Saturday, 30 July 2016

Bersyukur sangat!

Posted by MisDiarios at 21:12
assalamualaikum~
ahhhh hari jumaat betul-betul meletihkan. Sebelum subuh lagi aku dah sedar sebenarnya. Tapi, disebabkan keletihan yakmat bunyi alarm yang bingit telah aku stop kan bunyinya. Aku tunda lagi 20 minit alarm untuk kejutkan aku bangun subuh. Penat semalam tak hilang lagi, terpisat-pisat aku gosok mata tahan ngantuk. Patut aku bersyukur sebab still boleh bangun, dibagi nyawa.. Ni tak lagi nak bermalas malasan atas katil.. Subuh memang waktu yang tepat nak buktikan sama ada kita lagi pentingkan nafsu tidur atau tuhan. Sebenarnya malam tadi aku balik lewat sebab kena praktis flashmob. Since uni aku tengah kecaa dengan home coming fiesta sempena convo kan, so they organized a competition. We have to present our school/faculty. Aku taknak pun take part tapi terpaksa T_T Dahla aku ni cam batang kayu nak liuk lentok jadi seriusly macam badut. Tapi tulah why not kan kalau kita cuba je. Penat hari jumaat tu sebenarnya tak hilang lagi. Adakah ini bermakna aku kena amik minuman kak ton untuk boost energy aku T_T Muda lagi tapi stamina rendah. Tulah asik tebongkang atas katil tengok drama je study nya tak jugak. Sepatutnya kena maanfaatkan masa muda ni!
Ohya, petang jumaat tu memang aku dah ready nak tidur umah kawan aku siap dah kemas baju masuk dalam beg tapi disebabkan (private issue) aku terpaksa batalkan. Dalam masa yang sama juga aku memang pasang niat nak pergi juga to her house on saturday!
Pagi sabtu, lepas kemas bilik, mop lantai, cuci toilet dan memastikan keadaan bilik ni macam bilik anak dara rajin aku pun ready nak siap-siap pergi rumah Nazhlin sebab rumah dia ada buat open housee..sebenarnya diam tak diam dah pukul dua dah masa tu! Lepas solat zuhur siap apa yang patut aku keluar rumah dengan hati yang gembira sebab dah terbayang aku akann makan besar jap lagi hahaha. Sambil tu tengok sikit size perut.. huuuuu muat lagi ni.. Aku pun jalan tunggu bas kat tepi Sungai Damansara. Berdiri mematung tengok ke arah kanan mengharap bas datang sekarang juga sebab langit macam dah tak sabar nak muntahkan air yang tersejat. Makin lama awan makin gelap. Cuaca yang dari tadi cerah sekelip mata bertukar kelam. Macam tu lah kuasa tuhan boleh jadikan sesuatu sekejap je mengikut kehendakNya. Terasa macam air menitik. Dan makin lama makin lebat! Cepat aku selamatkan diri aku berdiri kat bawah pondok mini pak guard! Guruh mengaum amat dahsyat. Tekejut aku. Nasib tak melatah opocot opocot. Tepaksa la aku cari tempat teduhan kat dalam kampus.
Masuk je kampus dengan baju basah lencun rasa macam joyah sesat je. Yela sebab hari sabtu kan hari convocation. Orang kat kampus semua macam retiss dah. Tetibe perut aku rasa lapar yakmat! Aku pergi cinnamon cafe two aku nampak ade beef burger. Tangan aku dah capai tapi aku letak balik sebab rasa macam tak kenyang ah makan burger. Then aku keluar pergi bakery aku nampak favourite aku sandwich telur! Aku dah capai tapi aku letak balik sebab macam sendu gila tak dapat pergi open house pastu makan sandwich je :( Aku tunggu sampai hujan reda. Aku tengok hujan turun lebat sangat sampai jalan pun kabur. Angin bukan lagi sepoi tapi tahap ribut. Dan bila hujan reda jam pun menunjukkan pukul lima lebih. Aku tak rasa dapat pergi umah Nazhlin sebab dia cakap petang nak keluar. Jadi aku jalan kaki ke aeon. Takdelah jauh sangat dari uni aku. Dalam aeon aku pun takde arah. Tak tahu nak pergi mana tapi aku laparrT_T Tetibe rasa nak makan kek. So makan jelah kek kat secret recipe. Saje nak pujuk diri sendiri. Pastu aku order golden crispy chicken. Belum sempat makan separuh perut aku mengulas nak teberak pulakk. Cepat aku panggil waiter suruh bungkuskan makanan aku, lepas je bayar kelam kabut aku cari washroomT_T Lepas je settle bisnes aku keluar toilet, agak terkejut juga sebab orang beratur panjang nak masuk toilet yang aku masuk ni. Hahaha. Mesti lama gila diorang tunggu aku! sorry ngat. Then aku jalan takde tujuan, tetibe dah sampai kat Uniqlo. Sedar tak sedar aku dah test tiga pasang tops Hana Tajima edition. Hahaha seronok ngat. Tak beli dapat test pun jadiklahh. Bila jam dah menunjukkan pukul enam lebih, macam tak terasa waktu berlalu pantas. Aku pun amik keputusan untuk balik.
Guess what dalam perjalanan balik, aku terserempak dengan someone yang agak familiar. Dan dia pun dengan ramah tegur aku. Oh, akak Nazhlin! Lepas cot cet cot cet kat tepi jalan, dia ajak aku gi umah dia. What a coincident kan? Tadi aku nak pergi umah dia tapi keadaan macam cemburu dan menghalang. Now, senang-senang je siap dapat offer lagi ikut dia balik rumah. Akhirnya aku dapat pergi juga rumah Nazhlin ya.. kat rumah dia aku makan dengan perasaan yang lebih bersyukur dan terharu. Aku nak cakap ni, kalau kita memang ada niat yang baik, cepat atau lambat, mesti Allah akan bagi. Walau ape pun jadi kenalah banyak bersabar. Bukan ke kita ni memang selalu di uji? Dan macam mana seseorang tu dikatan beriman sedangkan dia belum di uji? Walaupun apa yang aku nak sampaikan ni simple je dan nampak macam hal kecik. Tapi kekadang, hal kecik la yang buat kita takde mood and spoil. Dan pagi ahad ni aku masih lagi makan lemang, nasi impit dan rendang yang Nazhlin bekalkan :)  Kita bukan perlu baik sangka dengan orang je, tapi dengan tuhan juge! Doakan kawan aku dan keluarga dia dimurahkan rezeki ya.

*thank you for reading*


14 comments:

  1. aa btol tu dik. nampak benda kecik tapi sbenarnya bleh swing kan mood satu hari. pastuh btul, niat tu pnting, klau baik, lmbt pun akan smpai jugak dekat kita :)

    ReplyDelete
  2. Buat flashmob mesti pengalaman yang tak boleh lupakan tu.

    Betul tu Aini. Setiap yang berlaku itu memang ada hikmahnya. Sebab itu kena sentiasa belajar bersangka baik dengan Allah. Satu peringatan yang baik, yang akak dapat hari ini. Terima kasih Aini. =)

    ReplyDelete
  3. wow. the story is so nice! hehe. part paling last tu ai setuju sgt. ^^

    ReplyDelete
  4. ceri setuju dengan part yang last:)kita tak perlu merungut kalau kita diuji :) kalau kita sabar tentu ada balasan yang baik :) perkongsian yang menarik Aini :)

    ReplyDelete
  5. Great story... Kisah hari jumaat. hehehe

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  6. selamat hariraya maaf zahir batin.,

    nk duit raya sila dtg umah.,

    ReplyDelete
  7. syukur selalu ..confirm lancar urusan tiap hari even rasa tough, Insyaallah ..☺

    ReplyDelete
  8. Utamakan Allah dalam setiap perbuatan. InsyaAllah yang sukar akan nampak mudah :)

    ReplyDelete
  9. "kalau kita memang ada niat yang baik, cepat atau lambat, mesti Allah akan bagi."
    Agree!

    ReplyDelete
  10. tak pe, berpenat-penat dahulu, bersenang lenang kemudian. its gonna paid off :D macam huda, kene buat video raya last minutes, buat dalam masa 2 hari je, penat namatiii tapi alhamdulillah menang nombor 1, worth it :P

    ReplyDelete

 

Mis Diarios Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea