Heading to Broga Hill - Mis Diarios

Saturday 20 August 2016

Heading to Broga Hill


Assalamualaikum!

Hai! Im so excited. Pukul 4 pagi Nash dan Didi datang jemput aku depan rumah okay guys. Aku dah bangun dari pukul dua sebenarnya sebab rasa macam excited gilaa! Dalam pukul 3 pagi camtu Dr. Bil pulak called aku. “Hello nini dah siap belum? Kita saje check nini dah bangun belum” hahaha. Bukan tu je Saf pun dari pukul 12 malam dah remind aku jangan tak bangun pula. Ohya aku pergi hiking dengan Saf, Amin, Didi, Nash dan Dr. Bil. Sejuk gila keluar pepagi camni. Lepas dorang semua jemput aku, kitorang semua bertolak pula ke rumah Dr. Bil yang terletak di Gombak. Perjalanan nak ke rumah Dr. Bil mengambil masa kira-kira 30 minutes. Kami merentasi bandaraya Kuala Lumpur. Memang betul ya orang kata ibu kota tak pernah tidur. Boleh pula banyak kereta dan sempat pula jammed di kala jarum jam menunjukkan pukul 4 pagi. Ada yang tengah kemas-kemas nak buka kedai, seawal itu untuk mencari rezeki. Kalau tak pergi hiking, mesti aku tengah terbongkang dalam selimut, sedap tidur. Banyak betul homeless people di KL ya. Kesian aku tengok :( Tidur berpeleseran di tepi koridor kedai-kedai. Tiba-tiba aku terpandang dua orang mak nyah sedang melambai-lambai mencari pelanggan. Oh man sungguh tak cool.


KL at night!

Pagi tu Nash yang drived while Amin jadi petunjuk jalan. Aku duduk seat belakang la of coarse. Mata aku segar sangat seakan takde sikit pun rasa mengantuk. Sepanjang jalan aku jerit “Horayy! Kita nak gi hiking!” Aku rasa Nash mesti bingit sebab aku duduk betul-betul belakang kerusi pemandu. Didi dan Saf pula sedap tidur. Tiba-tiba telefon aku berbunyi lagi. Oh! Dr. Bil call.
Dr. Bil: Hello nini dah dekat mana?
Me: Dekat atas jalanraya ni
Dr. Bil: hishhhh... Ni kita na kasi tahu klu yang menunjukkan korang dah sampai rumah kita
Me: Ye apa dia?
Dr. Bil: korang akan nampak tong sampah kaler hijau
Me: okay!
Setibanya di taman perumahan Dr. Bil kat Gombak, kitorang masuk ke lorong rumah Dr. Bil.
Nash: Mana satu umah Dr. Bil ni?
Me: Dia kasi tahu umah dia ada tong sampah kaler hijau
Amin: Takde landmark lain ke? Aku rasa semua tong sampah kaler hijau wkwkwkwk
Tiba-tiba aku ternampak ada orang lambai-lambaikan tangan di hadapan pagar rumah. Ya itulah Dr. Bil. Then kitorang terus menuju ke destinasi iaitu Broga Hill :D

Saf bangun dari tidur dan menghulurkan roti. Bila dengar je plastik makanan, Amin cepat je toleh belakang. Pantang betul dengar makanan. Bila dah masuk highway serius macam rasa creepy sebab jalan betul-betul kosong. Sunyi sepi. Cuma kadang-kadang ade sebiji dua kereta lalu. Saf pula buka cerita seram. Boleh pula dia kata dia terdengar suara mengilai -,- Itu telah menyebabkan Dr. Bil kecut perut dan terasa nak berak katanya. Tapi cerita tersebut telah dipotong oleh Amin. Nash terus tekan pedal minyak. Pecut kereta membelah malam. Ohya, sebenarnya ada lagi geng kitorang yang dah sampai kat puncak Broga. Tapi diorang dah turun dulu dari puncak sebab ada sesuatu telah terjadi. Itu telah membuatkan perut Dr. Bil betul-betul nak terberak.

Ok. See you alls in the next entry untuk cerita macam mana perjalanan aku ke puncak Broga!


*thank you for reading*


26 comments:

  1. wow ! excitednya.. mek tunggu next entry pulak..

    ReplyDelete
  2. dh la jln snyi pastu blh plak bukak cite seram..
    seram plak dgr.. hihi

    ReplyDelete
  3. wahhhh..team coway akak pun ke broga semalam pukul12,mula-mula akak nak join tapi lewat balik ofis habis tak pergi pun,tapi adventure tu kul 12 diorang naik..:)

    ReplyDelete
  4. Wahhh bestnya boleh naik ke broga. Tak pernah-pernah sampai lagi ke sana T__T

    ReplyDelete
  5. dlu g Broga duk bwh je..haha..sediyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha laaa nape duk bawah je? Rugi tauu tak naik :D

      Delete
  6. haha ada org melambai2 yer.. :D :D dia pun nak ikot sekali tu naik bukit broga... mana gambar dari bukitnye tu..

    ReplyDelete
  7. salam singgah,,yq sudi singgah kat blog.. rajinnya nak p puncak Broga...tengok gambar jer ,,, Broga cantik macam scene the lord of the ring hiii

    ReplyDelete
  8. I never been there. Last time ada trip pergi sana but I tak join. I'm not a big fan of outdoor activity hahaha poor me XD

    ReplyDelete
  9. alamak. ada apa kat sana? tak sabar nak tunggu next entry :D

    ReplyDelete
  10. Dah berkurun ajak kengkawan pergi hiking Broga tapi tak mendapat sambutan.. =_=

    Oh my, apa jadik kat geng satu lagi kat atas sana, nak tau..!

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi pergi broga hill T.T
    anyway tq follow kite, follow here too :D

    ReplyDelete
  12. hai..xjumpe pulak cbox nyee. blogwalking here...da follow awk, jemput ke blog sy

    ReplyDelete
  13. bestnya pergi broga hill. sis tak pernah lagi p sana hihih.

    ReplyDelete
  14. best kan pergi panjat bukit broga. ramai kawan kawan saya dah naik, saya je tak pernah lagi.

    ReplyDelete
  15. belum pernah ke sini lg, ofis mate dah sampai..

    ReplyDelete
  16. huhu saya ambik lesen kat kwsn tu. mmg jalan dia besar sikit area situ tp cikgu memandu saya kata prnh beberapa kali kemalangan. dkt situ pun ada univ kan...

    rasa mcm entri ni mistik plak

    ReplyDelete
  17. klu kabo awl mungkin kita bleh menuju puncak bersama. ehhh.. hahaah

    ReplyDelete
  18. salam..
    yaya singgh melawat sini..

    pntg nk masuk tmpt mcm tu mcm2 la cerita ye..hehe
    biasela kalo area hutan/gunung/bukit ke prkra2 mcm tu mmg biasa.kan

    ReplyDelete
  19. salam....hai aini

    singgah sini...blog yang kemas...

    wah pengalaman yang menarik ke broga...pernah nak ke sana tapi masih belum sampai...mudah-mudahan satu hari nanti.

    apa pun gambar yang cantik dikongsikan di sini...

    ReplyDelete
  20. Lawanya KL city at night! ❤️

    ReplyDelete
  21. Hahaha.. boleh pula lalu jalan sunyi buka citer seram.. memang sesuai..

    ReplyDelete
  22. Hihi....saama je gayanya mcm budak kecik kecik kalau nak pergi rombongan sekolah, mlm tu mmg tak boleh nak tidur. Betapa seronoknya tu.

    Pergi dgn geng geng mmg seronokkan MD...

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete