Hello 18! - Mis Diarios

Friday, 19 January 2018

Hello 18!

Assalamualaikum~

Perghhh masa berjalan macam tak terasa je kepantasannya. Itu hari aku ada baca kalau kita berada dalam zaman yang masanya bergerak seminggu bagaikan sehari, sehari pun dah macam sejam maknanya dunia dah nak kiamat.. Gulp! Aku ni kan dah la dah lama tak update sekali update kiamat terus. =,=  Lagipun dah dari bulan berapa tah aku dok busy menabur janji palsu yang aku akan update entry baru tapi sempena tahun baru ni pintu hati aku baru tebukak nak update. HAHAHAH

Am i too late to say selamat tahun baru kalendar masihi.. Biaselah dalam wish wish ni aku selalu jadik orang yang paling lambat. Kesian kan jadik kawan aku. Kalau birthday pun aku lambat wish.. Apakan daya aku ni sejenis yang busy.. busy dengan hal duniawi =,=  Fyi, aku dah start praktikal dekat hospital luar bandar kat JB! So, makin busy lah aku tapi kekadang aku curi curi main game and beat ngan kawan aku sape lagi hebat and dapat high score =,=

Hari ni hujan lebat dari pagi sampai lah time aku nak keluar lunch. Aku turun ke kafe dengan kawan yang sama rotation dengan aku.

"Hujan hujan ni, lapar lah. Tapi, pas makan tido lagi sedap"

Kawan aku cuma buat mata ke atas bila aku cakap cmtuh.

"Weh aku rasa kan, aku suka ah ngan negara india" . Tetibe aku cakap cmtu dengan kawan aku. Semalam aku layan hindustan. Well, kalau ade yang kemaruk sangat dengan drama korea, aku lak sejenis yang kaki hindustan. Since aku minat gila ngan Salman Khan, so tetibe sebab tu aku suka negara India.

HEHEHE

"Siyes ah suka negara India? kotor kot... Ramai orang kencing bersepah memana dorang nak!" Kawan aku bagi feedback siap dengan muka menjengkelkan lagi.

"Haa sebab dorang kencing merata ah aku suka and nak pergi india sebab aku nak tau apasal dorang tak kencing dalam jamban. Dorang ada urinary tract infection yang serius ke or urinary incontinence tahap takleh belah ke sampai boleh terkencing sambil berjalan... Wkwkwkwkw"

"kalau aku ah kan, aku nak gi london.. aku nak bina orang salji.."  Kata kawan aku sambil mengunyah. 

"Lol. Tu semua ordinary la.. cer jadik extra ordinary cam aku sket... nak g india observe orang, observe pemandangan, shopping saree..wkwkwkwk" 

Kawan aku jelir lidah. 

Yang sebenarnya situasi yang aku bayangkan yang macam dalam cite hindustan yang aku tengok lah. Ada air terjun cantik-cantik, pokok bunga matahari tinggi paras pinggang, keindahan taj mahal~

Tapi kawan aku bagi imagination orang kencing bersepah =,=

okay nevermind!

Biasanya lepas lunch aku terus bekejar ke surau untuk solat zuhur. Ini hari aku ade sebuah perasaan nak kurus jadinya aku naik ke surau dari kafe hospital dengan mendaki tangga. Selalunya aku naik lif. Padahal surau kat tingkat dua je. Wkwkwkwk.. Dalam perjalanan aku ke surau tetiba ada kes kecemasan. Katil troli pesakit ditolak dalam keadaan pantas oleh dua orang staff nurse menuju ke dewan bersalin. Di atas katil pesakit kelihatan seorang patient perempuan india yang sedang menunggu masa nak melahirkan. Terus kelam kabut dengan aku sekali terjebak sebab tetibe staff nurse tu tarik aku minta tolong aku tolak sekali katil ke dalam dewan bersalin. 

"Tolong akak monitor kan patient ni kejap.." Bagitahu staff nurse Mila kat aku sementara dia pergi hidupkan code kecemasan dan menghubungi pakar O&G kerana terdapat sedikit pregnancy complication dekat patient tadi. 

Aku cuma mengangguk sambil menutup pintu bilik bersalin yang memisahkan antara bilik bersalin pesakit lain. Jadi, kalau patient nak beranak, patient lain takleh skodeng. Kalau menjerit sampai nak terkeluar anak tekak pun takde sape dengar kecuali midwife and doctor je cair taik telinga. eh tetibe. tengah emergency pun aku sempat pikir yang merepek -,- come on back on track.

Aku pegang perut patient india tadi. Kesian patient ni tengah contration mesti sangat sakit. Sampai basah baju patient ni berpeluh menahan sakit. Mana lah pergi si nurse yang lain ni apasal tinggalkan aku berdua dengan dak freshie nurse ni.. trolololl apa aku nak buat ni...

Image result for gif panic cartoon
muke aku panic cemni ah



"Sabarlah ye aci.." Aku cuba menenangkan patient tu. Sekali dia reply aku cakap dalam bahasa tamil. Panjang pulak tu.. Ntah apa dia cakap aku pun tak paham sebenarnya tapi aku bebuat paham lah sambil angguk angguk kepala. Tetibe air mata dia menitik nitik.. Makin banyak dan laju pulak dia cakap.. Alamak ni makin buat aku cemas apa aku nak buat? Aku berjalan kehadapan di mana terdapat meja yang ada roda. Di atas meja tersebut terdapat beberapa jenis pisau, jarum pelbagai saiz dan sejenis ubat tahan sakit dan sejenis cecair bius. Aku mengambil salah satu jarum 10cc. Tujuan aku cuma nak check cc jarum yang ada. Tapi, sebaik saja patient india ni ternampak aku pegang jarum, makin kuat pulak suara dia.. macam.. "acococo.. amamam.." 
Aku pulak yang berpeluh even dalam bilik ni suhu dia agak rendah. 

Selepas 15 minit 3 orang pakar sampai dan terus bagi arahan untuk buat surgery. fuhh!!!  Pastu cecepat aku blah dan kata "you can do it aci.. all the best.." pastu aci tu balas "acococo thank you so much"..

Aku melangkah keluar dari kawasan dewan bersalin yang menempatkan banyak bilik bersalin. Tetiba phone aku berbunyi. "Hello kat mana? tolong collect sample darah kat ward tingkat 4. Tolong cepat ye. STAT" Maka berlari comel lah aku ke tingkat 4. =')  Aku meneruskan niat aku untuk solat selepas tamat dari berada di dalam tempoh kecemasan. 

Aku tahu mungkin aku agak terlambat. Pada hari ke sembilan belas bulan pertama tahun ini, aku nak cakap happy new year. Semoga apa yang diimpikan tahun ni akan menjadi kenyataan. Untuk kecapi impian, bukanlah sesuatu yang mustahil tapi kita kenalah berusaha. All the best untuk tahun 2018 gaisss :') 

Thank you for reading.









43 comments:

  1. Happy new year!
    All the best praktikal sis <3

    ReplyDelete
  2. happy new year to u too. may this year be a better year for all of us.

    ReplyDelete
  3. Haha lambatnye md anyway mat tahun 2018 moga md cepat kawin

    ReplyDelete
  4. Dah lama tunggu for your post. Anyway happy new year soulsister.

    ReplyDelete
  5. May 2018 brings you happiness. Wish you the very best!

    ReplyDelete
  6. Happy new year jugak..
    Selamat menjalani praktikal.

    ReplyDelete
  7. huhuhu, epi new year jugak yaaa..
    goodluck intern !

    ReplyDelete
  8. huhuhu, epi new year jugak yaaa..
    goodluck intern !

    ReplyDelete
  9. semoga tahun baru memberi kita beribu berita gembira. InshaAllah. amin <3

    ReplyDelete
  10. Happy new year eh... Susah kerja as a nurse but don't worry mana tau kot-kot dapat pahala berlipat ganda. By the way, suka la part awak tenangkan patient India yang sakit nak bersalin tu, siap bagi semangat lagi tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unfortunately im not a nurse.

      Delete
    2. Eh? Abis tu kerja ape? Doktor?

      Delete
    3. hahahaha emmmm.... *kening kening

      Delete
  11. Waahh sibuknya.. Apapun sy sgat respect dgn mereka yg bekerja di hospital nie.. bukan smua tau yg dapat kerja di bahagian hospital dgn melayan pelbagai ragam pesakit lgi, huhu apapun smoga Allah permudahkan semuanya di Tahun ini :)

    ReplyDelete
  12. Keje dkt hospital memang sgt busy ye dear. Terkejar sana sini. Cuak pula kak ana baca cerita aci nk bersalin tu. Huhu. Semoga dipermudahkan segala urusan ye. Jaga diri dan kesihatan.

    ReplyDelete
  13. Kalut betul life di hospital ya.. Terus bersemangat sis!

    Pasal nak pergi negara India tu, Mai pun sama! Sebab hantu bollywood, boleh geng la kita. Hahaha.

    Pernah tengok dokumentari pasal tandas kat India, ya ampunnn sampai boleh imagine betapa busuk kat situ sebab ada tandas pun still dorang membuang bersepah sana sini. T_T

    ReplyDelete
  14. Moga dapat menimba banyak ilmu...amin...

    ReplyDelete
  15. Happy new year!
    Tak terlambat pun, still dalam bukan Januari hahahaaha.

    Pernah dengar orang kata, kita akan dapat banyak belajar bila berinteraksi dengan orang satu jam daripada baca buku satu hari. Gunakan masa yang ada timba sebanyak mana pengalaman dan pengajaran yang ada.
    *thumb up*

    ReplyDelete
  16. Happy New Year! Part aci tu cakap thank you so much to comel. Sempat lagi dia thanks dalam sakit-sakit tu hihi.

    ReplyDelete
  17. deep betul perenggan pertama tu hahah, tapi betul time flies so fast lately T__T
    taktaulah kenapa baca pengalaman bersalin aci india tu buat saya gelak, dia tu nk beranak pun lawak jugak eh xD

    btw happy new year!

    ReplyDelete
  18. EMERGENCY CASE YG MMBACA PUN TERASA CEMAS

    ReplyDelete
  19. Happy Jan 2018! :D
    Waa, pengalaman yang berharga ni, all the best in your medical studies. Fighting! :)

    *your new blog follower :D

    ReplyDelete
  20. On 25 Jan, akk nak wish you happy new year 2018...selamat bertugas..

    Salman Khan..suka tgk dia dlm citer Bajrangi Bhaijaan..yg tu memang cantik view, cam kt swiss..

    ReplyDelete
  21. Biar lambat asal selamat. hehehe. India cantik. Tapi.. tapi.. hehehe

    ReplyDelete
  22. hahahahha x le thn cita pasal kencing di india xD

    ReplyDelete
  23. India kat New Delhi mmg agak pengotor..kencing ikut suka jek..tdo bwh jambatan..ehh mmg pengotor la..jem gila2..tempat lawa tu kat Mumbai dan Srinagar..kat New Delhi ni budak2 kecik minta sedekah bersepah..terbiar camtu jek org x dulik

    ReplyDelete
  24. Happy new year! Nak wish jugak walaupun dah lambat..hihi

    ReplyDelete
  25. All the best, sis...
    Done follow blog Nie juga....

    ReplyDelete
  26. biar lmbt asal selamat eh ehh ;-)

    ReplyDelete
  27. شركة امست للتنظيف افضل شركة لتنظيف المنازل والشقق والفللوالبيوت والمجالس والكنب والمفروشات والخزانات بالقطيف والمنطقة الشرقية لديها عمالة مدربة وخصومات هائلة طما توفر خدمات مكافحة الحشرات ورش المبيدات بالقطيف باسعار رخيصة ومناسبة وخصومات هائلة

    شركة امست للتنظيف
    امست للنظافة القطيف
    شركة امست لمكافحة الحشرات
    شركة امست لرش المبيدات

    ReplyDelete
  28. افضل شركة تنظيف بالقطيف تقدم خدمات نظافة متكاملة علي اعلي مستوي بدقة وجودة ومواصفات قياسية واسعار تنافسية فتعد الشركة الاولي بالقطيف لتقديم خدماتالتنظيف بجودة وسعر مثالييينفهي خير مثال لراغبي الحصول علي نظافة شاملة مع التعقيم وباسعار مناسبة

    شركة تنظيف بالقطيف
    شركة تنظيف منازل بالقطيف

    ______________________________________________________________________________________________________________________


    شركة كشف تسربات المياه بالقطيف
    شركة تنظيف مجالس بالقطيف
    شركة تنظيف خزانات بالقطيف
    شركة شفط بيارات بالقطيف

    ReplyDelete
  29. هل تعانون من الحشرات وكثرتها واضرارها البالغة نقدم لكم افضل شركة لابادة جميع انواع الحشرات بالضمان وهي شركة المثالية لمكافحة الحشرات حيث تقدم اليوم افضل العروض والخدمات بارخص الاسعار بخصم 50% لفترة محدودة

    شركة المثالية لمكافحة الحشرات
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالخبر
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالقطيف
    ______________________________________________________________________________________________________________
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالاحساء
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالجبيل
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بجدة

    ReplyDelete
  30. شركة المثالية للتنظيف افضل شركة تنظيف بالمنطقة الشرقية تخصصت في تقديم كافة الاعمال المنزية من نظافة ومكافحة حشرات بالمنطقة فلديها افضل الخدماتبافضل جودة واوبارخص الاسعار التي لا تتوفر الا معها كافضل وارخص شركة تنظيف بالاضافة الي خدمتا مكافحة الحشرات ورش المبيدات الامنة والفعالة علي الحشرات بجميع انواعها .. تقدم لكم اليوم افضل العروض والخدمات بخصومات هائلة يمكنكم الحصول عليها من خلال الروابط التالية

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للنظافة
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالقطيف

    ReplyDelete
  31. Walaupun sekarang dah mac.. Akak nak cakap juga, happy new year..

    ReplyDelete
  32. menarik la cerita nie.

    saya terus tenggelam alam dunia pembacaan ..terbaik

    ReplyDelete