September 2016 - Mis Diarios

Tuesday 27 September 2016

A Journey!

02:52 28
A Journey!
Assalamualaikum!

Aku keluar dari kelas bagaikan petir. Selepas berbabai dengan semua, mata terjeling jam tangan. Ahhhh. Anak panah pantas bergerak menunjukkan jam 3 petang dan aku still tak solat zuhur lagi. Maka lajulah aku melangkahkan kaki menuju ke surau perempuan tingkat 3.

'Mannnnn am nervous! Test dah nak dekat. Presentation tengah tunggu turn untuk dibentangkan. Praktikal test lagi. -,-'

'That's a mental torture.. '

Eee malaslah aku nak bermonolog dengan diri sendiri. Kekadang cakap dengan diri sendiri pun macam tengah cakap dengan someone je. Jangan cakap aku ada saka pulak.wkwkwkkwk.

Setelah solat aku duduk termenung sendiri. Tetiba terdengar ada orang tengah usrah dekat belakang aku. Aku duduk tak jauh. Tak rasa nak menjauh dan tak pula rasa nak mendekat. Telinga aku tekun memicingkan ke arah pemberi ceramah dalam kelompok usrah. Bagaikan ditelan ketenangan aku seolah khusyuk mendengar kata kata indah yang pernah dibaitkan Ibnu Qayyim.

"Hati yang mati, yang tak pernah kenal siapa tuhannya, yang merasa lapang dalam melakukan dosa, yang membenci atau mencinta kerana menurut hawa nafsu.." "Jadi, berhati hatilah dengan hati"

Berkerut dahi aku. Involuntary action mengambil alih kuasa tubuh badan untuk melakukan tindakan di bawah sedar. Pantas aku angguk tanda faham. 

"Tetap lah merendah diri dan jangan sangka kejayaan itu sesuatu yang datang tanpa bantuan tuhanmu"


hummmm. Kalam ilmu ulama selalunya benar sekali..


"Bersyukurlah ketika diberi nikmat dan istighfarlah kerana istighfar itu pembuka kepada segala kemudahan dan kesenangan"

Baik! 

"Keadaan hati yang sakit itu adalah seperti hati yang hidup namun hidupnya berada di dalam kecacatan. Selalu tak kena dan jauh dari sempurna" 

Aku bingkas bangun keluar dari saf hadapan. Cuba bagi ruang pada orang lain yang nak solat di saf paling depan. Lepas sidai telekung, aku keluar dan turun bawah dengan menggunakan tangga belah kiri surau. 'Ehhh tu kan..' 

"Assalamualaikum..." *Dia menyapa

"Alaykum salam. Yo! ape sunbei buat kat sini?" 

"Nothing! I oftenly see you in the library alone I think" *smile 

"Emmmmm..." *Ehh dia nampak aku gi library? 

"Okay ex junior. Today is my last class. See you on my convocation day" *double smile =D =D 
Terus berlalu pergi tinggalkan aku dalam keadaan terpinga pinga. Sebelum pergi sempat tinggalkan aku hamparan nota kecil. Meliar mata aku membelek sambil tersenyum. Bukan sebab in love ke ape tapi tekejut. Even lain sekolah dulu tapi aku respect dia as senior high school aku. Dan di bawah langit tuhan, di atas tanah usyuk usyuk(nama chancellor uni aku) kami berjumpa. Membaca pada helaian nota tersebut

.........
...........
.........


Zaidan Harif
International Medical School 
017-xxxxxxxx
p/s: See you on my convo day small girl with big heart!

Elehh...aku ni small sangat ke? Yang part big heart tu aku setuju ah. Tapi aku rasa home coming fiesta lama lagi. Nanti nanti jelah aku pikir nak gi ke tidak. 


Image result for moving islamic cartoon picture tumblr

*thank you for reading*














Wednesday 21 September 2016

cuti masa tu!

01:25 25
cuti masa tu!

Assalamualaikum!

Hai bertemu lagi =D bestnya cuti kan, dapat bangun lambat, dapat kacau mak, geletek-geletek anak fruit, berguling-guling tak payah tergopoh gapah memerah hotak mencari lokasi di mana lab pathology dan sekutu-sekutunya berada. Berangan jelah! Cis. Di sini saat jari aku laju meluncur di atas papan kekunci laptop aku yang berat lagi besorr ni, aku telah berada di kampus-,-  Semalam first class aku tak datang tetibe dapat text dari Dr.Bil yang assingment telah diagihkan dengan jayanya. -,- cemni ah hidup seorang student. Untuk pengetahuan semua, aku memang seorang yang membosankan dan kekadang aneh juga.  Sebagai contoh situasi :

Aku: Dr. Bil nak tahu tak? Hahah. Ade orang kan hahaha. Kena hahaha. Hahahah
Dr.Bil: ape? -,-
Aku: emmm tak jadik la hahahaha
Dr.bil: :3

Sudah dapat bayangan? Emmmmm. Jadinya waktu cuti, aku memang malas nak keluar rumah sebabnya aku bila kat rumah memang mengantuk setiap masa. Gi dapur mengantuk, gi tengok tv mengantuk maka jika pergi ke bilik tidur lagilah mengantuk. Hahahah. Cis!  Maka terdamparlah aku bagaikan dugong. Ada lah jugak keluar umah gi dekat-dekat contohnya bawak kak ipar merempit beli sayur kat pasar dan kena paksa dengan mak gi gym. Soalnya mak aku ni seorang yang kuat bersenam. Pepagi aku kena teman mak jogging, petang pulak main badminton. Dan cycle nya berulang. Ohh ada lah satu hari aku ngan mak tengok movie tu pun mak ajak aku window shopping tapi cecepat aku gi beli tiket movie pastu terus tengok movie lepas movie, dating sikit dengan mak. Begitu sekali. Aku rasa kalau kat umah, rugi kalau tak tidur sebab tilam empuk yakmat! Kalau kat hostel sakit tulang belulang aku dek kerana tilam yang menipis.

Tapi, dalam dugong dugong aku pun, aku ada kemahuan ok. Lately ni aku memang suka dengan aktiviti lasak. Kiranya ini adalah satu keajaiban untuk spesis dugong cam aku di mana aku telah mengajak childhood friend aku norehan dan mipa pergi bermain watersport di Iskandar Puteri. Kami juga mengadakan potluck di mana masing-masing membawa makanan yang dimasak sendiri di rumah. Aku bawak mee soto, Mipa bawak beef lasagna dan Norehan bawak murtabak famous! Wow! *mata bersinar

Setibanya di sana, aku main banana boat dengan... dengan sape lagi.. tentulah dengan mipa dan norehan wkwkwkw. Macam nak tepelanting aku dibuatnya sebab laju benar. Aku rasa lagi sweet kalau time aku main boat ni ade dolphine kejar kejar aku. Hee =)  Bila boat ni corner ke kanan, maka tersenget sengetlah badan kami ke kanan dan bila boat membelok ke kiri maka ke kirilah badan kami. Bila kelajuan boat makin laju apalagi dugong cam aku ni cuak la maka terhasilah satu jeritan yang maha dahsyat. Aaaaaaa! *sambil tarik baju mipa . tarikan aku telah membuatkan mipa toleh ke belakang dan berkata “woiii jangan la tarik” wkwkwkwk. Lepas beberapa round, boat tu telah diterbalikkan oleh pengendali boat dan basah kuyuplah aku dibuatnya. Kami sambung lagi dengan main air. Main kejar-kejar kat tepi pantai macam dalam drama. Semput aku dibuatnya.

Image result for dolphin
comel kan dolphin =D

Dan yang paling ditunggu-tunggu adalah time makan! Makan sambil chit chat tentang live masing masing. Since aku dajah satu aku sangatlah rapat dengan dorang ni. Lepas umur 9 tahun aku pindah sekolah and sejak dari tu kita tak pernah jumpa sampailah sekarang. Persahabatan tu indah ya. Walau dah sedekad tak jumpa ternyata diorang still ingat lagi bahawasanya aku memanglah nakal dari dulu. Saat entry ini ditulis mipa dah berada berjuta batu di dublin dan norehan sedang melentok di dalam kelas di university of aberdeen. Semoga secebis kenangan kita membuatkan kau dua orang tersenyum gembira. Oh ya. Kawan tu memang beribu tapi sahabat tu subset kepada seribu tu. 

*thank you for reading*

Tuesday 13 September 2016

nasi lemak!

19:58 34
nasi lemak!
Hai assalamualaikum! 

Yo adakah semuanya sihat? Yakni aku tengah kekenyangan lantaran baru lepas melantak nasi lemak yang mak aku buat. Sebenarnya cenggini, semalam bagaikan ular dipalu aku beriye workout dengan bermain badminton dengan mak. Maka dengan semangat mak menghulurkan raket badminton yang sedia terletak dalam stor! -,- Bila mak pukul bola badminton ke atas, aku pun beriye melompat ke atas pukul bola. Bila mak pukul ke tepi aku pun kejar bola ke tepi. Bila mak pukul ke kanan aku pun lari ke kanan. Begitu bersungguh ya aku main badminton. Aku rasa kalau Lin Dan tengok dia pun menangis sebab gerun sangat dengan ketangkasan aku.wkwkwkwk. Maka lepas sejam ber workout peluh merecik recik jatuh ke bumi. Dengan confident aku merasakan dah banyak kalori aku terbakar lagi mudahlah aku nak fit kan body. Tapi pagi ni, aku telah di offer oleh mak nasi lemak yang paling sedap seantero dunia soalnya nasi lemak ni merupakan resepi turun temurun. Mana mungkin aku menolak. Aku cuba menolak pelawaan mak tapi tak boleh. Hakikatnya aku sungguh lemah kalau nampak sambal tumis udang. Aku pejamkan mata tapi tangan ni ringan saje menggapai pinggan. Ahhhh amek jela separuh pinggan buat jamah, kata aku dalam hati. Tapi aku pun tak pasti adakah ini tindakan bawah sedar atau apa. Aku telah menambah tiga pinggan nasi lemak. wkwkwkwk Lantaran kekenyangan aku telah menyandarkan badan ke sofa lalu terhasil la bunyik burpppppppp~ hee panjang kan. :') 

Sekarang ni aku sedang mencongak-congak. Sepinggan nasi lemak secara roughly bersamaan dengan 400 kalori. Aku dah melantak 3 pinggan jadinya 400x3. *muka tekejut. Fuyooo pagi ni je 1200 kalori. Ni yang buat aku terkejut beruk, siak. Tetibe menyesal tapi cecepat aku sedapkan hati emmmm takpelah sekali sekala.wkwkwkwk. 

Aku takdelah nak diet, control makan bagai. Aku rasa orang yang rapat ngan aku ni tahu kot yang aku ni jenis kuat makan. Kalau makan burger ngan ron, dia order mini tower burger tapi aku order twin tower burger. T_T  Mulut ni asik mengunyah je. Tapi bila umur dah meningkat cemni, aku rasa haruslah peka dengan pengambilan makanan dan mengamalkan gaya hidup sihat dan dalam masa yang sama, dapatkan body yang fit bukanlah kurus meleding cam lidi.T_T 

*thank you for reading*

Monday 12 September 2016

makna aidiladha?

21:00 16
makna aidiladha?
assalamualaikum

adapun sudah tertulis lagi bahawa pada hari ni, pagi ni, aku menulis lagi. Dan sudah tertulis juga kau terbaca tulisan yang aku lakarkan pada hamparan yang sepi ni dan tak berapa nak sepi sebab kekadang aku ni seorang yang havoc lagi kecoh juga.. Soalnya bila aku dengan cousin aku berbual padahal berdua je, lalu di tegur oleh makcik aku bahawa katanya kami berdua berbual dah macam sepuluh orang punya suara. So kau rasa? wkwkwk bosan ngat! Sekarang ini, detik detik saat yang berlalu seolah amat cemburu ya dengan aku. Baru buat itu ini sikit tengok jam phewww tetibe dah malam. Masa yang berjalan tidak terasa keperjalanannya. *what is that

Itulah banyak sangat benda lagha nak buat masa kat umah ni lalu terbengkalai niat nak hupdate blog. Itu semua disebabkan aku baru download movie doraemon, girlfriend ajak oncall dan sebagainya, maka bila ter(on) lappy lalu tangan ni ringan sahaja meng(klik) cerita doraemon dan bila off lappy, terasa nak scroll instagram tengok instashop then terbeli lagi shawl baru. Mannnn. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang selalu gagal dengan ujian ujian duniawi.

so yeaa shoot to the topic mentioned above! apa makna aidiladha pada korang? Adakah hanya melaksanakan ibadah menyembelih lembu, kambing?
Kembali pada beribu tahun lampau~

Ibrahim AS mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya Ismail As. Mimpi tersebut lalu sampai ditelinga Ismail AS maka berkatalah Ismail AS bahawa sekiranya mimpi itu merupakan wahyu Allah maka baginda sedia merelakan dirinya untuk disembelih. Adapun setelah mencapai kesepakatan, keesokannya Ibrahim telah membawa anaknya untuk disembelih. Lalu bertebaranlah cerita ke seluruh nusantara bahawa Ibrahim AS mahu menyembelih anaknya sendiri! Baginda mengucap kalimah atas nama tuhan lalu memancung leher anaknya maka terperciklah darah. Dan apabila baginda membuka penutup matanya alangkah terkejutnya baginda bahawa yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas.

Kembali balik pada 2016~
Aku cuba tengok sepanjang aku hidup dalam dunia ni pengorbanan apa yang aku pernah buat? Dahla macam-macam aku nak. Maklumlah perempuan ada 9 nafsu yang jika tak dikawal maka 9 nafsu tulah yang kawal. Aku jadi diam sekejap. Entahlah tak dapat nak recall. Kalau adapun takkan aku nak list one by one here dude. Biar sahaja antara aku dengan tuhan dan malaikat pencatat menjadi saksi. Moga-moga pegorbanan yang sedikit itu mampu menjadi pembela disaat hari timbangan. Apa yang penting mestilah niat untuk memperbaiki diri dan yang pertama sekali, mesti tengok diri sendiri dulu bukan orang lain. Salam aidiladha semua.

*thank you for reading*





Saturday 10 September 2016

Habis short sem!

00:29 17
Habis short sem!
Assalamualaikum! 

Semalam hari jumaat merupakan hari terakhir aku menduduki final examination paper biostatistics. Sem pendek ni, hanya dua subjek je yang kena seat for final exam tapi disebabkan dalam jadual kedua-dua papers aku habis last sekali, jadinya saat mereka semua telah mengemas barang dan balik ke kampung halaman masing-masing cuma aku lah yang tinggal untuk buat last minute revision. 

So, pagi jumaat aku bangun dengan rasa gembira tapi dalam masa yang sama agak nebes sebab biostat tu one of killer paper! Hapal la formula ape yang ada, selak jalan kerja macam mana nak mula semuaa dan tanpa aku sedar jam telah menunjukkan pukul 8.30! OMG! Paper aku pukul 9.00 pagi. Bagaikan halilintar aku menyambar tudung sarung. 5 minit tunggu lif dari tingkat 13 ke ground floor -,- huuuuu peluh peluh aku dibuatnya sebab gelabah sangat takut sampai lambat. Jalan kaki sepantas mungkin. Kira laju jugak lah untuk spesis penyu cam aku ni. 

Sampai dekat blok examination dengan penuh rasa cuak di dada. Berpusing aku carik examination room tak jumpa-jumpa. Maka saat itu peluh memuncak tidak lagi dapat dibendung. Meliar bola mata hitam mencari nombor examination room dan akhirnya mata aku tertancap pada nombor yang memang dah disimpan kemas dalam kotak ingatan. Dengan senyum melebar aku hayunkan kaki ke examination room. Tepat pukul 9.00 pagi semua candidates diarahkan masuk dengan segera. Maka berderetlah candidates mengambil tempat masing-masing selepas pengawas peperiksaan benarkan masuk. Aku je yang terkial-kial keluarkan stationary, slip exam dan student id. Semua aku dah siap prepare tapi... tapi mana student id aku?! ohh mann jangan cakap aku tak bawak -,- Puas aku terbalikkan beg tapi benda yang dicari tak muncul pun. Memang sah aku tak bawak. Mujurlah si Lankesh kata boleh buat id sementara. Jadi, terus aku pecut pergi admin punya ofis tapi.. ofis admin tutup! what?? Tapi aku redah je. Lepas bagitahu aku nak buat id sementara dekat admin, dia suruh aku refer dekat exam deparment! Nasiblah buidling tu besambung. Jam menunjukkan pukul 9.10 pagi! 

Sesampainya aku dekat exam deparment, dia suruh aku refer pada account department! -,- Maka bila aku sampai dekat account deparment, aku sampaikanlah hajat aku. Tapi boleh pulak dia suruh aku duduk dan ambil nombor padahal mase tu takde orang pun plus, exam department dah bagi pelepasan kat aku supaya terus je refer and tak payah ambil nombor. Tapi akak mekap tebal dekat kaunter account tu beriye suruh aku ambil nombor. Jadinya, terpaksa lah aku ambil nombor dan tunggu. Jam dah pukul 9.20. 
Kali ni aku tak peduli aku terus je serbu, aku nak buat id sementara! Kasilah aku buat kejap stress betul. Kalau ade pedang dah lama aku hunus kat akak mekap tebal tu cis! Then ada sorang akak ni offer nak tolong aku. Bagaikan kera mendapat bunga, aku terima jelah pelawaan tu. Id sementara siap dalam masa 5 minit beserta bayaran RM5 as denda untuk id sementara. 

Pukul 9.30 aku sampai depan examination room. Memicingkan anak mata cari tempat duduk. Aku terus pergi seat aku. Tapi kenapa ada orang duduk dekat seat aku? T_T 
ohhh rupanya salah tengok seat T_T 
Nasiblah pengawas still bagi aku masuk walaupun lambat 30 minit sebab aku buat muka kesian T_T
Aku cakap pada diri lekk lekk, dengan lafaz bismillah, aku mula menjawab dengan hati yang tenang :)

Tepat pada waktunya, aku selesai jawab semua section lima minit sebelum pengawas peperiksaan suruh berhenti menulis. Pengawas mula mengutip paper exam dan bila sampai kat meja aku seorang pengawas ni bersuara 

He: you baru first time final ke ? *muka menjengkelkan
Aku: taklah 
He: Then kenapa tak tulis nombor seat atas answer booklet ni *muka berapi

Cepat-cepat aku tulis dan hantar balik pada singa tadi tu. -,- Ahhhhhh hari ni totally menguji aku. Tapi aku rasa hari nilah paling adventure untuk aku. Keluar je dari exam room, aku disambut mesra oleh Dr. Bil. Aku bagitahu dia id aku tak dapat dikesan dan turut didengar oleh Mai. Maka dengan sukarelanya Mai selongkar beg aku. Dan yes dia jumpa id aku terselit kat dalam poket beg T_T 

so yeahh ade jugak terdetik hari ni hari malang aku ke? Tapi cepat- cepat istighfar bahawa takde istilah hari malang dalam hidup ni sebenarnya mungkin ini pengajaran untuk orang yang kuat berangan cam aku ni wkwkwkwk Sikit pun tak rasa nak moody sebab aku memang tengah happy :D Have a nice day chu olls!! 

*thank you for reading*

Saturday 3 September 2016

tin kosong!

22:53 29
tin kosong!


Assalamualaikum ~

well setelah beberapa hari menyepi and now im back!
Buatlah apa je dalam dunia ni, buat baik pun ada orang condemn, kalau jahat apatah lagi kan. So itu hari aku teringat mini conversation dengan so called buddy aku.

She: Babe why eh orang cakap buruk benda buruk belakang kau?

Me: Sebab aku famous. Haha ok serious. Sebab aku manusia la babe.

She: What do you feel?

Me: What should i feel?

She: Maybe upset, despair, sadness...

Me: Why must we upset, despair, sadness?

She: Lol. Sebab kau kan manusia babe

Me: Wkwkwkwk this is not fair sebab kau copy cat ayat aku!

She: Kau pernah rasa nak give up tak babe

Me: Dah kenapa pula nak give up bagai ni

She: Aku kenal kau dah berapa tahun dah. Aku tengok dah banyak benda yang kau lalui.

Me: So?

She: Apa yang menjadikan kau masih kuat nak hadap semua?

Me: Humm kalau dulu aku boleh malah aku pernah hadapi masalah lagi besar, so, why not now? Aku yang sekarang lagi matang dari yang dulu bukan?

So back to the title, kau tahu apa makna tin kosong? Tin kosong, bila kita ketuk bunyi dia lagi berdesing daripada tin yang di isi air bukan? Macam tu jugaklah manusia. Bila cakap pum pam pum pam dia je nak menang, sanggup juga make up stories sebab nak buat kita rasa sakit hati. Lol publisiti sangat. Hakikatnya itulah tin kosong.  takde apa-apa sebenarnya. Dia tak ada apa yang kau ada sebab tulah dia cemburu. Simple as that. Kalau pesakit diabetes, kaki yang busuk dimakan kuman jahat boleh kita lihat dengan mata kasar, kita rasa takut dan geli. Tapi  macam mana pula kalau hati yang busuk? Yang kita hurung ke sana ke mari. Tak pula kau sedar dan rasa takut.

Image result for tin kosong



People come. People go. Only true friends stay! 

*thank you for reading*