cerita seram aku! - Mis Diarios

Friday 26 January 2018

cerita seram aku!

amaran keras: cerita ni sangat digalakkan untuk di baca pada waktu malam.

Fyi, aku ada habit buruk. Buruk tu satu perkara yang subjektif. Terpulang pada engkorang nak definite kan buruk tu cmne. Well, tapi pada aku buruk ah sebab dengan habit buruk aku ni lah telah membawa aku lalui pengalaman yang menyeramkan ni.

Apa yang buruk sangat tu? lek lek.. wat lek wat peace..

Macam ni. Aku kalau kat hostel suka sangat tidur bukak tingkap. Since aku duduk kat apartment tingkat 13, so kalau bukak tingkap, lagi nyenyak aku tido dek kerana angin sepoi sepoi yang nendamaikan. Terasa macam didodoikan pun hade.

Nak ditambahkan cerita lagi, kalau bukak tingkap tu selalunya aku suka ah berangan berangan tengok bulan. Harap jodoh aku pun tengok bulan jugak sebab bulan tu kan satu so kita tengah tengok bulan yang sama. Lepas aku syok sendiri, baru ah aku ada rasa mengantuk. Espeseli kalau aku lepas habis study mesti aku akan ambil mood sambil tengok kat luar tingkap. Pastu nampak la kereta kat bawah tu banyak. Tetibe aku terfikir dorang ni memalam nak gi mane eh? Padahal takde kena mengena ngan aku pun. HAHA

Aku pun tak pasti sejak bila aku start develop habit cmni. Kalau part berangan tu memang perangai aku sejak azali. Maksud aku part bukak tingkap time malam tu. Bukan apa kalau ternampak pape yang tak elok camne? Macam mana tu malas ah aku nak cite. Tapi eceli itu hari housemate aku ade buat ura-ura yang dia ada ternampak benda kat balkoni umah kitorang. Tapi aku buat selamba badak je sidai baju kat situ. Ye ah nak sidai mane lagi. Apartment kot.

Tetiba ada satu malam ni, aku cam biasa ah bukak sikit tingkap. Pastu selak sikit langsir. Perghh bahang seh malam ni. Tapi aku dah penat sangat entah bila aku terlelap aku pun tak sedar. Tetiba aku tersedar macam ada orang kejutkan aku. Terkejut beruk aku bangun. Habis gebor aku tecampak. Sumpah terkejut. Rasa macam roh aku masuk laju gila sebab tekejut. Tetiba rasa seram. Orang dah pesan jangan tidur telangak kan tingkap tu. Anak dara tak elok kena angin malam. Tapi aku degil gak panas katanya. Susah ah aku nak explain... Dia camni tau habit ni macam korang bau belacan tu macam ada bau bacin tapi korang bedal gak an? HAHAHA suke aku je an.

Pastu lepas aku tersedar tu, aku terasa nak terkucil pulak. Tak tahan weh. Sempat gak ah aku tengok jam kat henpon, ade ah dalam pukul 3.00 pagi masa tu. Aku pun dengan beratnye bangun ah dari katil aku yang bertilam nipis ni. Habis sakit tulang belikat aku -,-

Bilik aku bilik master. So, dalam bilik aku ada toilet. Takyah sesusah gi toilet kat luar. Tu pun aku malas jugak nak bangun. On the way nak gi toilet tu, aku jengah jap kat tingkap. Pastu aku tetiba nak keluar bilik saja nak jengah ruang tamu. Cam biasa ah aku ngendap sikit kat sliding door kat balkoni tu. Usha-usha sikit. Kot-kot lah ada akak baju putih bergayut kat tempat sidai baju cam housemate aku gebang tu. Tak pun makcik jual karipap ke. Tapi, takde pape pun. Eceli lega jugak ah sebab takde pape. Cecepat aku masuk bilik balik pastu kunci pintu, terus masuk toilet dalam bilik aku je.

So aku pun langsaikan ah ape yang tertangguh tadi. Perghhhh gila ah.. lega seh..HAHAHA
Pastu aku terus ah nak gi balik ke katil. Tapi sebelum tu aku cam biasa ah dengan habit aku. Lagi mau tanya. Apa lagi.. bukak tingkap ah. Tapi kali ni aku lebarkan sikit pastu selak langsir.

Ok part ni paling seram. Siyes aku bagi amaran kalau sesiapa yang pregnant 7 bulan atau pernah mengalami condition rahim lemah, aku nasihatkan jangan teruskan pembacaan. Pape jadik aku tak tanggung eh.

Time dalam bilik aku tu, masa aku selak langsir, aku toleh kiri aku toleh kanan tapi takde pape. Aku gosok-gosok mata ye ah kasi terang sikit aku kan rabun. Aku jengah ke bawah sikit, pun takde pape. So aku pikir better aku sambung tido. Esok aku ade kelas pagi kol 8 bai. Tetiba masa aku nak tutup sikit langsir, ada seperti kain putih melintasi depan mata aku. Aku macam terkesima.. Whatt whatt whattt da fishh..  Berderau darah aku. Rasa macam pening mungkin aku terkena shock hypertension. Curious pulak so aku pun selak balik langsir nak pastikan bebetul apa benda nya tadi tu. Kot bidadara ke nak jengah aku. Sape tau kan. Lama gak aku tenung benda tu. Dia berpakaian putih yang macam dah lusuh. Rambut dia panjang kusut masai macam habitat yang sesuai untuk kutu membiak.

Aku macam terpaku. Mulut aku terkumat kamit "Allahu..Allahulaa iillaa haaa.."
Aku cuba nak baca ayat kursi tapi tak lepas lepas asik ulang baris yang sama jugak. Langsir yang aku selak tadi terlepas dari pegangan aku. Tapi entah kenapa aku still nak usha benda tu. Aku take a deep breath, pastu aku selak balik.

Tau apa aku nampak? Dia macam elok je terbang menuju ke tingkap bilik aku. Makin lama makin dekat. Angin malam seakan menampar nampar pipi aku dan membuatkan bulu roma aku meremang. Seram woo. Aku nak describe pun tak sure camne.

Related image
kak putih

Somehow, aku macam terpaku. Badan aku nak bergerak pun macam tak berdaya hatta mata aku pun seakan tidak berkelip. Eh tak pedih pulak mata aku. Tapi entah dari mana aku dapat kekuatan nak lepaskan langsir sekali lagi. So aku terselamat lah dari usha benda tu. Aku ingat aku dah terlepas. Tetiba aku rasa ada bau wangi pulak. Ada angin yang meniup aku dari arah belakang badan aku. Ahh sudahh. Ok. Menatang tu betul-betul ada belakang aku. Makin lama makin menghampiri. Kaki aku dah sejuk. Rasa macam dah tak ada gravitational force. Macam terapung seperti angkasawan yang kat luar angkasa tu. Aku beranikan diri toleh jugak belakang.

Ok gaiss kali ni aku betul betul eye to eye dengan dia. Korang betul siyes an nak tahu camne rupa makhluk tu? Eceli aku takde idea nak describe macam mana. Dia biasa je. Takde lah bedarah-darah. Mata tejojol ke, ulat melekat ke. Takde. Dia simple tapi sumpah creepy. Tetibe aku tak tahan sangat sebab hidung aku tetibe gatal. Entah dari mana kekuatan datang, pantas saja jemari aku menggaru hidung aku yang gatal macam kena gigit nyamuk ni. Cuba korang ada di dalam kasut aku sekarang ni. Kompem nangis. Oh makhluk tu ada kudis macam scabbies siap ada nanah. Cliche kan.

Fuhhh Fuhhh.

Aku cuba kawal pernafasan. Aku konpius sekarang ni nak nangis ke nak jerit. Pastu aku dengar bunyi benda tu ketawa macam mengilai ngilai makin lama makin bingit. Lepas tu dia macam semput lepas mengilai.. siap ada bunyiiiii pishhhhhh pushhhh pishhhh pushhh...  Sekarang syok ah aku melawak tapi masa malam tu, hanya ALLAH swt je yang tahu betapa nak pecah dada aku.. Aku cuma ingat mak and bakal jodoh aku je time ni.. Ada la dalam 4 minit camtu tapi sumpah aku rasa macam lama gilaa. Baju tidur aku pun sampai lenjun.. Rasa macam nak tekucil lagi.. Rasa malu nak bagitau tapi hakikatnya tu lah yang aku rasakan. Lepas melepasi situasi yang mendebarkan tadi, tetiba senyap. sepi. Benda tadi dah hilang. Lesap camtu je.

Lepas tu an, bila aku rasa macam dah tenang sikit, aku rasa macam ada benda sentuh aku dari belakang. Hamagad apa pulak ni! Aku dah pesan dalam hati aku jangan pandang belakang, jangan pandang belakang, jangan pandang belakang.. jangan cari nahas.. SA node terus menjana impuls elektrik yang membuatkan otot kardiak aku menghasilkan bunyi lup dup lup dup tanpa henti malah bertubi tubi..

Aku pandang jugak ke belakang..

Lepas dari peristiwa ni, aku dah tak berani tidur bukak tingkap, selak langsir time malam.. Haaa lagi satu aku nak pesan plissss ah jangan pandang belakang. Jangan pandang tepi. Pandang bawah pun korang jangan pandang. Pandang bantal busuk je pastu tidur terus. Betul weh. Kalau tak, sumpah korang nyesal nanti.  Sebelum tidur, Ambil wuduk dulu, kebas tempat tidur, jangan lupa baca 3 kul. Pastu baca 'Bismikallahumma ahya wa amut'.

k sekian kisah seram aku.

*thank you for reading*


65 comments:

  1. Omaigaadd..for real ke ni MD?? Hoho...Kelaka2 jugak, tp kalau kena kat batang hidung sendiri, x tau la..

    Semoga Allah melindungi kita semua..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa ni cerita lawak ni md.. terhibur aku.. tapi dapat la mesej yg kau nak sampaikan.. sebelum tidur ambil wudhuk, baca 3 kul and baca doa tidur.. keep on writing and inspiring MD

    ReplyDelete
  4. Serious ah jadi kat awk kejadian ni? Baca pun dah scary apatah lg kalau kat tempat kejadian. Btw, boleh antar kat page fiksyen shasha cter ni

    ReplyDelete
  5. kita baca sampai habis doh. serius sumpah gila batak scary. baru baca. kalau mengalami. Ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. lepas ni tido jangan lupa tutup tingkap tau :)

    ReplyDelete
  6. seramnya emm, x taula nak kata apa

    ReplyDelete
  7. Weh, seramnye. Tak tebayang kalau ada depan mata sndiri. Huhu

    ReplyDelete
  8. Buat jantung I lup dup lup dup. !

    ReplyDelete
  9. Mau terkedunya kat situ.. pas tu bebuat pengsan... ishhh.. tak mo laaaa

    ReplyDelete
  10. Taktau nak rasa seram ke kelakar bila baca haha. But better tutup tingkap sebelum pukul 11 malam.

    ReplyDelete
  11. xtau nk ketawa ke nk meremang😆😆😆 yg pntg kn beringat selalu

    ReplyDelete
  12. real story ke ni? seram meremangnyaaaa uiiii

    ReplyDelete
  13. As usual a good one from mis diarios. Lawak lah kau ni weh.. aduiii

    ReplyDelete
  14. Kenapa ade yg baca lawak? Aku baca seram jugak nanti aku share experience aku lak apa yg seram

    ReplyDelete
  15. seram ada...kelakar pun macam ada...hehehe

    ReplyDelete
  16. ya allah seram gila!! merenang bulu roma..berani nya awak!!!!

    ReplyDelete
  17. Omaigad. Mama baca mlm2 Pula ni. Big mistake. Now nk g bilik air takut huhuuu

    ReplyDelete
  18. entri seram busyra tak berani bacaa.. haha. udah la pukul 3 pg skrng ni.. lariiikk.. hehe

    ReplyDelete
  19. tak sanggup nak teruskan baca huhu ai ni memang penakut :(

    ReplyDelete
  20. apa yang nampak kat belakang tu..adoiiii..
    boleh jadi pengarah filem ni..details sungguh
    tp terkesima dengan penceritaan..

    ReplyDelete
  21. okay sumpah seram.. >__<
    anyway habit kite same.. suke bukak tingkap memalam :)

    ReplyDelete
  22. Kikikiki... serius betul baca sampai habis...🤪🤗😋👍

    ReplyDelete
  23. u reminds me of my own scary experience. it's quite similar tbh

    ReplyDelete
  24. Huhuhu..ada amaran kat situ, tak jadi nak teruskan pembacaan. Kalau sis bujang, sampai penghujungnya dibaca tau..

    ReplyDelete
  25. Lepas baca ni, tak pasti nak rasa seram atau lawak. Bercampur baur. Hihi

    ReplyDelete
  26. hoiiii kemain beraninye laa hai tidur bukak tingkap.. hihi

    ReplyDelete
  27. lepas ni tidur jangan nak buka2 tingkap ye...

    ReplyDelete
  28. wahh bestnya dah ada pengalaman bertemu akak tu, me nak sangat nampak but i dont what will happened to me if i saw them, pengsan kah speechless kah taktahu lahh hahah.

    ReplyDelete
  29. i dont know what will happened*

    ReplyDelete
  30. Aku baca entri ni pukul 1 pagi sambil dengar lagu Infiniti cinta tapi biar betul eh MD pukul 3 pagi pergi bukak tingkap.. Kalau aku memang confirm terus sambung tidur hahaha lepas pandang belakang, apa jadi? Curious ni hahaha

    ReplyDelete
  31. oh hooooo meremang da laa sy tidur pun bukak tingkap jg

    ReplyDelete
  32. Done follow back and done tak leh tido lepas baca semua ni, terasa seperti ada yang memerhati...

    ReplyDelete
  33. beraninya awak, selak langsir. kita kalau boleh nak tido terus pejam mata. xnakpandang tingkap ke cermin ke

    ReplyDelete
  34. adalah seram juga ..

    cuma bahagain klimaks kurang seram..

    dah nak tahu apa kesudahannya

    ReplyDelete
  35. Seram.. Seram amat.. Tapi kan resepek lah.. Kira kuat semangat juga boleh bertentang mata ngn dia..

    ReplyDelete
  36. Bacalah doa sebelum tidur, agar syaitan-syaitan yang terkutuk itu tidak mengganggu manusia. Salam sukses selalu.

    ReplyDelete
  37. seram nih tapi berani juga tu nak bertentang mata dengan benda tu...haaa dekat kawasan rumah akak sesekali orang nampak pocong, harap2 akak tak nampaklah serammmm

    ReplyDelete
  38. Teringat masa kecil tidur dahulu.

    Sebelum tidur akan suluh bawah katil dahulu. :)

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  40. uish.. risau jgk ye..
    akk pernah jgk kene ggu rsanya (akk ke ek? rsa mcm kene gelar diri sndri makcik je >_<
    tpi, bukan dlm realiti, tpi dlm mpi. Sekali tu, waktu tgk tdo adik akk dok bgi air kat suaminya, tiba2 toleh kat akk & tanya, 'akak tak takut ke?' hampeh!!! takut ape?? tiba2 terbangun & rsa meremang bulu tengkok.. hampeh

    sekali tu pulak, time bulan puasa. Dalam mpi tu, akk tgh baring. Ada sorang ni, perempuan rambut keringting mengerbang paras bahu pakai kelawar kaler merah, masuk bilik terus duduk hujung katil btol2 kat kaki. Dia ambil kaki akk, akk tnya dia nak buat ape tu? Dia menyeringai & sumbatkan kaki akk dlm mulut dia. Masa tu mmg rsa ibu jari tu sakit. Terbgn jugak!! Terkejut plak tu & meremang bulu roma. Besok pginya kesakitan kat ibu jari kaki tu mmg real & ada ada mcm bekas kene cucuk dgn jarum (kuku kaki tu sudahnya rosak & tercabut - serius sakit gile). Pelik? Ntah la.. bulan puasa pulak tu.. mslhnya mmg boleh nmpak kesan 'bekam darah' kat bhgian sakit tu mcm kesan kene cucuk dgn pin

    ReplyDelete
  41. Soo seram! T^T alhamdulillah tak pernah terserempak lagi dengan hakak baju putih tu...

    ReplyDelete
  42. Busyra malam2 palung takut duduk dkt dgn tingkap. Haha. Pengaruh cerita satu hal.. nasib busyra baca cerita ni siang. Hehe

    ReplyDelete
  43. adomaaakkk dik..seramnya..akak memang tak berani la nak bukak tingkap memalam macam tu.. lagi2 ada anak kecik kang ada je menjengah hehehe..

    ReplyDelete
  44. Sekali jer pernah jumpa benda alah ni, tu pun masa kat kampung tahun 1992 dulu. Masa nak gi nagji. (kami ngaji lepas solat isyak).

    Biasanya setiap malam, untuk ke rumah tok guru saya dan sepupu akan kayuh beskal. Untuk sampai ke rumah tok guru tu, kami mesti melintasi kampung kami sehingga sampai disatu rumah yang paling last di hujung kampung.

    Lepas tu pula kami kena lalui satu kawasan kebun getah. Time kami melalui kebun getah ni le, kami terserempak dengan benda alah tu.

    Malam tu saya kayuh beskal di depan dan sepupu saya pula ikut dari belakang. Benda alah tu pun sama, yang tua berjalan di depan, manakala 'anaknya' pula berjalan di belakang. Tapi yang tak logiknya ialah macam mana dia orang berjalan kaki boleh seiring dengan saya dan sepupu yang berbasikal. Laju kot depa tu berjalan. tapi itu yang kami alami.
    Kemudian, sepupu saya memotong beskal saya. Dan.... benda alah tu pun sama, si anak pula memotong si ibu dia. meniru setiap perbuatan kami. Saya cuba menoleh pada benda alah tu, tapi tak nampak pun muka dia orang. cuma siap berkelubung jer.
    Saya pula potong besakal sepupu, dan secara otomatik siibu tu akan potong anaknya. Gitulah dua tiga kali.
    last-last, sepupu saya jerit..." Allahu Akhbar!" dan kayuh laju-laju. saya pun sama.. Kami racing pada malam tu. Alhamdulillah.. benda alah tu tak kejar kami. Mungkin penat kot.. Ye la, depa jalan kaki, kami naik beskal. Mana boleh challenge. Tak gitu.
    Tapi cerita ni tetap menjadi kenangan kami setiap kali saya balik beraya di kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhh serammmmm.... nasib baik naik beskal yaa

      Delete
  45. Kentalnya hati awak boleh tengok benda tu secara berdepan eyes to eyes. Isteri abang ipar saya nak baca surah alFatihah pun tak lepas masa berdepan makhluk macam ni inikan pula nak baca ayat kursi. Memang baca tunggang terbalik jawabnya.

    Apa2 hal kalau terkena lagi sekali macam tu, berdoa dalam hati minta tolong dari Allah. Bila dah ada sedikit keberanian terus jerit Allahuakbar. Baca surah Ikhlas berulangkali.

    ReplyDelete
  46. perghhh kisah benar ni seh. tapi malangnya saya baca cerita ni pukul 10:34 pagi. so tak ada la rasa seram sangat hehee..

    btw saya pun ada habit macam awak juga. buka tingkap time asrama (degree UPM) dulu. tapi sebenarnya bukan habit pun, terpaksa buka tingkap sebab tak boleh nak tutup! hahaha. so tutup langsir je, tingkat terbuka. but still la kan, kalau ada angin apa bagai still boleh rasa. saya pun kalau sebelum tidur, selak sikit langsir acah acah nak check kat luar ada pape ke tapi Alhamdulillah lah takde pape. hehee.

    ReplyDelete
  47. sebab roomate saya selalu tidur bukak tingkap

    ReplyDelete
  48. Gampang Jackpot, Terpecaya dan Lebih Mudah Untuk Menang :D
    Berikut Adalah Permainan Yang Kami Sediakan :
    - Togel - Sabung Ayam - Poker & Domino - Casino - Live Game - Sportbooks.
    Di Depototo(titik)org, 1 Akun Untuk Semua Permainan.
    BBM : D8B7652A
    LINE : Depototo
    WhatsApp : +855882805228

    ReplyDelete