Habis short sem! - Mis Diarios

Saturday 10 September 2016

Habis short sem!

Assalamualaikum! 

Semalam hari jumaat merupakan hari terakhir aku menduduki final examination paper biostatistics. Sem pendek ni, hanya dua subjek je yang kena seat for final exam tapi disebabkan dalam jadual kedua-dua papers aku habis last sekali, jadinya saat mereka semua telah mengemas barang dan balik ke kampung halaman masing-masing cuma aku lah yang tinggal untuk buat last minute revision. 

So, pagi jumaat aku bangun dengan rasa gembira tapi dalam masa yang sama agak nebes sebab biostat tu one of killer paper! Hapal la formula ape yang ada, selak jalan kerja macam mana nak mula semuaa dan tanpa aku sedar jam telah menunjukkan pukul 8.30! OMG! Paper aku pukul 9.00 pagi. Bagaikan halilintar aku menyambar tudung sarung. 5 minit tunggu lif dari tingkat 13 ke ground floor -,- huuuuu peluh peluh aku dibuatnya sebab gelabah sangat takut sampai lambat. Jalan kaki sepantas mungkin. Kira laju jugak lah untuk spesis penyu cam aku ni. 

Sampai dekat blok examination dengan penuh rasa cuak di dada. Berpusing aku carik examination room tak jumpa-jumpa. Maka saat itu peluh memuncak tidak lagi dapat dibendung. Meliar bola mata hitam mencari nombor examination room dan akhirnya mata aku tertancap pada nombor yang memang dah disimpan kemas dalam kotak ingatan. Dengan senyum melebar aku hayunkan kaki ke examination room. Tepat pukul 9.00 pagi semua candidates diarahkan masuk dengan segera. Maka berderetlah candidates mengambil tempat masing-masing selepas pengawas peperiksaan benarkan masuk. Aku je yang terkial-kial keluarkan stationary, slip exam dan student id. Semua aku dah siap prepare tapi... tapi mana student id aku?! ohh mann jangan cakap aku tak bawak -,- Puas aku terbalikkan beg tapi benda yang dicari tak muncul pun. Memang sah aku tak bawak. Mujurlah si Lankesh kata boleh buat id sementara. Jadi, terus aku pecut pergi admin punya ofis tapi.. ofis admin tutup! what?? Tapi aku redah je. Lepas bagitahu aku nak buat id sementara dekat admin, dia suruh aku refer dekat exam deparment! Nasiblah buidling tu besambung. Jam menunjukkan pukul 9.10 pagi! 

Sesampainya aku dekat exam deparment, dia suruh aku refer pada account department! -,- Maka bila aku sampai dekat account deparment, aku sampaikanlah hajat aku. Tapi boleh pulak dia suruh aku duduk dan ambil nombor padahal mase tu takde orang pun plus, exam department dah bagi pelepasan kat aku supaya terus je refer and tak payah ambil nombor. Tapi akak mekap tebal dekat kaunter account tu beriye suruh aku ambil nombor. Jadinya, terpaksa lah aku ambil nombor dan tunggu. Jam dah pukul 9.20. 
Kali ni aku tak peduli aku terus je serbu, aku nak buat id sementara! Kasilah aku buat kejap stress betul. Kalau ade pedang dah lama aku hunus kat akak mekap tebal tu cis! Then ada sorang akak ni offer nak tolong aku. Bagaikan kera mendapat bunga, aku terima jelah pelawaan tu. Id sementara siap dalam masa 5 minit beserta bayaran RM5 as denda untuk id sementara. 

Pukul 9.30 aku sampai depan examination room. Memicingkan anak mata cari tempat duduk. Aku terus pergi seat aku. Tapi kenapa ada orang duduk dekat seat aku? T_T 
ohhh rupanya salah tengok seat T_T 
Nasiblah pengawas still bagi aku masuk walaupun lambat 30 minit sebab aku buat muka kesian T_T
Aku cakap pada diri lekk lekk, dengan lafaz bismillah, aku mula menjawab dengan hati yang tenang :)

Tepat pada waktunya, aku selesai jawab semua section lima minit sebelum pengawas peperiksaan suruh berhenti menulis. Pengawas mula mengutip paper exam dan bila sampai kat meja aku seorang pengawas ni bersuara 

He: you baru first time final ke ? *muka menjengkelkan
Aku: taklah 
He: Then kenapa tak tulis nombor seat atas answer booklet ni *muka berapi

Cepat-cepat aku tulis dan hantar balik pada singa tadi tu. -,- Ahhhhhh hari ni totally menguji aku. Tapi aku rasa hari nilah paling adventure untuk aku. Keluar je dari exam room, aku disambut mesra oleh Dr. Bil. Aku bagitahu dia id aku tak dapat dikesan dan turut didengar oleh Mai. Maka dengan sukarelanya Mai selongkar beg aku. Dan yes dia jumpa id aku terselit kat dalam poket beg T_T 

so yeahh ade jugak terdetik hari ni hari malang aku ke? Tapi cepat- cepat istighfar bahawa takde istilah hari malang dalam hidup ni sebenarnya mungkin ini pengajaran untuk orang yang kuat berangan cam aku ni wkwkwkwk Sikit pun tak rasa nak moody sebab aku memang tengah happy :D Have a nice day chu olls!! 

*thank you for reading*

17 comments:

  1. wahh good luck dear....hehe takde hari malang tau...biasalah tu akk ni pun suka berangan jugak...angan2 tu akan jd kenyataan kalau kita brusaha utk laksanakan kan dear...good luck whatevr u wantto in ur life
    ..hugs..

    ReplyDelete
  2. kakak mekap tebal tu ikut SOP..kena ambik nombor..walopun xde org..stress kan masa tu..

    anyway, dah lega..boleh raya sakan..Selamat hari raya Aidil Adha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. The real SOP utk buat temporary student id tak perlu pun ambik number sbb dpt pelepasan from exam department.

      Delete
  3. alhamdulillah, dapat ambil exam dan selesai jawab tepat pada waktunya.
    Semoga dapat keputusan yang cemerlang.

    ReplyDelete
  4. ala hai , comel nya blog awak . =)

    btw , saw your comment pasal buku reclaim your heart , nak beli ke ? if nak beli dari nadia pun boleh , still available lagi discount 60% tue =)

    ReplyDelete
  5. moga mendapat keputusan yang cemerlang nanti, sista! amin. and yah, selamat bercuti! eheehehe

    ReplyDelete
  6. Pngalaman tu pengajaran untk kita.. �� tq follow akak. Salam kenal.,

    ReplyDelete
  7. dugaan tu.. inshaAllah mungkin sebab result paper awak ni bagus nanti.. aiceh.. positive positive.. ape biostatistic? idoklah dak sastera spt saya ni memahaminya.. hak3..

    salam singgah dari blog diaridandelion.blogspot.my
    dan selamat hari raya aidiladha!
    ^_^

    ReplyDelete
  8. hai,jom join giveaway saya! :D

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2016/09/first-giveaway-gomoshop96.html

    ReplyDelete
  9. hee takpe.. sesekali jumpa singa tu kan..hehe. good luck ya

    ReplyDelete
  10. Wow! Can't imagine if it happens to me..huhu..T_T
    Pape pun you still made it! I'm proud of you!
    Love u..mmmuahhh :-*

    ReplyDelete
  11. Hihi...teringat zaman2 blajar dlu..
    Kalau x mngelabah mmh x sah kot

    ReplyDelete
  12. Stress weyh baca entri awak ni MD....Mmg kelam kabut tu. Kalau hakak mesti dah terkencing kencing tu....yelah dah melebihi time tuuuuu.. merencik peluh ni tau!

    ReplyDelete