Balik kampung yo! - Mis Diarios

Tuesday 14 February 2017

Balik kampung yo!

Yo! Yakni aku baru je lepas balik dari kampung. Perjalanan yang cuma memakan masa 3 jam kalau jalan xjam dari JB negeri kabanggaan aku ke nogori semilan iaitu kampung nenek aku yang tercinte. Tapi kan dalam perjalanan banyak stop-stop so the journey tak jadik lah 3 jam. Hehehe :3
Seawal subuh lagi mak dah bising kat telinga aku..

“Ni kalau letak bom atom pun payah benor nak bangun.”

Seperti yang sedia maklum aku kan kalau kat umah tetibe jadik dugong. Terbengkalai je atas katil macam berat giler ah nak bangun. Cer kalau ade lelaki kacak datang kejut aku yang takleh bangun pastuh dia nak kiss mulut aku macam sleeping beauty mesti aku leh bangun. Wkwkwkwkk. Tapi mulut aku tak manis sebab bau air liur basi je. Mulut sleeping beauty mesti manis an sebab lepas lelaki kacak bagi ciuman terus dia bangun. Ishh teruk tol sleeping beauty ni social ngat. Ok gurau jerrr. Gegadis jangan tiru perangai aku k. Eh tetibe time tengah tulis entry ni aku teringat satu benda, itu hari kan aku gi ikut mak aku gathering dengan kengkawan sekolah beliau, so one of her old friend ade lah approached mak aku tanye aku ni dah berpunye ker kalau tak dia nak pinangkan aku untuk anak dia.wkwkwkwkwk. Kalaulah dia tau yang aku ni adalah spesis mamalia yang paling kuat mambadak bila cuti mesti dia nyesal kan sebab pernah ade niat nak melamar aku untuk anak dia. Tapi apa yang aku nak sampaikan sebenarnye at least dugong cam aku pun laku gak ek.wkwkwkwk.
Maka demi menyahut seruan kejayaan, seawal subuh lagi aku dah bangun pastuh terus mandi dan solat berimamkan dak uda. Dak uda tu abang aku yang ketiga. 2 rakaat subuh berjaya dilaksanakan. Aku menadah tangan saat dak uda membaca doa mendayu-dayu. Pastuh tak perasan lak aku boleh terlelap.wkwkwkwk. Pastuh aku kena lecture dengan dak uda sebab tak khusyuk time baca doa. Lepas je solat semua aku tolong mak angkat bag letak kat bonet. Perjalanan balik ke kampung pun bermula! Yihaaaaa~

Aku membuang pandangan ke luar tingkap kereta sambil dengar lagu sami yusuf. Mengharapkan perjalanan ini berada didalam lindungan Allah dan selamat sampai. Aku cuba untuk sentiasa ingatkan diri supaya selalu berzikir dalam apa keadaan sekalipun. Supaya hati kita tak kosong dan jiwa lebih terisi. Bila kereta membelok ke persimpangan Taboh Naning, kereta diberhentikan di bahu jalan sebab nenek nak beli lemang ok gaiss. Aku teman nenek pergi kat gerai orang jual lemang tapi dia belum bakar lemang lagi so nenek and aku tunggulah orang tu bakar lemang sambil selfie selfie dengan nenek.=)Aku suruh nenek senyum nampak gigi tapi last-last aku lak kene marah ngan nenek sebab nenek cakap aku nak sabotaj nenek, amek gambar nenek senyum nampak gigi tapi nenek takde gigiT_T Sambil tu nenek sempatlah belanje aku cendol. Cendol dia kan wehh sedap sampai melebihi tahap kesedapan segala cendol kat atas muka bumi ni. Thanks nenek belanja=’)
So, bila lemang siap je, aku dan nenek masuk kereta dan kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke rumah nenek yang terletak di Tampin. Jalan nak pergi rumah kena lalu tepi gunung. cuaca yang baru teduh dari hujan menghasilkan kabus bagaikan kabus diperbukitan. Suhu yang rendah, udara yang segar sekaligus memberikan aku jawapan bahawa inilah perbezaan antara bandar dan rumah nenek. Lagi satu orang bawak kereta kat kawasan ni semua tahap F1. Laju gilerrr sampai nak terbang aku rase.

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Mata aku meliar menyaksikan kawasan rumah nenek yang ditumbuhi rumput liar. Pokok petai depan rumah nenek pun kemain lagi tinggi melangit betul. Kat kebun nenek. berjuntai-juntai petai ditiup angin. Dah lama tak balik kampung since nenek aku pun menetap kat negara jiran so rumah ni terbiar hampir dua bulan. Maka tak hairanlah rumah nenek ni berhabuk dan banyak tahi cicak. Jadi, jangan haraplah bila sampai je aku boleh melepak. Sebagai cucu contoh, aku bekerjasama dengan makcik pakcik aku untuk membersihkan rumah nenek. Semua habuk aku kebas, lantai aku mop. Langsir, alas cadar semua aku cabut and pasang yang baru. Rasa macam tengah pindah umah pun ade gak. Lenguh pinggang aku! Aku rase nenek lagi terer daripada aku. Lepas buat banyak kerja pun nenek sempat lagi belah kelapa dan perah santan sebab nak buat daging salai masak lemak cili api untuk dinner=) Sambil nenek aku tengah belah kelapa, aku gi betulkan mesin potong rumput nenek. Tah camane aku godam tetibe boleh pulak hidup.

‘ Maka, siaplah rumput-rumput sekalian akan aku potong korang semua’ wkwkwkwk.
Mesin aku hidupkan dan rumput mula dipotong. Aku potong rumput bahagian depan umah nenek je. Part belakang umah nenek, pakcik aku settle kan. Badan pun dah lencun, sebelum maghrib munculkan diri, betterlah aku gi mandi dulu.

Selagi ada waktu dan kesempatan adalah lebih baik kita manfaatkan waktu yang terluang dengan perkara yang memberi manfaat. Bukankah sebaik baik manusia adalah yang memberi manfaat?  Aku dapat dua benda yang bermakna hari ni. Pertama,melihat nenek tersenyum dan kegembiraan nenek adalah kegembiraan aku juga.


Thank you for reading

38 comments:

  1. amboii kemain mcm sleeping beauty ye =D

    ReplyDelete
  2. Mesin rumput ke? Wah... hebat....

    ReplyDelete
  3. Haha kelakar lah awak ni.. best enjoy baca

    ReplyDelete
  4. kalo dpt bini x pndai masak pon x menjamin kebahagiaan rumahtangga ye giteww., erkk tetibe

    ReplyDelete
  5. MisDiarios,

    Happy balik kg jumpa nenek. Suka nenek layan kita.

    Aduhai, tetiba rindu kat nenekku. Al-Fatihah :'(

    ReplyDelete
  6. memang seronok kalau masih ada kampung.
    kampung auntie pun masih ada.
    jangan kerajaan johor ambik buat jalan ke Pelabuhan sudah.. sedih tak ada kampung nanti.

    ReplyDelete
  7. Waaa tetiba rindu arwah nenek kita :'( ..sleeping beauty bagai miss diarioss ni haha

    ReplyDelete
  8. Environment kampung memanglah tak sama dgn bandar
    Bau udara pun dah lain. Itu yg nak jadi dugong tak sudah kan hihi...

    ReplyDelete
  9. kebetulan harini nak pi balik kampung.. rindu lak yak. :D

    ReplyDelete
  10. best bila balik kg buat kerja rumah sama-sama. that homey feeling we get memang tak dapat kat mana2.

    ReplyDelete
  11. Wow! mesin rumput? Mesin tu jenis yang macam mana tu yang tarik aje ke yang kena sandang kat belakang tu?

    ReplyDelete
  12. ala dah lama tak balik kampung. sob sob

    ReplyDelete
  13. Dak Uda tu macam menarik perhatianlah. Hahaha. keh, gurau2. :P

    Comel betul nenek selfie taknak senyum nampak gigi sebab takde gigi. Haha. Nenek sempoii. :D

    ReplyDelete
  14. Amboi berangan ja la nak jadi sleeping beauty. Mai kalau terbongkang prince tu pun lari tengok, dah sleeping ugly. Hahahah.

    ReplyDelete
  15. Hihi.....mcm baca buku novel pulak MD. Cik Drama Queen...
    Tp yelah hakak dulu pun kuat tido jugak, sampailah ke anak 1, 2...asal lepas subuh je tido. Hish mengingatkan dulu..... rasa nak buat correction je.
    Tp sekarang tidak lagi! Haha...
    Faktor usia kot...

    ReplyDelete
  16. Cendol dia kan wehh sedap sampai melebihi tahap kesedapan segala cendol kat atas muka bumi ni.

    acu beritau kt mn gerainya tu hehehe

    ReplyDelete
  17. bestnya kalau balik kg. tp kg nenek busyra dekat ja. nenek busyra baru saja meninggal 2 hari lepas. :(

    ReplyDelete
  18. kan dah kena ceramah dgn dak uda
    heheh tp xpe, utk kebaikan.

    ReplyDelete
  19. Sronokkan ;) Best gilos dgr cite awk blik kg. Satu je mek nmpk karakter awk, awk memag kental ! Pompuan mesin rumput

    ReplyDelete
  20. baca doa sampai terlelap??ahhaha...nasib dak uda tu marah je.tak ketuk dahi kan..heheh.krlakar entry.ni..b

    ReplyDelete
  21. Rasa nak nyanyi lagu raya Balik Kampunggggg ooooo balik kampunggg, hatiii giraanngggg... Kkk, tau suara I xsedap bak buluh perindu nak gila nyanyi kat sini. Hahahahaha... Seghonoknyaaa balik kampung! But still, yang paling seghonok is bab berangan tu lah. Makcik tu ada anak lain lagi tak? Bhahahaha...

    ReplyDelete
  22. berkobar2 semangat balik kg ni ek..kampung nan jauh dimato...selamat bercuti

    ReplyDelete
  23. Amboi seronoknya dia dapat balik kampung ye hahah. Betul betul enjoy nii.

    ReplyDelete
  24. Ohhh ong kampung den ghuponyo.. nogori kat bolah mano?

    ReplyDelete
  25. Bagusnya potongkan rumput.
    Kalau aku, buat dek je hahahaha

    ReplyDelete
  26. Baca awal-awal MD share story dah terkekek gelak part sleeping beauty tue . Hihi

    ReplyDelete
  27. lamanyaaa tak update blog heheh.. nasib kmpung dekat. balik raya tak lah jem sgt

    ReplyDelete
  28. Hai nini omot omot

    ReplyDelete
  29. potong rumput terus sampai bersih ya

    ReplyDelete
  30. wow... seronok blk kg.... akak duk bayangkan tinggi pokok petai. kt kg akak xde semua tu... syoknya suasana kg kan

    ReplyDelete
  31. bile awk nk update blog ni. rindu nk bace tulisan awk :)

    ReplyDelete
  32. 3 jam je? kaklau dekat mcm ni mahu tiap2 bulan blk kampung :-)

    ReplyDelete
  33. Sleeping beauty tapi keluar airliur pun boleh..boleh dapat lakaran map kat bantal gitu

    ReplyDelete
  34. suka bau rumput lepas kena potong. perangai pelik hehe

    ReplyDelete