feeling good! - Mis Diarios

Wednesday 29 June 2016

feeling good!

assalamualaikum~ 

feeling so good to be at home. Tiap pagi mak orang pertama yang bangun, kejutkan kitorang untuk sahur. lepas sahur aku gedik gedik baring dalam bilik mak while waiting for waktu subuh. sambil baring baring aku dengar je mak mengaji. i felt so calm. oh ya itu hari masa aku balik aku telah dikejutkan dengan satu surprise yang menggembirakan :)
masa aku balik one of my bff which is farah, texted me that she will come to my house and pick me untuk berbuka sama-sama:) Dengan perasaan yang begitu teruja aku terus melompat dari katil dan menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap. Kesian Farah, masa tu dia baru je balik kerja tapi disebabkan rindu sangat dekat aku dia terus je amik aku kat rumah walaupun dia penat. Tulah dia kawan aku walaupun jauh tapi still ambik jugak tak bagi alasan apa-apa pun.hummmm teharu ngatt :')

sampai je dekat rumah aku, kitorang macam aaaaaaaaa!! pastu peluk aku kuat-kuat. 
macam biasa lah, Farah memang panggil aku sayang but kitorang bukan lesbian ye. Lepas Farah meet and greet family aku, kitorang pun bertolak ke tempat berbuka. Well takdelah jauh sangat pun memandangkan masa Farah datang pun dah hampir nak pukul 7. 

Lepas berbuka dan bersembang tentang apa yang terjadi dengan hidup sejak kebelakangan ni, Farah telah membawa aku ke kedai makcik madu di mana kedai tersebut aku pernah menjadi part timer yang comel disebabkan owner kedai tersebut kawan kepada mak aku. Aku pun ikut jelah yelahh kan Farah yang drive takkanlah aku banyak cekadak kan. Sampai je dekat kedai makcik madu, aku terlihat satu susuk tubuh yang agak familiar pada aku. Kitorang telah bertentang mata untuk beberapa ketika! Pantas dia peluk aku. Yes dialah Ika. Masa tu aku sedih-sedih cakap aku rindu dekat Ika and now she is standing in front of my eyes! Guess what? Rupanya makcik madu tu, makcik kepada Ika. Ika terpaksa jagakan kedai makcik madu sebab macam biasalah takde siapa yang nak jagakan kedai beliau. hahaha :P Ika bukan setakat peluk aku je, dia siap menangis lagi sebab gembira dan teharu. Rupanya bukan aku je yang rindu dia tapi dia pun.

Masa dan jarak tak pernah menjadikan aku, Farah dan Ika "awkward". Kitorang sama je macam dulu. Cuma sekarang, waktu lepas dan apa yang terjadi menjadikan kitorang matang. Yang kawan kerana Dia, sentiasa jadi pendengar setia aku. Tak pernah sekali judge aku. Thanks sebab hadir dalam diri aku dan ingatkan aku kita bukan berkawan di dunia ni je tapi dekat syurga juga. Inn shaa Allah.

*thanks for reading* 


13 comments:

  1. you are a good writer :0 keep writing.

    ReplyDelete
  2. masa dengan kawan baik antara masa paling berharga kan :)

    ReplyDelete
  3. masa dengan kawan baik antara masa paling berharga kan :)

    ReplyDelete
  4. Hi, saya tak jumpa button FOLLOW :( Dekat mana ya nak follow?

    ReplyDelete
  5. hmmm i miss my bff. It has been a long time since we did not meet and chill out.

    ReplyDelete
  6. bestnye ade besfren. saye lepas kawen ni semua kawan dah menjauhkan diri :'(

    ReplyDelete
  7. bestfriend dah mcm family kita kan :)

    ReplyDelete
  8. seronoknya dpt keluar dgn bff. sy jarang dpt jumpa dgn kwn sbb masing2 pun busy huhuhu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Reen doakan awak dapat kumpul dan pergi umrah. Reen pun nak sangat g umrah. In sya Allah..

    Tak pe.. Masih belum terlambat untuk kite audit diri kita agar lebih dekat dengan ALLAH..

    ReplyDelete
  10. bff saya pon masing2 dah ada family sendiri dan jauh kat terengganu. susah nk jumpa

    ReplyDelete
  11. Dapat juga jumpa Ika, Alhamdulillah. Seronokkan bila dapat jumpa bff semula. =)

    ReplyDelete