Kenapa kita harus bagi peluang pada movie hindustan? - Mis Diarios

Friday, 23 March 2018

Kenapa kita harus bagi peluang pada movie hindustan?

Assalamualikum~
Dedulu time aku nerd aku pernah berjanji pada diri aku sendiri yang aku takkan minat pada industan. HAHAHA. Sebab time aku kecik aku pernah terjebak tertengok panggung sabtu kat tv3 di mana dekat slot tu tv3 akan siarkan cerita industan. Time aku tengok tu cerita apa tah.... emmmm tetiba aku ingat tajuk dia Kaho Na Pyaar Hai aku tak hengat tapi yang penting why hero dia kurus macam cicak kobeng? Aku pun tak pasti dan mula tertanya-tanya camnelah dia ni leh jadik hero. Pastu bila time hero ni nak kena tembak dengan penjahat an dia boleh elak elak. Bila dia kena belasah teruk teruk je boleh pulak dia bangun balik pastu kejar and kalahkan penjahat tu. HAHAHA sungguh tak masuk akal. So, aku bukan setakat benci malah mengkeji dan mencela cite industan bagaikan nenek sihir dalam cerita mak lampir. Sakit betul hati aku tengok sebab dia punya lari kat taman bunga je dah sejam pastu kekadang dorang joget ganas sangat. Yang tak tahan tu, bila hero nak kat mati mesti tak jadi sebab lepas heroin datang bagi semangat terus ada tenaga macam otomen pastu kuat balik. Eeeiiii nak je aku tendangkan dorangg..


Image result for salman khan best movie
jangan sampai misai tebal ni tembak rambang habis ah wkwkwkk


HAHAAHA

Rilek dulu peminat filem Hindustan ! Jangan cepat sangat nak marah ye. Sebab aku dah macam terkena sumpah. Dulu kemain lagi aku menyumpah seranah. Sekarang bila kawan aku tanya nak tengok movie tak? Pantas aku menjawab "Nak ah weii.." Then bila kawan aku tanya cite ape? Maka aku pun menjawab dengan muka comel dan tak bersalah " Cite Bollywood ah"

Aku ingat lagi tahun 2015 ada cerita Dilwale , the return of pakcik angkat aku Shah Rukh Khan and makcik angkat aku Kajol . Masa tu aku terdengar satu lagu industan kawan aku pasang. Aku terus tanya

"Dr Bil, ni lagu ape ek?"

"Oh, ni lagu soundtrack Dilwale. Cerita ni femes sangat tauuu best gilaaa kita dah tengok dua kali.. Cite dia pasal konflik blaaa blaa blaaa..."

"Yeke? Cite industan bukan dah memang boleh predict ke? semua dah tau dah camne buwekkkk.. "

"Ni lain siket. Cerita ni ada part happy, sedih macam macam ah.. try ah tengok.."

Jawab Dr. Bil dengan nada penuh semangat!

Ahhhhhhhhhhhhhh... Memang aku tak layan semua ni.. Sekali aku dah tak bekenan memang dengan seluruh keturunan kau aku tak minat. HAHAHA Macam ah movie Hindustan ni bermusuh dengan keluarga aku sampai dengan keturunan dia aku nak benci bagaiii. Drama tol. Anyway I cannot brain yang dorang ni suka nyanyi lama lama dalam movie dahlah guna minus one je bukan suara real dorang pun WKWKWKWK.. (eceh aku minus one takpe). Padahal sebenarnya aku penah je layan movie industan dengan penuh perasaan dalam bilik tapi aku make sure takde sape tauu ah. HAHAHA. Tapi aku nak jugak benci dorang, berdegil nak judge dorang by their cover. Tak kire buwekkkk.

Walaupun aku benci membenci tapi orang kate jangan benci benci nanti sayang. Tapi aku rasa mana boleh apply antara aku dengan movie Hindustan. So, aku aku spare jugaklah some room untuk movie industan ni. Dekat uni aku yang time aku benci ni lah dia nak pasang lagu industan.. Bersepah lagu industan kebetulan time tu uni aku yang lagha ni tengah seleberet pesta holy colour run so lagu industan ni bersepah lah kat setiap corner speaker uni -,-  Nak tak nak aku terpaksa dengar. Nasib iman aku lebih tebal sikit daripada kulit bawang so aku hanya terpengaruh cuma sebanyak 10% je WKWKWKWK .

Tapi kawan aku cakap cerita ni tak berapa hebat lagi. So aku macam tertanya- tanya

"Apaaaaaa?? Tak cukup hebat? Maknanya ada lagi cite hebat lahhhhh?"

"Yep lerrr setakat dilwale ape barang layan dilwale.. cer layan Bajrangi Bhaijaan .... "

"What? What the heck is that bajrangi what?" Aku mula bebuat terkejut padahal aku dah pasang niat nak download kat library uni aku sebab kat situ port wifi kuat gilaaa wehhh. Padahal kat situ dah bagi warning dilarang download movie and mp4 tapi aku alaaa sekali sekala ape salahnya. WKWKWK. Pas download ape agi beli ah popcorn kat tesco pastu layan ah dalam bilik. 

Then aku telah dikejutkaan bila tah berapa haribulan Kajol datang KL. Mesti Kajol ni pemes gile an sampai rakyat marhaen semua kecohh yang Kajol datang KL. perghhh daebak ah kajol. Tapi aku tak cukup gigih nak pergi beratur amek otograf Kajol melainkan kalau yang datang tu Aditya Roy Kapur aku rasa aku gigih jugak lah nak pi mintak otograp dia ni. Aik sape lak tuhh.. Dalam benci benci pun tau gak ekk. AHAHAHA. 



Image result for aditya roy kapur
haii abang nak kopi tak? tak penat ke asik senyum secoet je wkwkwkwk

Apa yang aku tak puas hati ni, ade ke kawan aku boleh nak samakan aditya roy ni dengan mamak jual roti prata kat apartment aku. Siap kawan aku pura pura lalu lalang depan kedai mamak tu sebab nak confirmkan same ke tak. Tapi aku dah decide yang tak sama langsung! Ade ke patut. Ada ah 5-6 kali dia lalu lalang kat kedai mamak tu. Dah macam phsyco je aku rasa. Huwaaa kenapalah kawan aku dilahirkan begini.. kenapaaa kenapaa... 

Kesalahan paling bengap aku penah lakukan ialah di saat aku hampir taksub dengan industan ni, aku guna ah hero industan punye gambar as default picture aku kat wassap. Aku penah time tu tengah study tetiba aku sesuatu yang aku curious maka aku pergi ah wassap lecturer aku.. 

"Assalamualaikum sis.. blaa blaa blaaa blaaa.."

Pastu aku pun menunggu lah dengan penuh kesabaran. Bila dengar bunyi ade orang reply wassap je terus aku check.

"Wasalam. Hero industan mane lak ni wassap saya panggil sis?"

WKWKWK tak perasan lak aku ter type sis. Perghhh gila kentanggg. Ahhhhh aku menyesal.. Kalau aku reply nanti satu kelas akan jadi kontroversi and nanti terkantoi ah aku dah hampir fanatik sikit kat industan ni.. Huuuu Tapi aku reply jugak lah and explain blaaa blaa.. Sampailah tiba ke ending nya lecturer aku berjanji nak rahsie kan hal ni kepada umum dengan syarat aku dapat score paper dia wkwkwkwkk... hebakkk ah sir sally ni.. ops! 

Aha tadi aku kata aku just terjebak sikit kan takdelah terjebak sangat pun kan? wkwkwk. Now that you know, aku dah jadi die fan kat hindi movie. Well bukan nak fan sangat pun setakat menjadi hobi di waktu senggang takde pun nak minat lelebih ;P I know lots of  hindis movie fan  out there, you guys are cool bebeh.. gimmee paiii... 

But its kinda fun kalau pikir balik banyak kenangan yang terpahat dalam kepala aku. You have to admit that sometimes kenangan yang silly ni lah yang seronok an! Tapi aku happy lah sebab aku layan cerita yang ada value eventhough aku pura pura tak layan sampai aku marah why kat Malaysia  takde cerita yang gempak yang ada value macam cerita luar negara. Well aku tak nafikan ade je cerita kita yang daebak aku tak kata semua. Never knew that at last aku terjebak juga di tangan filem hindustan  yang ade hero kacak je eh. Yang takde aku takde masa nak layan. wkwkwk 

Before aku the end kan entry ni, terimalah souvenir dari aku~


Related image


hahahaha mesti rasa macam nak lempang sampai patella fracture kan :P

*thank you for reading*

56 comments:

  1. best hindustan ni. tatau kenapa. tiap hari sabtu weekend, mmg layan je cite diaaa. walaupun banyak scene menari dan menyanyi kan. hahaha

    ReplyDelete
  2. rugilah siapa yang tak minat hindustan! cerita dia penuh warna warni oooo!
    saya paling suka cerita hamesha forever selain drpd k3G, brothers, kal ho naa ho...see nak listkan pun terlalu banyak cerita diorang yang menarik.
    latest hindustan movie yang saya tengok Raes. Tengok kat wayang pulak tu!
    Berbaloi baloi!!

    ReplyDelete
  3. Part sir sally tu kelakar MD. Serious kelakar

    ReplyDelete
  4. Hehehe... tak layan citer hindustan, tapi kadang2 terlayan citer tamil... boleh tergelak berdekah-dekah jugak la layan citer tamil... X'D

    ReplyDelete
  5. abe kie suka tengok citer hindi masa kanak2 dulu je. yg skrg ni mcm x de ummphh. harapkan hero kacak n heroin comel je...

    ReplyDelete
  6. Peminat industan here.. tapi lagu2 zaman sekarang macam tak best compare tu yang lelama.. so, sekarang mostly tengok movie saja, lagu let it be... heh heh heh

    ReplyDelete
  7. ray suke ciye hindustan lama2.

    hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  8. SESEKALI SUKA JUGA LYN HINDUSTAN NI

    ReplyDelete
  9. Dulu2 layan jg, time citer Maan..yg trbaru citer Bajrangi Bhaijaan, yg ni best..Dilwale x minat..

    ReplyDelete
  10. panjang juga cerita nie..

    sampaikan dalam hati saya bertanya bila lagi nak habis nie hehehehe

    ReplyDelete
  11. Ok... kena bagi peluang kat movie Hindustan hehe >_< thanks for sharing!!

    ReplyDelete
  12. Ahahahah..samalah kita. Dulu heran betul apsal hero sorang boleh belasah sampai puluh2 orang pun, siap terjun dari tempat tinggi pun tak mati2 lg. Skrg dah start join the group..hurm

    ReplyDelete
  13. Tu la orang cakap.. jangan terlampau benci sangat.. nnt jadi sayang

    ReplyDelete
  14. Haahaa.. kelakar pulak baca cerita ni

    ReplyDelete
  15. Kalau saya layan je apa2 cerita pun.. hehe

    ReplyDelete
  16. Apasal aku rasa tehibur gilaa.aku tak sangka kau ni lawak jugak hahahahha siyess lawak

    ReplyDelete
  17. Movie-movie Hindustan sumer best hahaha kalau ada part tak masuk akal ke apa biar je

    ReplyDelete
  18. Aku layan jek semua citer best.. Tak minat dilwale, bajrangi baijan best.. Tryla sultan, mardaani.. Best.. UvUd

    ReplyDelete
  19. Memang minat tgk hindustan mase kecik...

    ReplyDelete
  20. dulu minat hindustan ni sebab baju diorg bertutup.tapi makin hari terdedah. kalau cerita lama syok jugak layan. hihi

    ReplyDelete
  21. ika one of the hindustan& tamil's movie lover hee

    ReplyDelete
  22. kalau shooting oversea suka la hehehe

    ReplyDelete
  23. dulu memang terjebak juga dengan hindustan tapi sekarang malas nak layan.
    movie hindustan yg paling latest i suka 3 Idiots dgn Bajrangi Baijaan itupun rasanya dah tak berapa latest..haha

    ReplyDelete
  24. best mmg layan cite hindustan tp tu la bnyk part sexy lg2 tang menari..tepuk dahi klo lyn ngn family

    ReplyDelete
  25. Citer hindustan ni memang best, Lya selalu tak miss lah sabtu pukul 2 tu. Tapi yang baru punya mcm kureng sikit dah. Suka zaman srk, salman khan dulu je

    ReplyDelete
  26. Actually, dari segi skrip dan jalan cerita, filem bollywood memang terbaik... Ko bayangkan, kisah pintu rumah apartment rosak dan terkunci dalam rumah pun depa boleh buat movie... inikan pula cerita kucing nak beranak... kikikiki... tapi yang tak tahan tu, bila adegan bergaduh... punya lah teruk bergaduh... melambung-lambung bagai, tapi heronya tetap maintain, tanpa cedera dan masih memakai cermin mata hitam... hampeh betul.... kikikikiki...

    ReplyDelete
  27. hahahaha kan..ase nak lempang je..tapi still layan jugak tgk..kikikiki kekadang ketidak warasan filem tu la yg boleh release tension kite tau..tu yg dok layan tu

    ReplyDelete
  28. Hindustan ni mcm ada musim dia tau...ada satu masa tu hakak pun terjebak jugaklah MD Kalu tak silap masa zaman Kuch Kuch Ho Ta Hey....masa tu mmg manjang nak tgk cite hindustan je kejenya haha....

    Yang bawah tu walau tak hensem tapi dia femes jugak tu tau hhahaha...banyak duit tu

    ReplyDelete
  29. Perghhh tak ley blah siot 😂 wkwkwkwkwkw nak nangis gelak sambil tunggu mamak buat roti canai

    ReplyDelete
  30. Busyra x layan sngt cita hindustan. Tp ada sstngah cita busyra tngok jgk. Best! Hehe

    ReplyDelete
  31. Mai peminat tegar filem Bollywood! Kalau hero lama mai suka Suniel Shetty, yang latest suka Tiger Shroff. So bae. Haha.

    ReplyDelete
  32. Samalah kita, dulu mengeji sangat filem Hindustan ni tapi sekarang layan jugak..
    Tak sangka layan sampai meleleh airmata sebab khusyuk sangat menghayati cerita, huhuhu

    ReplyDelete
  33. Movie sekarang nie tak berapa best sangat sebab dah dimasukkan unsur2 hollywood dan hero heroin pun muka diorang ala2 kacukan mat salleh.. Tapi last sekali akak tengok movie hindustan tajuknya, Heropanti, heronya anak kepada lagenda bollywood, Jackie Shroff.. Hensem... hihi

    ReplyDelete
  34. aku suka film macam ni apalagi pemain nya boleh juga lah nih.. sering lihat para pemainnya

    ReplyDelete
  35. Ada je filem hindustan yang best.. Tapi dilwale memang tak tengok.. Lagu-lagu dia je Sha suka.. kikiki.. Asyik tengok awal je, pastu hilang minat.. hahaha

    ReplyDelete
  36. Lambatnya Misdiarioss nak minat citer hindustan ni hehehee... Mrs. A dulu memang fanatik tau zaman-zaman hero/heroin dia SRK, Salman Khan, Kajol, Madhuri memuda dulu sampaikan sanggup ke panggung wayang.

    Tapi sekarang dah kurang sikit sebab sekarang dah layan KDrama pulak.

    ReplyDelete
  37. Okay dulu2 saya memang tak minat hindustan tapi... Tak boleh nafikan cerita hindustan ni kadang2 ada level mcm kat luar negara gak. terutama skali bab action. cuma banyak iklan lerh, iklan meanri2 sambil menyanyi hihihihi

    ReplyDelete
  38. Menanti entry baru blogger awesome ni hehe >_<

    ReplyDelete
  39. Lama glle tak layan hindustan sejak dah semua hero baru..Dulu layan masa hero semua Khan Khan tu hahaha

    ReplyDelete
  40. akak suka hindustan lama..best...tapi yang baru ni pun,tengok jugak jalan cerita and yang penting hero and heroin diorang..hehe

    ReplyDelete
  41. suka sgt layan hisdustan...sebb ade nyanyi2 n nari2...tak de la bosan sgt....

    ReplyDelete
  42. Suka scene menari. Kadang tu satu village mereka keluar exercise.

    ReplyDelete
  43. Ana dulu minat giler filem hindustan. Ingat lagi setiap sabtu pkl 2 mesti dah depan tv nak tgk panggung sabtu. Sekarang je dah kurang. Depend pada cerita juga. Last movie yg ana suka ialah Bajrangi Bhaijan.

    ReplyDelete
  44. orang dah terjebak dengan bollywood sejak kecik lagi. ngikut mak layan panggung sabtu tv3 tu lah kan. crush paling lama ofkos uncle shah rukh khan dgn uncle salman khan. lately baru layan Tiger Zinda Hai. ada uncle salman khan. hehe

    ReplyDelete
  45. Saya tak layan Hidustan dah. dulu masa sekolah ada juga layan cerita Bobby, Fakira, Yado Kibara dan John Jony Jonathan.
    lepas tu saya dah sebok dan tak sempat layan Hindi.

    ReplyDelete
  46. dulu dulu best tau citer hindustan..sekarang macam dah kureng je..huhu

    ReplyDelete
  47. Tetiba nampak Johnnny Lever kat sana, Kak AJ salah seorang kaki Bollywood dari dulu, sekarang layan kat TARA HD pulak, terima kasih following www.anajingga.com dan happy blogging kay :)

    ReplyDelete
  48. Fiza peminat hindustan nak2 cerita bajhrangi baijaan... Sanggup duatigaempat kali layan. Haha...

    ReplyDelete
  49. alaaaa kenapa ambik pakwe kita?!

    ReplyDelete
  50. hahaha baca part mula mula "kurus macam cicak kobeng" pun dah tergelak

    ReplyDelete
  51. dulu akak pon minat cita industan ni. sekarang tak lagi sb malas nak baca sarikata
    hahaha

    ReplyDelete
  52. smpi skarng akk suka tgo citer hindustan.. kdag2 tu coter tamil pun layan.. best2 citer dia. biar pun action lebih

    ReplyDelete
  53. zaman sekolah dulu dok asrama ptg2 x de prep, so kami lyn hindustan tiap2 mggu... tp time tu je laa sy layan hindustan lps tu x de lg...tgk pun sekali sekala...

    ReplyDelete
  54. Jangan membenci citer industan ni sebab ada saka dalam tu... Zumal pun dulu duk perli2 arwah tok sebab asyik layan industan tapi akhirnya kami sama2 layan industan setiap sabtu depan tv suatu masa dulu...

    ReplyDelete
  55. best juga sesekali menonton

    ReplyDelete