flashback~~ - Mis Diarios

Sunday, 19 June 2016

flashback~~


Assalamualaikum hai. salam ramadhan!
Apa khabar? Kalau rasa nak jawab khabar jawablah tapi salam tu hukumnya wajib jawab tau. Hee =)
Nak tau tak lately ni aku rindu sangat ngan sorang kawan aku ni. Aku tak tau lah dia ingat aku lagi ke tak. Kalau tak ingat memang teruk lah kan. Tiba-tiba cerita about several years ago appeared in my mind and automatically i was in the situation, place, where the situation happened. Dengan background music yang aku dengar sekarang ni, wahh complete sangat lah aku nak flashback. Kepulan asap datang bawak pergi dunia realiti aku...

Several years ago, dalam classroom~

Dalam kelas aku duduk barisan kedua tapi nak diikutkan tempat duduk memane pun aku bantai je duduk yelah aku kan ikut kepala aku je. Anyway, satu sekolah tu aku tegur je even mak cik tukang siram pokok bunga ataupun mak cik guard. Semuanya aku tegur “haiiii macikkkk!!”. Tapi hari tu aku lain. Loceng bunyi meant kelas hari tu habis lah kan. Semua dah keluar except aku. Aku je still duduk lagi dalam kelas tengok buku-buku aku semua. Aku rasa sesak sangat. Without aku realized, there was someone at the back tengah tunggu aku. Jauh kat belakang tepi tingkap pula tu. Haha. She came to me. Ohya dialah ika. Seorang yang bertudung labuh, suka cerita kisah nabi kat aku, pandai melukis, suka paksa aku dengar dia nyanyi, kitorang ada beg telekung yang sama(warna hijau) dan yang paling penting dia pun rock kapak cam aku jugak~~

Ika: Ain, kenapa aku tengok kau lately ni macam di luar kebiasaan?

Aku: *smile* Mana ada! Malam tadi aku tengok cerita doremon kot.. mandai je kau ni tumbuk kang..

Ika: Poyo ah kau ni.. cer kau cakap tengok muka aku..

Aku: Haa mana muka kau meh aku tengok..

Ika: Ain, kau boleh tipu orang lain but not me..

Aku: Aku.. Aku...Emmmm.. *i was staring at the floor and started to tell her* Ada orang salah faham ngan 
aku. Dia cakap banyak hal negatif pasal aku. Dalam facebook pun banyak cakap pasal ni. Aku malu. :’( And yang cakap tu pun bukan orang lain tapi kawan aku jugak. Aku confuse silap aku ke salah pilih kawan and cepat percaya dengan orang.

Ika: Kau kena ingat ni beb.. apalah sangat pandangan orang kalau nak dibandingkan dengan pandangan Allah? Apa kau buat, apa kau rasa Allah lagi tau.. manusia ni dia takkan stop judge.. even kau buat baik pun orang still cakap.. then apa kau nak kisah? I know that im not in your shoe. I know you better.. aku tak nampak apa yang kau buat sekarang ni salah melainkan orang tu iri hati dengan kau. Kau pandai, baik, suka fikir kawan kau dari diri kau, aku pun selalu mengadu benda yang sama dengan kau tapi kau tak pernah bosan, kau buat lawak semua and the list goes on..

Aku: Tapi aku dengan dia aku rasa macam ada border.. Dia tegur kawan lain macam biasa je tapi bila dengan aku dia tak macam dulu..

Ika: Mungkin itu hint Allah bagi kat kau yang dia bukan kawan yang baik untuk kau..  Boleh jadi kita suka sesuatu padahal ia bukan yang terbaik untuk kita dan boleh jadi kita benci sesuatu padahal ia baik untuk kita.. Allah Maha Tahu sedangkan kita tidak.

Aku: Aku ni jahat ke ika?

Ika: Tak weh. Kau tak jahat. Kau baik. Kalau kau tak percaya kau tengok kawan-kawan kau yang lain. Diorang semua baik-baik malah aku rasa tu kelebihan kau. Kan orang yang baik ni untuk orang yang baik..

Aku dan ika berpelukan.

Aku: Ika aku terima kasih kat kau. Dalam orang pandang aku buruk, kau still nampak baik aku..

Ika: Kau ajar aku benda ni Aini..

Tuppppp~~

Aku tersedar dari lamunan yang entah berapa lama. Hari ni dah berapa lama aku tak jumpa dengan Ika. Lepas habis spm kitorang masing-masing bawa laluan. Aku keluar dari tempat aku. Aku datang kat tempat yang aku sendiri tak pasti apa nasib aku. Bila aku pandang langit, tadinya guruh. Aku tunggu kenapa hujan tak turun-turun. Tapi langit yang gelap tadi jadi cerah balik. Hujan tak turun pun. Macam tu juga lah dengan hidup kita. Bila mana kau ada dalam situasi yang kau rasa berat, gelap tak semestinya jadi pengakhiran untuk kau. Sebab bila Allah nak tolong kau, cuba cakap, kuasa apa yang mampu menghalang?

dadadididudu

*Thank you for reading this*

5 comments:

  1. she is such a good friend. hopefully you will meet her soon =)

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam. good friend will always support you like her :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Akak suka baca cerita Aini, seronok. Walaupun panjang, tapi tetap ada terselit pelajaran. Baiknya ada kawan macam Ika tu. Di mana dia sekarang?

    ReplyDelete