new semester! - Mis Diarios

Monday 18 July 2016

new semester!

assalamualaikum~
Aku dah start sem baru hari ni. So far hari ni kelas aku start pukul 8 pagi tadi hehe. Kalau student bila tengok class pukul 8 mesti rasa macam malasss gila kan specially hari ni hari isnin synonym dengan monday blues. Aku memula rasa macam tu jugak siap rasa macam nak berguling-guling je kenapa lah kena balik kampus. Biasalah tu humm. Tapi, bila nak berubah? Sampai bila kita nak rasa macam tu. Tiap kali bila kelas nak start kita nak rasa malas. Sampai je sini dah senja. Langit yang biru dah betukar warna menjadi merah, menampakkan matahari tenggelam di ufuk barat. Sampai macam ni sekali aku nak gambarkan. Sejak dari dalam bas kepala aku pening terasa ligat berpusing macam gasing. Isi perut aku meronta nak membuakkan muntah masam. Driver bas tu bawak bas macam drifter macam nak terpelanting aku dibuatnya. Dalam hati aku memberontak bawak macam biasa sudahlah. Aku cuma mampu pejamkan mata sehingga akhirnya tiba jugak aku dekat shah alam ni. 

"Teksi! Teksi!" Telinga bingit dengan macam macam suara. Dengar je perkataan teksi terus aku sapa. Tanpa banyak soal pak cik teksi berbangsa India membalas dengan dialeknya "Adik mau pigi mana?"
"Brunsfield." Sepatah aku jawab.
"Worite adik"
huuuu nasib pakcik teksi ni tak jadi drifter macam bas yang aku naik tadi. Bila sampai je bilik tempat pertama aku cari ialah tandas. Tak tertahan rasanya. Laju aku memuntahkan segala isi perut yang tertunda. Tekak terasa masam, mata merah berair, kepala pening gilaaa! Aku ingat Allah je sekarang ni.. :( Aku kena kemas kemas baju, yela baru tiba dari kampung halaman kan. Aku kena kuatkan semangat! Lepas rasa macam ada tenaga sikit aku kemas la apa yang patut. Kebas tempat tidur, pasang alas cadar and so on.. Siap je semua laju aku baring atas katil. Lega sangat dapat baring. 

Itu cerita semalam. 
Hari pertama sem baru pun dah nak melabuhkan tirainya. Semoga kali ni aku akan lebih berusaha, sabar dalam apa pun ujian yang Allah nak bagi. Cukuplah enjoy semua. Semangat! :)

*thank you for reading*

20 comments:

  1. Where are you studying babe?

    ReplyDelete
  2. kamu boleh!! yakin pada diri. goodluck for new sem :)

    ReplyDelete
  3. goodluck and all the best for new sem! New sem, new spirit!

    ReplyDelete
  4. Selamat menjalani kehidupan di semester baru.=P

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya yer. belajar leklok.. so far tak de la pulak dalam hidup ni pasal monday blues.. hahaha.. jgn main sgt pasal perkataan2 ni..


    Blogwalking sini jom baca article ;

    Cara Mudah Menggunakan Google Analytic article...

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya menempuhi sem baru.
    akak follow sini.

    ReplyDelete
  7. All the best! You can do it, okeh?! ;)

    ReplyDelete
  8. All the best dek! Akak tengah cuti sem lagi ni. Huhu. Amik course apa?

    ReplyDelete
  9. all the best ye dik... biasalah dugaan hari pertama mcm2 ada kan

    ReplyDelete
  10. good luck utk sem baru ni ye..
    belajar leklok.. :)

    ReplyDelete
  11. memang sesetengah peniaga camtu kan. nak untung je taw sampai kebersihan diabaikan. tsk

    ReplyDelete
  12. yeah semua orang mesti kene rasa perasaan for the first day masuk asrama setelah cuti panjang, memang sedih sikit. nasib baikla tempat huda belaja dekat je dengan kolej :P

    ReplyDelete