi mujurlah Melaka je

    Khusyuk Mrs. A baca sampai nokhtah terakhir cepat-cepat sambung ya

    ReplyDelete
  13. plan last minit mmg xpenah xbest..menjadi lebih dr yg plan.. fuhhh

    ReplyDelete
  14. alahhhh baru nak syokk dah bersambung plakkk

    ReplyDelete
  15. kadang2 travel yang dirancang last minute ni lagi best dari yang dirancang berpuloh tahun...hahahahha

    ReplyDelete
  16. Berapa tambang dari tbs ke melaka naik grabcar? Macam cool je vacay main terjah gini.

    ReplyDelete
  17. Melaka tak pernah tak hot. Sampai tiket bas pun sold out ye. Lucky u all manage utk check in. Tak lah burn mcm tu je.

    ReplyDelete
  18. Youuu kenapa lawak sangat wkwkwkwkwkwkwkkw

    ReplyDelete
  19. wahhh welcome back ;-)... dari zaman sek lg tix ke melaka mmg sold out...

    ReplyDelete
  20. BErapakah Grab charge tu? Malam tu takut

    ReplyDelete
  21. teliti akaq baca citer awak, dik :)

    ReplyDelete
  22. misteri sangat DP nye....hehehe.....

    ReplyDelete
  23. HAHAHAHAHA tergelak gelak den baca. lagi lagi part "Baik tak payah pakai ear phone sebab satu kete pun dengar lagu Ron. T_T" kekekkeee

    ReplyDelete
  24. busyra pun asyik malas ja nk update.. huhu. kena paksa diri jugak la mcm ni jwbnya. hehe

    ReplyDelete
  25. layan movie hotel transylvanis tu best.. lama dh tak backpack. rindu zaman sebelum jd tuning org ni

    ReplyDelete