Thursday, 25 August 2016

on top of Broga!

Posted by MisDiarios at 19:08
Assalamualaikum~

Aku sampai di kaki Broga hill around 5 pagi camtu. Suasana gelap tapi sangat meriah ya. Ramai sangat orang nak hiking pepagi buta ni, yela weekend kan. Aku dapat tahu gang lagi satu terpaksa turun awal sebab bunyi guruh kuat masa kat atas puncak. Jadi masa aku nak start mendaki tu, aku doa banyak-banyak supaya tak hujan dan dijauhkan daripada sebarang keburukan. Lampu dari handphone jadi penyuluh jalan. Setapak demi tapak aku langkah dengan azam nak cepat sampai and sangat excited! Sepanjang pendakian telinga aku dikecohkan dengan suara Amin.
"guyss guyss tunggu aku guyss!" -,-
seriusly tak faham betul padahal sejengkal je jauh wkwkwkk.



waktu subuh

Masa mendaki, aku fokuskan betul pada jalan dan batu yang aku pijak. Tak berani nak pandang tepi sebenarnya sebab gelap sangat. Takut terpandang benda lain -,- selepas 20 minit, badan aku basah akibat banyak sangat berpeluh. Mana taknya sambil jalan sambil gelak-gelak, gossip sekali.. Mesti ah semput kan. Kau rasa dah berapa kalori aku tebakar? Lepas ni mesti perut aku kempis kan beb. wkwkwkwk
Bila penat, aku cuba berpaut pada tali kat tepi track, berpimpinkan kayu yang memang disediakan di lorong mendaki. Makin lama rasa makin letih. Dalam hati asyik tanya je bila nak sampai ni woii kaki aku dah lenguh lutut dah ketaq. Sampai satu time aku berhenti dan rasa macam nak muntah. Semua ni tejadik sebab stamina aku rendah. Muka aku sekelip mata je bertukar pucat macam kehilangan darah. Keadaan ni betul- betul telah membuatkan gang aku panik. Kami semua berhenti kat satu track. Mengikut didi, kita lagi sikit nak sampai. Mata aku macam berpinar. Jalan track seakan berbalam dalam anak mata aku. Peluh merecik tak putus-putus. Terdetik dalam hati. Aku nak balik :(

Perlahan-lahan aku cuba langkahkan kaki. Didi, saf, amin kecoh, nash and Dr. bil tak putus bagi semangat. Aku paksa diri aku panjat kalau jumpa batu besar. Paut pada kayu kalau rasa licin. Lompat kalau batu tinggi. Sampailah akhirnya aku sampai di puncak pertama. Kami berhenti kejap di puncak pertama. Guruh jelas memekik dekat telinga aku. Ahhhh seram sangat. Kenapalah aku amik risiko naik sini sedang cuaca seakan marah dan mahu muntahkan lahar air hujan yang tak terbendung lagi kelebatannya. Haa kan camtu sekali aku nak korang feel. Kabus makin tebal. Aku duduk di atas batu besar menghadap kota semenyih di kala subuh. Gelap. Sekali sekali ternampak kereta lalu di landasan jalan raya. Dari atas nampak kecik je cam semut. Awan tebal berhenti di atas puncak. Perlahan-lahan mencurahkan hujan. Dan yess basah lencun aku kena hujan. Lepas 10 minit bermandi hujan. Aku teruskan daki. Sampailah akhirnya aku berdiri di atas puncak ke dua! Yayyy. I did it!. Tapi itu bukan kepuasan lagi. Aku naik lagi sampailah ke puncak yang seterusnya! Ternyata gumpalan awan hitam ibarat sekelip mata je berlalu tinggalkan Broga, berganti dengan dunia yang cerah. Matahari mula timbul di sebalik awan.






Sebenarnya dalam hidup kita ni, normal lah kalau rasa nak mengeluh. Tapi, cukuplah rasa keluhan tu kita je yang tahu. Teruslah berjalan dengan senyuman walau hati kau sakit di tikam pedang! Bukan sebab kau pura-pura nak tunjuk rasa happy, tapi sekurang-kurangnya tu dah cukup buktikan yang kau kuat. Mungkin kata orang, kita boleh je share ape yang kita rasa. Tapi ada ke yang akan dengar. Ramai yang bagi judgement daripada dengar. Jadi, jangan pernah berhenti. Mungkin di saat kau dah penat dan mahu lari, sedikit saja lagi kau akan sampai pada apa yang kau mahukan walaupun dalam perjalanan terpaksa menghadap awan mendung dan hujan.

terimalah peace dari Dr. Bil 

*thank you for reading*











20 comments:

  1. cantiknya pemandangan kat situ.
    akak tak pernah lagi pergi situ.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, cantiknya pemandangan..salam ukhwah dari www.anajingga.com :)

    ReplyDelete
  3. Cantik pemandangan waktu pagi.. Reen xlarat rasanya nak mendaki. Semput..

    ReplyDelete
  4. Cantik pemandangan 😍 Akak pun tak pernah naik lagi. Teringin juga nak mendaki..

    ReplyDelete
  5. cantiknya pemandangan kat situ :o anis dah lama tak hiking.time nak sampai puncak tu je best,bila nak turun malas gila xD rasa nak gelongsor je haha

    ReplyDelete
  6. Subhanallah indahnya pemandangan waktu subuh dari atas puncak Broga.

    Teringin nak hiking unfortunately takde gang.

    ReplyDelete
  7. mesti penat tapi berbaloi bila dah sampai the peak

    ReplyDelete
  8. satu kepuasan bila sampai ke puncak kan...tahiah....anggap ini sebuah kejayaan buat adik..:)

    ReplyDelete
  9. Bestnya.tahniah smpai ke puncak!tp kena hujan plak..aiyoo..klo i dh demam tu

    ReplyDelete
  10. Bestnya hiking awal pagi macamtuu. Tak pernah sampai lagi Broga~

    ReplyDelete
  11. yela... nnt kita naik sama2 ya. heheeh

    ReplyDelete
  12. kalau mek dapat peluang ni mek nak ! hihi. mek pernah pnjt bukit keluang terengganu je --' kira ade jugak la pengalaman hiking :)

    ReplyDelete
  13. Cantiknyaaa broga hill ni kan...
    Tapi mmg x mampu la nk mdaki...
    Semput kanggg

    ReplyDelete
  14. gigihnya nak naik..huhu..bagus2 :)

    jom join GA pertama saya :
    http://thesecretsofleonerz.blogspot.my/2016/08/august-anniversary-giveaway.html

    ReplyDelete
  15. Nice view from the top,belum sampai lagi kat sana

    ReplyDelete
  16. Singgah sini..
    salam perkenalan..
    Done follow..

    ReplyDelete
  17. Broga ni femeskan. Kengkawan ramai jugak yg dah sampai sini.

    Tak suka mendaki. Pernah jugak mendaki bukit kat kawasan rumah. Masyaallah mcm nak putus nafas je. Sama apa yg awak cerita tu. Rasa nak muntah pun ada, nak bernafas pun susah. Itulah sekali naik....mmg tidaklah nak naik lagi

    ReplyDelete
  18. Wahhh..cantik nyee!! Take care dear..I love u :-*

    ReplyDelete

 

Mis Diarios Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea