Monday, 15 August 2016

Facetime with Farah!

Posted by MisDiarios at 03:39
Assalamulaikum!
Masa berlalu dengan pantas sekali ye! Banyak benda nak kena settle kan dalam masa yang singkat. Assignments, presentations, reports.. Ahhhh! And the list goes on.. Dalam tengah sibuk ni jugak, train aku untuk tak lupakan someone special in my heart! Itu hari aku spend time dengan Farah. Walaupun kita ni jauh, tapi, takde alasan untuk terus senyap tanpa update. Tetiba aku teringat~ 

Few years ago.. 

Masa aku tingkatan lima, aku dengan Farah classmate. Aku duduk dalam first class science stream. Kengkawan aku semua amik 10 subjek which is dorang tambah prinsip akaun as additional subject. Tapi aku ni kira boleh dikategorikan dalam kategori lembs kan so aku drop subjek akaun. Masa awal tahun, beriye aku siapkan kerja kursus semua. Pulun pergi buat viva bagai. Tapi dah sampai penghujung tu aku rasa macam tak confident nak amik akaun. Yela boleh tahan berpinar mata aku tengok nombor banyak! Cukuplah Add Math yang telah membuatkan aku separa gila. Jadi, aku telah berbincang dengan cikgu kaunseling aku untuk drop subjek tu. Melihatkan gred yang aku dapat previously, dorang sokong je aku nak drop. puii. At least bagilah semangat untuk aku bertahan ke ape. Tetiba, uztad aku datang purpose aku. Bukan dia melamar aku jadi isteri dia lah of course. Gilaa kau. Dia tanya aku nak add subjek tasawwur islam tak? Then disebabkan aku tengok kengkawan aku semua gebang amik 10 subjek, aku tanpa berfikir panjang, aku jawab "ye saya nak amik" *senyum comel. 

Jadi, aku sorang je yang amik tasawwur islam dalam kalangan science stream. Masa SPM, subjek biology merupakan subjek terakhir. Lepas je paper bio, kengkawan aku semua dah jerit merdeka! merdeka! Aku je tinggal cam penyu sambil pegang buku tasawwur. Ohya. Sape yang tambah subjek ni kena belajar sendiri ye takde kelas. Masa tu aku belum lagi boleh jerit merdeka. -,- Paginya, paper bio. Petangnya pula paper tasawur! horayyy! Lepas je students lain semua balik, tinggallah aku menanti masa untuk menduduki paper tasawwur. Aku sorang je kat dalam dewan menunggu. Tetiba, ada orang pegang bahu aku. 
"Aini.." 
Aku pusing belakang dengan mata bersinar. Rupanya aku tak keseorangan. 
"Aku teman kau amik last paper kau tau. Buat betul-betul. Aku doakan kau. Im so proud of you babe."
Rupanya Farah datang temankan aku amik paper last aku. Like seriusly aku tak pernah mintak dia datang teman aku. Tapi dia sendiri datang sebab nak bagi support kat aku T_T Mana mungkin aku buat main-main. Bila jam menunjukkan pukul 2 petang maka tibalah masa aku untuk amik exam tasawwur. Aku jalan sendiri menuju ke dewan periksa. Dalam dewan cuma aku sorang je. First time aku duduk dalam dewan besar amik exam sorang dengan ramai pengawas peperiksaan pulak tu. Cuak kau tau tak! Tapi bila aku tengok luar tingkap, aku nampak Farah. Dia bacakan yasin sambil aku jawab exam. :'( 
Masa berlalu. Lonceng berdeting menandakan masa menjawab dah habis. Aku keluar dewan dengan perasaan lega. Kali ni, aku pula yang merdeka. Farah hugged aku. 
"Alhamdulillah kau dah merdeka. hahahah! jom celebrate!"
Aku speechless. Dia pulak happy untuk aku. Bukanlah aku tak happy. Tapi terharu je T_T

Kawan yang baik dia takkan tinggalkan kau sorang-sorang walaupun masa tu dia ada je pilihan untuk gembira tanpa kau. Aku mungkin bukan kawan yang baik tapi kehadiran Farah dalam hidup aku totally ajar aku makna persahabatan. Dia ajar aku dalam dunia ni jangan jalan sendiri. Bukan yang tarik muka bila marah dengan kau. Bukan yang tinggalkan kau dengan alasan. Bukan yang judge apa pendapat kau or tinggalkan kau bila takde mood. Seriusly kita memang tak boleh judge hati orang. Tapi perbuatan selalu mencerminkan diri. Mungkin kau rasa bagus bila sendiri sebab sebenarnya kau belum pernah jumpa sahabat yang baik atau jiwa kau kosong.

*thank you for reading*


26 comments:

  1. terharu T_T ..jga kwn tu baik2..ssh nk cri tuh

    ReplyDelete
  2. all the best untuk anda berdua, salam ukhwah dari www.anajingga.com :)

    ReplyDelete
  3. terharu baca. bagusnya dpt kawan baik cmni, siap bacakan yaasin lagi T__T kena jaga baik2 ni, huhu

    ReplyDelete
  4. Itulah sering dikatakan tak mudah dpt kawan yg sama-sama merasa susah-senang. Fara kawan yg baik hingga sanggup menanti dgn membaca Yasin sehingga kawannya habis menjawab peperiksaan..

    ReplyDelete
  5. ni betul2 kwn baik nih.... moga sentiasa bersama

    ReplyDelete
  6. bestnye dpt kwn mcm ni.. terharu giler..\ms kite sorg2 die dtg temankan.. rs nk nangis jeeee..

    ReplyDelete
  7. bestnya ada kawan baik macam tu :)

    p.s maaf tak boleh follow blog, dah cuba banyak kali tapi still error..Blogger ada masalah utk follow kut..try follow blog lain pun macam tu..huhu

    ReplyDelete
  8. susah dah dik nk cari kawan cam gitu. hrgai lerr :)

    ReplyDelete
  9. suka la baca cara awk tulis...

    suka part akhir 'Mungkin kau rasa bagus bila sendiri sebab sebenarnya kau belum pernah jumpa sahabat yang baik atau jiwa kau kosong"

    setuju..tetibe teringat kawan baik

    ReplyDelete
  10. Hopefully your friendship with her will last long (:

    ReplyDelete
  11. Kawan macam ni.. Jangan lepaskan. Susah nak dapat kawan ikhlas seperti Farah.. Agar ikatan persahabatan ini kekal selamanya.

    ReplyDelete
  12. Sahabat namanye tu... cikna pun lbh krng cam awak gak snggp tuka sklh sbb xnk amik add math sdhnye gntikn dgn tasawwur islam atleast sijil SPM cikna cantik sikit xde yg gagal....;-)

    ReplyDelete
  13. W'salam Nurul Aini,

    Memang susah jumpa kawan yang sanggup berkorban dan kongsi susah senang.. Kalau ada kawan macam tu jangan sia-siakan..

    Semoga ikatan persahabatan Nurul & Farah berkekalan.. But Good luck to both of you..

    ReplyDelete
  14. akak ada kawan macamni taw. jaga persahabatan korang macamni. jangan lupa sahabat macamni. payah nak jumpa orang macamni taw. :)

    ReplyDelete
  15. akak ada kawan macamni taw. jaga persahabatan korang macamni. jangan lupa sahabat macamni. payah nak jumpa orang macamni taw. :)

    ReplyDelete
  16. akak ada kawan macamni taw. jaga persahabatan korang macamni. jangan lupa sahabat macamni. payah nak jumpa orang macamni taw. :)

    ReplyDelete
  17. tahniah aini. dapat kawan macam farah, satu dalam 100 orang kot. atau mungkin tak ada atau mungkin 50-50. bila aini tulis entry ni, PG tertanya-tanya, siapa kawan PG masa sekolah yang close to PG dan rasa hidup mati kitalah sahabat. i'm thinking. ok let me share pula nanti :)

    ReplyDelete
  18. terima kasih kak yati :)
    alhamdulillah :')

    ReplyDelete
  19. Thank you aini for the sharing.. terharu baca..baik betul fara ni..semoga u both have a good life till Jannah..love u dear.. :-*

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 

Mis Diarios Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea