Thursday, 14 July 2016

apa makna raya??

Posted by MisDiarios at 23:40
assalamualaikum~

setelah keboncetan akibat kekenyangan dengan kuih raya semua aku kembali lagi dengan mix feeling. Aku kan sikit sikit nak mix feeling. Macam mana raya aku? Macam biasa je. Well, family aku takdelah besar mana, so, bila sorang takde mestilah terasa sebab tahun ni ude raya rumah akak ipar aku. wuuuu siape nak gaduh ngan aku nanti tinggal lah aku sorang cam beruang panda yang kesepian. 
Aku selalu tertanya tiap tahun, apa makna raya untuk aku? Datang rumah orang, salam, dapat duit raya, happy and the cycle repeated. Tu je? Takde kepuasan betul. Takkanlah tak puas lagi dapat duit raya kot. Tu je yang aku pernah fikir dulu. Dulu la okay. Dulu. Sekarang, aku belajar makna raya kali ni, raya aku biase biase je sederhana takde lah persiapan from top to toe sebab bulan puasa aku sibuk sangat dengan hal dunia menghadap final exam yang maha dahsyat mencabar kesabaran dengan perasaan rindu yang membuak-buak nak balik rumah berbuka dengan mak. Dulu time sekolah macam tak rasa je time puasa ada kelas or exam. Aku lah orang terakhir balik sebab paper aku betul betul paling last sekali T_T 

Raya kali ni ajar aku raya bukan untuk dapat duit raya je. Bukan pakai baju lawa-lawa je. Kita salam dengan orang kena ikhlas minta maaf. Macam mana? salam, cium tangan, tengok mata, betul-betul minta maaf. Aku pernah je berbual dengan kawan aku. Aku tanya dia, dia jawab nak tak nak not even looked at me while we were talking. Kau expect apa kalau macam tu? Kene ubah takleh macam tu even tak suka orang tu pun janganlah tunjukkan yang kita tak suka. Pepagi raya kedua Ron called aku. Masa tu suara aku agak rock juga lah angkat phone. Rinduuu sangat tahun ni tak dapat nak raya dengan Ron sebab dia dapat cuti sekejap je T_T But thanks Ron for calling :') Aku patut bersyukur dalam jauh pun aku still ada kawan yang ingat kat aku. Lagi, aku belajar manusia ni pengetahuan dia terbatas. Memang dia nampak gah dengan kata-kata yang hebat, pendapat yang bernas tapi hakikatnya dia tak tahu apa-apa. Kena lah sabar bila jumpa makcik pakcik yang mulut laser. Tak payah lah balas laser jugak. Diam je. Jawab jelah dengan penuh sopan santun mana tahu dia ada anak bujang handsome boleh lah di recommendkan hahaha. Lagi aku belajar sebelum masak-masak untuk raya, akulah yang pergi pasar beli ayam,daging, tomato, kentang and so on.. Aku belajar la tawar menawar kat pasar ni. Abang jual ayam paling sporting sebab aku baru puji ayam dia gemuk dan segar terus nak bagi harga murah kat aku. Seronok ngatt hahaha. Then masa raya nilah nak kenal saudara yang jauh bukan dok kat dapur je. Entahlah aku tak kisah sangat kalau aku nampak buruk masa first raya. Aku kan bibik. T_T Tapi aku kurang sabar betul ada orang yang datang umah buat macam umah sendiri. Baru masuk umah dah gi dapur bukak peti ais amik air. adehhhh aku ketuk pakai senduk baru tahu. Banyak sebenarnya makna untuk hari raya kali ni. Semoga semuanya mematangkan aku lagi. :) Dan sekarang ni aku tengah mengira hari nak balik kampus untuk start sem baru. Walaupun macam dah terlewat tapi nak juga cakap selamat hari raya maaf kalau aku ada terkasar atau terlalu rock sehingga mengguris hati sesiapa je yang baca blog aku yang macam ugly betty ni T_T 

*thanks for reading*



14 comments:

  1. comelnyerr blog awak...salam kunjung

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Selalunya minta maaf gitu gitu je. Most of us don't really know what exactly raya is. kan.

    ReplyDelete
  4. Raya berjalan jalan makan bermaafab..n we have to be happy even ada masalah besar gedabak...haha

    ReplyDelete
  5. yang tak best bila hari raya kena kije...hehe

    ReplyDelete
  6. Yg tak best bila raya teringat assignment melambak2 blom siap.

    ReplyDelete
  7. Salam petang ahad, bw sambil tggu kwn yg janji nk dtg beraya, tah mane tah, tak sampai lagi.
    Jom kita jalin ukhwah😃😃

    ReplyDelete
  8. Salam petang ahad, bw sambil tggu kwn yg janji nk dtg beraya, tah mane tah, tak sampai lagi.
    Jom kita jalin ukhwah😃😃

    ReplyDelete
  9. ada makna tersendiri setiap org tu kan..

    ReplyDelete
  10. semakin besar makna raya pun dah berubah

    ReplyDelete
  11. salam..hai..SELAMAT HARI RAYA..
    yaya ada masa sikit ni..tu yang sempat BW kt blog blogger2 jap..heee
    apa khbar awk? =)

    ReplyDelete
  12. Raya bagi setiap orang itu ada maknanya yang tersendiri. Selamat hari raya juga. =)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikummm ... selamat hari raya.. done follow

    ReplyDelete

 

Mis Diarios Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea