- Mis Diarios

Thursday 9 June 2016

Assalamualaikum.. 

act this is not my first time blogging. i do have one blog previously. Tapi disebabkan faktor-faktor yang tertentu aku terpaksa create a new one atas bantuan RON. haha. RON i tulis nama you besar besar ni.. okay.. sebenarnya aku membawa satu persoalan.. tapi sebelum tu aku nak tanya.. cer teka apa hikmah kehilangan orang yang tersayang.. aku tanya Encik I twice times jugak la.. plus, aku pun ada tanya si RON..

Jawab Encik I, "Sebab ALLAH nak uji kita, tak semua benda yang kita sayang, yang kita suka tu milik kita.."
Tapi, menurut RON, "Sebab kita akan dipertemukan dengan orang yang jauh lagi baik"

Chingggg!!! betul angat ape yang korang cakap tu hahahaha... tak semena-mena aku rasa nak gelak besar.
Sebab rasa gembira sangat akibat mendapat jawapan yang memuaskan. :)

Tapi hari ni, aku nak highlight kan bahawa antara hikmah kita kehilangan orang yang tersayang adalah cara ALLAH nak didik kita supaya meletakkan rasa kebergantungan tu hanya pada DIA.

Aku duduk bersandarkan dinding dalam bilik aku..
Melihat diri, dalam kehidupan seharian kita selalu je bergantung pada manusia lain. Betul kan? kita sedih, kita cari kawan rapat konon nak share. Kita marah, kita luahkan dekat status twitter. Kita gembira, kita sambut kegembiraan kita dengan kengkawan rapat kita.

Dan bila Allah tarik mereka semua dari kita, mulalah kita nak gelabah. "Uwaaaa i dah kehilangan tempat bergantung i chuolss..kawan i semua dah tinggalkan i.."

Yang sebenarnya, Yang Maha Memberi tu Dia. Yang Maha Mendengar tu Dia. Yang Maha Mengetahui tu Dia. Apatah lagi tentang diri kita. ALLAH lah Yang Maha Memahami. Manusia ni sebagai perantaraan je. Kalau betul kita letak ALLAH sebagai tempat bergantung, tak adanya kita nak masam, tarik muka, toreh dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebabnya, kita ada strong faith pada ALLAH. DIA takkan pernah tinggalkan kita dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang.

Ohya. Bukan maksud aku nak cakap yang kita tak ada space langsung untuk bersedih. Yes, we have our own right to feel sad. Kekasih ALLAH juga bersedih tatkala kehilangan orang yang baginda sayangi tetapi biarlah berpada-pada. Dan pada aku, bila kita didik diri untuk tidak meletakkan pergantungan 100% pada manusia,  kesedihan itu pasti dapat dikawal dan tidak lagi berpanjangan :)

Cuba aku tanya siapa manusia di dunia ini paling cekal dan kuat hatinya?

Sudah tentu Rasulullah saw bukan? Mari kita lihat consequence kisah baginda:
Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Semasa kanak-kanak, baginda kehilangan lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda.  Tinggallah baginda bersama-sama bapa saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat, Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.

Hebat sekali dugaan yang menimpa baginda bukan? untuk apa dugaan berat ini ALLAH berikan pada baginda? Ya, jelas sekali ALLAH ingin melatih baginda untuk menjadi kuat, meletakkan sepenuh kebergantungan dan pengharapan hanya pada ALLAH. 

AHA!! untuk menjadi kuat macam baginda, ayuh kita belajar untuk redha dan sentiasa memandang dari sudut pandangan hikmah yang ALLAH pasti akan gantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik lagi daripada apa yang kita pernah ada. Dan sentiasa ingatkan diri kebergantunganku 100% milik ALLAH. 

DADA DIDI DUDU~

*thank you*

4 comments:

  1. Semoga sy pun kuat menghadapi kehilangan ini....hihi

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Kita kena letak kebergantungan kita sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Kalau kepada manusia, pasti ada rasa kecewa.

    ReplyDelete
  3. kena sabar dan tabah selalu

    ReplyDelete
  4. Kenapa aku baru tergerak hati nak baca entri ni sekarang? Kenapa aku tak baca entri ni masa mula mula terbit dulu. ..? Hurmm

    ReplyDelete