Wonderful weekend! - Mis Diarios

Tuesday 15 November 2016

Wonderful weekend!

Aku menutup tudung periuk dengan perlahan-lahan. Wap panas telah menyebabkan cermin mata aku kabur bagaikan kabus di perbukitan. Bau asam pedas semerbak menusuk sehingga menjadikan aku kelaparan yakmat. Pukul 11.30 pagi lagi aku dah siap masak lauk untuk lunch. Aku sejenis yang suka masak lauk tengah hari awal-awal so that aku dan family boleh makan tengah hari on time pukul 12 barulah namanya makan tengah hari! Tengah masak aku pasang lagu cam biase ah lagu justin timberlake baru ade feel nak masak an. Tapi tetibe mak aku masuk dapur tukar channel ceramah ustad Nouman Ali Khan. Maka tetibe rasa nak bertaubat. Mak aku bile masuk bab keje umah dia memang perfectionist. Cair ear wax aku dengar statement terbakar dari mak. Tidak semena-mena "Heyyyy ni apasal potong bawang camni? Potong bebetul." *Ton suare tinggi

Selang 5 minit~

"Anak dara buat keje biar kemas!"

"Ni potong sayur senget senget ni camne ni?!"

Wkwkwkwk. Tapi aku kan sejenis yang hidup dalam dunia sendiri. Mak aku cakap camne pun memang la aku dengar tapi sebenarnye minda aku sedang berada di petala ke berapa tah. Aku rasa cam aku tengah kat dalam spa. Ada orang massage sambil melumurkan mask sejuk untuk menyental segala daki yang ada. Selain daripada tu, di saat orang semua update dengan twidder, facebook and tah pape lagi aku pulak sibuk berbloggging syok sendiri update pasal diri sendiri. wkwkwkwk. Takpun busy dengan game T_T 
Tapi pesan mak, aku mestilah ingat bahawa orang perempuan ni memang lah IQ kena tinggi supaya tak dibongokkan tapi dalam masa yang sama kenalah ada kemahiran tambahan like memasak, mengemas semua. Tak semestinya untuk orang yang nak kahwin je kemon ah tu semua untuk diri sendiri jugak. Mak kate mak tak kisah kalau aku nak belajar sampai kat Pluto sekalipun tapi mesti kena amik tahu hal keje umah. Maka Alhamdulillah im not that expert tapi boleh lah untuk survive diri sendiri. 

By the way Ziron datang 'visit' aku dekat brunsfield. Terharu gila sebab she drived all the way from Pahang just to visit me. Aku turun bawah dari apartment aku dengan penuh keterujaan sebab dari jauh dah nampak jasad Ziron bersandar dekat BMW hitam. Aku rasa Ziron kacak ngat masa tu. wkwkwkwk. Masa dah sampai kat shopping mall untuk dinner pun Ziron pimpin tangan aku sambil jalan like sweet nye. Awhhhhhh... Ron jeles plissss. =p Aku rasa Ziron matured sangat dari segi opinion dia, cara dia cakap... Kagumnyaaa =D  
Sambil jalan, berpimpinan, aku pandang Ziron and asked~

"Tell me one thing you dont wanna lose"

"Your love..." 

"If you see my flaws, would you still love me?"

"Come one we knew each other for almost 10 years. People may change. But you, i know you better. And lagi kalau ade orang cakap dengan sehari dia dah kenal you, i rasa orang tu salah kot. You kan one kind. Unpredictable." 

"Sometimes.. Im just tired.." 

"If you cant be strong for yourself, be strong for the sake of God" 

Maka saat perpisahan dengan Ziron masa tu merupakan momen yang berat sekali. Semoga berjumpa lagi. I miss you every moment Ziron. Keep me in your prayers. *tears 

*thank you for reading*




37 comments:

  1. Mungkin ini first time singgah sini. Salam perkenalan.

    Betul kaum Hawa kena tahu selok belok di dapur melainkan dapat suami pandai di dapur...

    ReplyDelete
  2. Eerr memandangkan macam baru ke sini siapa ziron tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ziron tu name dia sebenarnye fazira tapi name glemer ziron.. instead of saying cantik kitorang suka cakap macam kacak ah u ni or hemsem -,-

      Delete
  3. Friendship goal ah. Rase bukan setakat si ron yang jeles tapi ade org lain lg yg jeles. Sape ek rasenye hehe

    ReplyDelete
  4. Amboi sweetnya friendship korang.

    ReplyDelete
  5. akak pun suka masak awal-awal, cepat masak hati pun senang :)

    ReplyDelete
  6. Awww... Sweet je!

    Anyway. Salam perkenalan sis. 1st time drop kt sini. 😘

    ReplyDelete
  7. Singgh sini jugak, setinggi mana pun belajar sampai ke planet pluto sekalipun kalau dah kawin nanti automatik pandai masak kalau nk blaja lah google j senang confirm teror.ziron tu sape? kekasih er?

    ReplyDelete
  8. Hi Miss Diarioss.. Sori baru berkesempatan menyinggah.. Wow kita sama la suka hidup dalam dunia sendiri...hehehe

    ReplyDelete
  9. suka baca entry kat sini.. macam baca diari.. keep blogging dear.. Best!

    ReplyDelete
  10. Opsss Sapa Ziron.. kekasih gelap, kekasih terang, kekasih samar2... jeng jeng jeng..let me know ye..heheh :D

    ReplyDelete
  11. Hahah. Biasalah tu kalau mak ada dekat dapur rasa semua benda mak tegur dari potong bawang sampai lah ke memasak.

    ReplyDelete
  12. sape ziron tu hmm..hmmm ke :)

    ReplyDelete
  13. Betul sangat cakap mak mak tu, pompuan memang kena tahu pasal kerja rumah untuk kebaikkan diri sendiri.
    Tak kisahlah kau ada 4 lima orang bibik ke apa ertinya kalau kau tak reti masak untuk suami dan anak-anak

    ReplyDelete
  14. wuuu sama sep sep. I pun jenis hidup dalam dunia sendiri kot

    btw bab bawang and sayur sama. bukan apa I nak selamatkan jari jemari -,-'' kang terhiris jari kang. plus cantik ke tak masuk dalam perut jua. kahkah

    ReplyDelete
  15. setuju...ngan mummy..xcantik potongan pun xpa..masuk mulut jugak..sebba my mom selalu komplain bab kat dapur tu

    ReplyDelete
  16. Seorang Ron sedang jeles hahahahha !

    ReplyDelete
  17. Masa tgh baca part spa tu kan automatik akk rasa dlm spa jugak. Bestnya kalau dpt p spa skrg niiii..

    ReplyDelete
  18. Haha tu la kan.. Mak ni benda-benda kecik macam tu pun nak tegur pasal potong sayur tak kena la potong bawang la apa laa, tandanya mak sayang kita.

    ReplyDelete
  19. kdg2 panas gak telinga tp tahan je...sabo je laa... selalu dah kena smpi kdg2 boleh hafal dialog dia hahaha ;-)

    ReplyDelete
  20. Nak masak pon kena amik feel ehh... he he he

    ReplyDelete
  21. tu dia nasihat org yg dah lama makan garam. hihi

    ReplyDelete
  22. Upload la gambar ziron.. nak jugak tengok dye cemana

    ReplyDelete
  23. sedih juga saat2 perpisahan ni

    ReplyDelete
  24. Akak is confused. Kenapa Ziron yang kacak tu dapat kata ganti diri 'she'? Tapi, takpalah! Biarlah kekonpiusan itu berterusan kerana seronok sebenarnya baca blog syok sendiri ni. Akak pun selalu aje time menulis blog tu rasa macam selebriti terkenal jerk tau!

    Eleh, takpa kalau tak tahu masak sekarang. Nanti dah kahwin kita google aje resepi. Melambak. Zaman akak anak dara pungutan, eh bukan... pingitan lagi susah tau. Semua orang ada skil rumahtangga tapi akak takda. But then, survived aje lepas kahwin. Kalau rasa tak pandai goreng ayam, akak goreng drummet aje!

    ReplyDelete
  25. Ooooo ade klu MD ni pakai spectacles rupanya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooooo baru perasan MD ni pakai spectacles rupanya ye..

      Delete
  26. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU MD..MMG SUKA BACA CATATAN MD MENARIK AMAT

    ReplyDelete
  27. wee~ 1st time melawat sini..
    mcm bca novel pulak tulisan sis ni..hoho..follow2..nk bca lagi..

    ReplyDelete
  28. Ooh Ziron tu kawan perempuan ke? Ingatkan bf tadi ;)

    ReplyDelete
  29. Betul sangatlah tu anak dara buat kerja kena kemas, kena teliti tapi hakak pun bukan jenis teliti CD huhu....

    Ni nak tanya Ziron ni alam realiti ke hape? Ke alam berangan je....

    ReplyDelete
  30. Betul sangatlah tu anak dara buat kerja kena kemas, kena teliti tapi hakak pun bukan jenis teliti CD huhu....

    Ni nak tanya Ziron ni alam realiti ke hape? Ke alam berangan je....

    ReplyDelete
  31. Mih mih :) Friendship cam gini yg kita harapkan ;)

    ReplyDelete