Saturdate dengan Ron! - Mis Diarios

Sunday 7 August 2016

Saturdate dengan Ron!

Assalamualaikum!

Minggu depan merupakan minggu ke empat aku di sem baru. Itu tandanya dah sebulan aku tak balik rumah jumpa mak! T_T okay. Sebenarnya bukan tu je minggu ke empat means minggu test! Jadi, tolak tepi kejap soal homesick ni. =)

Ohya, semalam tanpa dirancang aku jumpa Ron dekat KL. Memula she just left me a message. Aku saje je ajak Ron jumpa tak serius pun sebenarnya ajak-ajak ayam je. Then dia kata okay and aku kena siap cepat. Duhhhh! Bayangkan masa tu aku baru je lepas basuh baju. Baju je yang aku basuh diri aku sendiri tak mandi lagi! Lantai bilik tak mop, baju pun tak sidai, habuk tak kebas T_T Lepas mandi aku pulak pening nak pakai baju yang sesuai. Hamagad nak jumpa ron kot kena la vouge the vass. Aku bukak je pintu almari ingat nak pakai shawl tapi berapa keping sangat la shawl yang vouge ada dalam robok aku. Sebab aku gi kelas pakai soft awning je! Takyah gosok pakai sarung je. Shawl yang ada ni kaler itam, blue black and printed. Tiga lai je. Hahaha ada hati nak vouge the vass sangat. Then mata meliar nak pakai jeans ke dress ke?T_TLepas beberapa minit decide aku pakai dress purple and instant shawl yang terselit dalam luggage. Rasa looser gila pakai instant shawl pun berejam nak siap. See nasib baik aku g kelas pakai soft awning je. Sesuai sangat la untuk orang pemalas cam aku. 

Well, lepas siap aku cecepat pegi batu tiga. Dekat batu tiga aku tunggu ktm komuter. Dari jauh aku nampak bayang komuter datang nak amik penumpang. Boleh tahan lembs jugak rasa cam nak hempuk je wkwkwkwk. Okay! Dari batu tiga ke KL central, aku kena lalui lapan stesen ye guys. Jadi dengan perasaan tak sabar nak jumpa ron, aku duduk diam-diam dalam komuter sambil dengar lagu sami yusuf! Orang yang dok sebelah aku ni, dengar ear phone tapi lagu dia sampai aku pun boleh dengar. Like seriusly? lantas aku cepat-cepat kata dalam hati 'biase la tu orang KL.'
 Diam tak diam, suara interkom berbunyi 
"Stesen seterusnya, KL central, Next station, KL central." 
Maka aku dengan beriya bangun ready nak memboloskan diri aku keluar dari komuter yang sesak dengan orang. Kemain confident aku cari ron. Sampai dekat satu laluan ada orang ktm kutip tiket. Aku pun bagilah tiket aku pada dia dan masuk ke laluan tersebut. Mata aku meliar cari ron. Whatsapp tak balas. Call je lah! Ron tetiba muncul dari arah platform 6. Laju ron jalan datang kat aku. 
"Eeeee you buat apa kat dalam tu. Kan i dah bagitau takyah masuk lane mana-mana"
okay. Sebenarnya aku dah tersalah masuk. Patut aku tunggu dekat platfrom 6. Pastu, kalau nak keluar balik aku kena amik tiket aku yang dah bagi pada bro kutip tiket tadi. Aku mintak balik la tiket pada bro tu, tapi dia dah masukkan semua tiket yang dia dah kutip tadi kat dalam tong tiket. T_T Nasib baik la bro tu sanggup cari balik tiket aku. Sebenarnya aku beli tiket ke mid valley. Bagaikan ada kuasa ajaib tiket aku yang terselit di antara beratus tiket dalam tabung tu berjaya ditemui. Bro tiket memang handal. Aku mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi. Aku dengan ron berbincang serius ke nak gi mid valley. Boring kot. Dahlah takde pape sendu je. At last kitorand decide pergi  KLCC ;) 
Jadi, kenalah pergi beli tiket baru! Sebenarnya kan, Ron beli tiket sampai stesen sebelum KL central. Dia sebenarnya berhenti terlebih stesen. Nasib baik bro tiket tadi baik hati lepaskan. Kalau tak ron boleh dikenakan bayaran denda sebanyak rm30 sebab berhenti terlebih stesen. 
Selepas melalui saat yang agak mencemaskan, baru lah rasa excited datang balik! 
"Ron!!!!" 
"Youuuu!!!" 
we both hugged! "Omg tak sangka kita jumpa kat sini! Mesti ziron jeles." 
sempat lagi nak ada niat supaya ziron jeles. hahaha! :P
Lepas lunch dekat KLCC aku dengan ron pergi aquaria. Sangat menakjubkan melihat ikan besar dari badan aku -,- 
Tekejut beruk aku tengok ada ikan melekat kat cermin aqua tu macam manusia. Ohh rupanya ikan pari. Like seriusly man macam orang kot aku tengok muka ikan tu. Nasib aku tak melompat sebab tekejut ngat! Aku ingatkan nak pegang starfish. Tapi tak boleh sebab starfish kena quarantine, dia tak sihat time aku pergi tu. Hummm. Last aku pergi sini time dajah nam. Now umur aku dah berapa pun still excited macam orang jakun. Jalan lagi, jumpa obor-obor comel! Dia siap tukar-tukar kaler lagi. Jangan tetipu bukan jellyfish tersebut yang bertukar kaler ye tapi dalam aquarium tersebut ada neon yang bertukar warna. Memula aku dengan mulut terlopong, 
"Ron!! obor-obor ni tukar kaler!" 
"Mana ada lah ni kan lampu akuarium" 
LOL. Nampak tak kejakunan di situ. 
ohya, first akuarium aku jumpa selepas masuk pintu entry ialah akuarium ikan piranha. Baru aku tahu ikan piranha takde lah macam dalam filem tu gigi terkeluar. Muka ikan piranha ni releks je takdelah buruk cam dalam filem tu. Kalau ikan ni tengok movie tu, mesti dia marah gilerr.. Disebabkan excited sangat aku cakap dengan ron, 
"Ron cuba you masukkan jari you dalam akuarium ni" *sambil menunjuk ke arah akuarium ikan piranha.
Ron macam anoyed gila dengan aku hahaha
"Eeeee you ni -,-"

berikut merupakan ikan piranha didalam  filem.


ini merupakan ikan piranha yang real! relax je muka memasing.

Lepas puas jenjalan tengok dunia laut, kitorang pergi cuci mata tengok buku di kinokuniya pula! Bila tengok je jam dah hampir malam, aku dan ron dengan berat hati amik keputusan untuk balik. Ron drop aku sampai dekat KL central balik. Rasa macam berat hati sangat. Tak tahulah bila lagi boleh jumpa. :'( Bila train ron sampai rasa cam nak nangis je. Aku tengok je ron masuk dalam perut train yang ramai gila orang waktu tu. Tinggallah aku sorang dikelilingi orang yang sorang pun aku tak kenal. 
Lima minat menunggu, train aku pula sampai. Dalam train, aku duduk kat sebelah pasagan cina yang bisu. Umurnya aku anggarkan dalam sebaya nenek aku. Mereka berbual dengan menggunakan bahasa isyarat. Sekejap-kejap bergaduh lepas tu ketawa. Mungkin bergurau. Melihatkan situasi tu, aku jadi tersentuh. Walaupun tak sempurna, tapi gembira. Walau dah berusia tapi masih lagi bercanda macam orang yang baru bercinta. Agaknya kalau aku dah tua cam tu ke tidak? Klonklusinya, macam tulah hidup, kita jangan pernah minta kesempurnaan untuk gembira. Hadapilah hidup dengan tenang dan bahagia! Semuanya terpulang pada kita untuk terima sesuatu sebagai positif atau negatif. Terima kasih ron untuk hari yang bermakna! Doakan ron dimudahkan urusan ye :) 

*thank you for reading*






22 comments:

  1. akak klau pegi klcc, msuk kinokuniya tu rase bored sbb bku akak nk tak de...

    ReplyDelete
  2. Mcm mak saya ckp, dunia ni sempit je ahaha

    (sbnrnya dunia ni kecil bkn sempit XD)

    ReplyDelete
  3. hahahaha relax je muka piranha tu sebenarnya eh xD tpi kalau nampak daging mulalah dia tunjuk rupa sebenar agaknya :p

    ReplyDelete
  4. selama ni bayangkan piranha macam dalam kartun je XD

    ReplyDelete
  5. ala humble nya piranha yg sebenar. tapi mana tahu kan, jangan disangka air yg tenang tak ada piranha.hahhaa:)

    ReplyDelete
  6. Salam....
    salam kenal dari jiwatani...

    ReplyDelete
  7. Good luck test! Bestnya jejaln kt aquaria

    ReplyDelete
  8. Next time kita jumpa dekat KL pulak nak. muehehe XD

    ReplyDelete
  9. bestnya gi jejalan..sy duk umah x wat apa

    ReplyDelete
  10. syok la.. berjalan je.. hahaha :D

    ReplyDelete
  11. okay rindu pulak nak keluar dgn bff. lama xkuar sama sbb msing2 ada commitment sendiri. sobs

    ReplyDelete
  12. seronoknya jln2 ke klcc... akak dh lama sgt tak ke klcc... sejak ada anak rasanya kih2... klu pg klcc pun time rehat tu pun sgt terhad masanya...

    ReplyDelete
  13. akak pun kalau nak pakai shawl berjam2 kat depan cermin tu kesudahannya pakai tudung soft awning tu aje.
    KLCC pun dah lama akak tak pegi padahal tiap-tiap minggu lalu depan dia.

    ReplyDelete
  14. Awww..best nye..I love youuu.. <3

    ReplyDelete
  15. Piranha ni bahaya. Tau2 tinggal tulang je...

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  16. scarynya piranna ni..btw ..akk nak follow..mana butang folower awak dik

    ReplyDelete
  17. Mintak dijauhkan daripada pirana tue..

    Adik aini, mana followers gadget? Akak tak boleh nak follow. Cuba letak gadget jap eh =)

    Btw, akak tak nampak aini dalam followers akak..aini menyorok ke? Hehe.

    ReplyDelete
  18. Aini..

    Akak dah follow guna dashboard eh.. Sorry tau lambat follow aini..

    Keep in touch darl and happy blogging 😊

    ReplyDelete
  19. Rilek je muka piranna tu..tak macam dalam filem pun huhuhu

    ReplyDelete