sabar ye! - Mis Diarios

Thursday 21 July 2016

sabar ye!

assalamualaikum~

Bila kelas mula, means aktiviti aku dah kembali macam biasa. Cuma bezanya sem ni ialah sem pendek di mana subjek yang aku ambik ialah subjek wajib universiti dan skills subject cuma ada satu sesat biostatistics. Lepas solat subuh biasanya aku akan relaxkan mind aku kadang-kadang dengar ceramah dekat u tube, ada masa dengar lagu Sami Yusuf. Seriusly kali ni aku nak ubah sikit-sikit. Aku nak kurangkan masa lagha aku, biarlah orang nak cakap aku noob, outdated pasal Kdramas, pasal Taylor and Kim Kardashian or even lipstick Kylie Jenner dah masuk Malaysia ke belum T_T. Cuma satu je susah sikit aku kan kaki shopping online kan, tangan ni asik je dok scroll insta shop sambil pasang niat nak beli shawl ni, dress tu. Teheee! Yela pompan kan. Walaupun aku ni ade macam rock rock sikit tapi ade hati jugak nak pakai shawl diamond diamond.
 Bilik aku menghadap jalanraya jadi aku selalu cuci mata dari tingkap. Jangan ingat aku cuci mata tengok yang bukan-bukan ya. Sekarang ni lelagi time petang macam ni, panjang betul kereta. Sesak! Ahhhh macam nilah kalau berhidup di "city" so called. Dari umah aku tingkat 13 sambung menyambung bunyi hon tapi takdelah sampai buat aku bingit cam nak gusti ngan orang. Ohya hari tu aku ada tapau makanan nak makan kat bilik kononnya. Disebabkan lapar yakmat, lepas baca doa aku makan bagaikan orang pelahap tak makan setahun. Makan punya makan sampai separuh nasi, aku terjumpa lipas dalam makanan aku T_T Kenapa ini terjadik pada aku.... Omagadd.. gila tak gila la kau rasa. Tebeliak mata aku cam panda nasib tak tepelanting nasik tu sebab tekejut beruk yakmat. Burpppp~ Siap sendawa lagi sebab dah rasa kenyang. Aku tengok lipas ni garing macam kena goreng. Aaaa nak nangis pun takde gunanya lagi. Nasib aku tak telan lipas tu:( Rasa macam fobia pula nak tapau makanan lagi lepas ni. So korang kena hati-hati supaya tak jadi macam aku. Malam ni aku order burger je kat bawah. Burger Ramlee daging special dua tingkat! Nyummss ta zabarrr rasanya. Tapi sampai sekarang tak sampai. Ish merungut je. Aku patut bersyukur yang diorang ade buat servis delivery, nak harapkan aku yang pemalas ni, turun bawah beli makanan sendiri pun berkiraT_T  
Ohya, aku pergi kelas jalan kaki. Tak kisahlah hujan atau panas terik, aku redah demi mencari ilmu. Wekk! skema ngatt. Moga tiap langkah akan ada pahala atau ganjaran yang lebih baik. Semoga aku menjadi orang yang sabar ya :) 

*thank you for reading* 



17 comments:

  1. urr...lipas dlm makanan...tidak..
    btw..done follow your blog..

    ReplyDelete
  2. Tak per Aini.. Jalan kaki, lagi sihat tubuh badan.
    Err..lipas? ada buat aduan tak? Ish.. kalau akak, tak tau lah nak kata apa. Boleh terkeluar balik kut makanan tu. Haha.

    ReplyDelete
  3. salam Aini =) haii
    wah.ni short sem ye..ok la tu..
    sbr ye.. ^_^

    ReplyDelete
  4. samalah kita jalan kaki je gi kelas. tapi kelas pukul 7 so pukul 6.30 pagi dh start jalan. semoga ada pahala di sisiNya *skema*

    ReplyDelete
  5. jauh ke kelas dengan asrama?

    lipas tu bawak balik g kedai lain kali, mintak ganti rugi..huhu..dengan gmbr skali~ :p

    ReplyDelete
  6. ada lipas? hai ya Allah. Akak pun geli geleman masa tgh baca td, apatah lagi adik yg tgh makan mengadap sendiri lipas tu kan? eee gelinya..
    Oh! adik nistudent. Waktu ni lah masa yg betul2 indah dan lapang utk capai segalanya. Nanti bila dah berada di dunia sebenar, mcm2 nak difikirkan. Good luck.

    ReplyDelete
  7. Lipas????
    Akak pun pernah kena dik. Bungkus satey balik rumah, bila nak makan jumpa lipas dalam kuah kacang.

    ReplyDelete
  8. What the heckkkkk cockroach. Omg.
    Aiyooo, sabar je lah kan.

    ReplyDelete
  9. Reen pernah kena macam sis.. tapi, dalam mulut. Uhuhu Tengah dok mengunyah, terasa bau lipas dalam mulut. Bau lipas kan busuknya kuat. Terus keluarkan makanan dalam mulut pastu cuci. Perghhh!

    ReplyDelete
  10. saya jalan sni

    http://jarikontot.blogspot.my/

    ReplyDelete
  11. Kelako, baca pun seronok! Moga terus dipermudahkan awak! :)

    ReplyDelete
  12. Apa cerita terbaru Aini? Akak sekarang, macam tak sabar plak nak sambung belajar balik. Hahaha. Cuti ni macam lama plak nak habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak, kite cuti tengah on sem pulak yg tak sabar nak cuti.. akak manfaatkan cuti akak tu ye :)

      Delete
  13. eee lipaaasss :((( mesti berhaari-hari fobia. huda lagi teruk, ratah ayam goreng, tengah makan rasa macam ada benda berdenyut je kat jari ni. tengok-tengok guess what, anak lalat! huda muntah kat tandas, dlm muntah huda banyak da anak lalat, means huda dah telan dh :'( sampai sekarang fobia

    ReplyDelete