Mis Diarios

Wednesday, 3 July 2019

Life Update!

07:39 19
Life Update!
Assalamualaikum~

Yihaaaa. Setelah setahun aku baru nak tulis blog pasal life update. Like seriusly dude? 
Eceli aku sebenarnye busy. Busy dengan kehidupan aku. Tapi orang kata kita ada 24 hours, so, takkanlah doplohpat jam tu kau busy, eh nok? Tu sume alasan! Malas aku nak dengar. Yang sebenarnye kau pemalas. Wkwkwkwkwk. 

Tetibe aku nak throwback. 

Itu hari aku ade pergi backpack dengan ron ke Melaka. (beberapa tahun yang lalu) Sebenarnye tak backpack pun sebab aku bawak luggage ala ala diva. Perancangan last minutes selalunye berkesan. And yeahhh ni lah perancangan last minute aku dengan ron itu jam! And kitorang plan nak pergi Tanjung Bidara. Aku google Tanjung Bidara cantik, lokasi bulan madu and so on. wkwkwkwk. So aku pun tersetuju nak pergi sana! 

Bayangkan aku habis kelas pukul 6 petang. Aku balik bilik macam flashman ambik luggage pastu bergegas terus ke LRT Glenmarie dan dari Glenmarie ke Salak Selatan dan seterusnye ke TBS. Hahahaha. Guess what tiket pukul 8 malam tapi aku baru tergedik-gedik sampai salak selatan pukul 7.45 kot camtuh. Pastu sampai je jerit cam pontianak. Aku kalau jumpa bff memamng camtuh. To make it short, aku dengan ron kene tinggal bas. Hahaha. Bayangkan dahlah dah book hotel. Masa tu pulak nak beli tiket ke Melaka memang sold out. Nak ikutkan hari-hari biase melambak je tiket ke melaka kat TBS. Tiap jam pun ade. Tapi malang tidak berbau. Satu tiket pun tak dapat. 

So, sebab aku lapar mase tu, aku ajak ron pergi makan dulu kat kepci. Sambil makan tu, kitorang termenung memikirkan nasib. Dan.. 

"Ron apa kata kita pergi melaka naik grabcar?"

Kesian kan? time tu kenderaan sendiri tak ada lagi. Berharap pada public transport je tapi kan dah malam? Tiket pula sold out semua. So aku terpaksa suggest rancangan gila dekat ron. 

So, Ron pun book grab and hampir semua grab drivers reject kitorang. Tapi sebab aku tak putus asa, sambil tengah makan kepak ayam, aku try lagi book grab dan, tiba- tiba dapat notifications yang ada orang accept booking kitorang ke melaka. Tak sampai 5 minutes driver misteri tu suruh tunggu kat gate 5. Dahlah aku tengah mencekik ayam so kelam kabut ah aku kemas2 ayam kepci wkwkwkwkwk. Aku dengan ron pun happy gile sebab kitorang tak perlu kuburkan hasrat kitorang nak ke Melaka. 

So, pergilah aku ke Melaka dengan Ron di malam hari dengan menaiki Grab car. Awkward gile hahaha. Sebenarnye aku ade rahsie nak bagitau hihi.. malu iteww nak cakap.. Sebenarnya itew tak pernah naik grabcar ke tempat yang jauh malam- malam. Ni kalau mak aku tahu mesti aku kene petir ngan mak aku. wkwkwkwk. Tapi aku jujur lah kat mak aku naik grab tapi nasib mak aku tak myocardial infarction. Mak aku kewl je.~

So time aku naik grab itu malam, baru rasa rehat sikit daripada terkejar- kejar sana sini, akhirnya aku pun pasang niat nak tidoq je ah. Aku tengok ron kat sebelah aku ni cam gangster je tido siap silang kaki. Driver grabcar ni bawak kete macam Tokyo Drift bai! Bergegar 8 Skala ritcher tapi aku tengok Ron tenang je tidur sambil melayan spotify beliau. 

Entah bila aku terlelap aku pun tak perasan. 

Dan aku terjaga apabila telefon aku vibrate. 

Aku mendapat panggilan misteri dekat whatsapp call. Pemanggil misteri tu punya DP ialah menggunakan background itam bertulisan merah yang menitis macam darah. Ianya berbunyi begini 
"Aku parangkan kau" 
Bila aku terbaca je, terus terpelanting handphone aku! Aku telah mengalami simtom tachycardic and palpitations pun tak stabil. Sebab aku takut sangat nak kene parang dengan orang tu, aku pun reject banyak kali. Tapi, banyak kali juga dia call aku balik. Hahaha. Then aku angkat je ah. Seriusly aku ingat along nak offer aku pinjaman wang berlesen. 

"Hello, nur ada?" Pemanggil di sana bertanya.

"Ni sape ni?" Aku tanya balik tapi dalam keadaan ngantuk ngantuk gitu. 

"Hello boleh pass kan phone kat nur tak? Ni isa"  Jadi, pemanggil misteri tu ialah Isa iaitu pakwe kepada Ron pada waktu itu. Tapi aku ter-involuntary action, tercakap kat dia nanti aku suruh Ron call balik. 

"Pap" Aku terus off call and sambung tidoq. 

Pada pukul 11 malam kami dah sampai dekat bandaraya Melaka. Aku tengok sunyik gilaa... Tak macam Key El and Jay Bee yang meriah sampai pagi. Macam tak tidur. Tetibe aku teringat cerita hantu yang aku baca dekat Melaka. Pasal Melaka ni tempat bersejarah, tempat pendekar and pahlawan dedulu. Jadi takleh mulut celupaq. Nanti ade bende ikut balik. Eh. Tapi aku tengok Ron kewl gile. Sempoi je layan lagu ape tah. Baik tak payah pakai ear phone sebab satu kete pun dengar lagu Ron. T_T 

Sampai je dekat hotel, grab driver turunkan luggage kitorang dekat lobby hotel dan sejurus je sampai kitorang ape agi check in ah terus. Tapi lobby hotel kemain gelap sampailah dekat kaunter check in hanyalah berbekalkan lampu bulat yang bergoyang- goyang tu je yang cukup-cukup menyinari penjaga kaunter tu. 

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Aku rase ade ah rupe cam hotel Transylvnnia.

"Boleh berikan number booking cik?" 

Ron pun scroll- scroll kat mail box beliau. Dan bila je terjumpa, dia pun pass kepada penjaga kaunter tu. 

" Okay bilik cik berdua berada di tingkat 7. Enjoy!" 

Fuhh aku ngan ron pun ape agi excited ah. Hahahah kitorang masuk je. Fuhhh besar gile and cantik ! Bilik kitorang siap ade bath tub agi.

Sebab penat sangat, lepas siap- siap aku terus tidoq. Sebab esok banyak tempat nak berjalan and kitorang nak check in chalet esok! Nanti aku share agi. bai! 




*thank you for reading*



Friday, 13 April 2018

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa

00:13 47
Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa



Assalamualaikum~ 
walawehhh chu ols.. for the first time ai bersegmen.. sebelum ni semua harus sedia maklum aku memang tak pernah nak join apa apa segmen organized by any blogger sebab aku kan busy. HEHEHE bajet perdana menteri je an tapi hakikatnya betul la. So since sekarang aku tengah having my leisure time, so aku join segmen kak siqah making a blog list. Blog Siqahiqa ni best sebab kalau nak beli buku atau nak tengok movie, boleh terjah Blog Siqahiqa ni sebab normally kak siqah dah review dulu dahh. OK sonang yo kalau ko nak join segmen kak siqah ni.. apo nunggu lai gi la polo molo Blog Siqahiqa like fb dio semuooo buek apo yang disuroh nu. haahahaha aku nak koba selain aku banggo bonar ngan JB aku pun banggo ngan nogori.. sebab tu kampung aku yang tercinto. wkwkwk *tetibe saka nogori masuk time aku type ni sebab tu lah. 


*thank you for reading this* 

Sunday, 8 April 2018

Inspirations ~

22:46 40
Inspirations ~
Assalamualaikum~
Adakah ini yang dinamakan monday blues.. tapi nak diikutkan an aku hari hari pun monday blues.. wkwkwk. Maybe aku perlukan motivation spirit yang banyak daripada setiap penjuru.. 
Itu hari aku ada dapat message 'Hakakkkk lamenyewwwww tak updatewwww manewwww menghilanggggwww.. (perlu ke ko nak tambah www pada akhir perkataan?) 'akakkk kenapwww dhww lamww xdww post bruww' (ni pun same haa.. pang ko kang..)
Walaupun kehidupan hakak hambar dan tak glemer macam Kim Kardashian tapi hakak tetap ada naluri untuk kelihatan vouge de vas. As kalau orang sekeliling hakak mesti tau ah kan sekarang ni hakak tengah strive untuk dapatkan kulit yang bebas daripada acne instead of dapat result distinction in each examination -,- duhhh. Never in my life aku membahasakan diri aku as hakak yewwww aku rasa totally like pondan. 

Tetibe pintu bilik aku diketuk bertalu-talu. Anak fruit aku memang dah jadi habit mereka setiap pagi lepas je bangun tidur akan masuk bilik aku and start ganggu hidup aku. So aku pun dengan excited, i called him " haiiii abangg ( aku panggil anak fruit aku abang) iyommm ikit.." 
Abang pun bagilah morning kiss kat aku pastu an dia tutup idung dan berkata " ucuknya.."
Whatt? dia kata aku busukk? ni yang bikin aku melenting..sudahh lah..malas layan..boo~

ok back in reality and focus on what i am trying to say. Since aku ada jumpa sorang budak junior and she seems like tengah depress. Aku kata first year memang macam tu where kita nak sesuaikan dengan situation in terms of friends, surrounding, studies.. Aku pun macam tu jugak satu ketika dulu.. Kita ni kemana- mana pun akan ada je masalah hatta dok umah pun. Orang kata ahhh stress ah dok sini bla blaa pecaya lah cakap aku kalau kau lari dok dalam hutan sembunyi dalam gua pun, ade je masalah.. 

Nobody is perfect. Tu semua orang tau tapi still aku nak mention lagi. Kita akan mula rasa seseorang tu perfect only if we know her externally. But, when you go deeper, the perfectness will shed one by one. Trust me. Sebab aku pernah je ada dalam situasi di mana aku berjumpa dengan seseorang dan bila je dia discovered my flaws, she left me, she avoided me and let me walked the journey alone. Back then it was when i was in my first year. I learned that kita jangan percaya orang sangat. Silap besar aku sebab aku ni sejenis creature yang cepat percaya dengan orang. Aku bercerita dan mengharapkan orang yang mendengar menjadi a good listener to me but somehow i was wrong. And aku telah di judge based on my stories. Tapi bermula dari sini aku belaja untuk tidak judge seseorang daripada cerita diorang. Every person has a reason why this and that happened. 

Aku tak sedih. 

Tapi aku kecewa dengan diri sendiri why aku percaya pada orang yang salah? 

As time passed, i let the time cure my heart. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan hari tu macam biasa sementara tunggu next class, aku akan pergi surau untuk solat zuhur dengan ditemani Rav. If korang baca blog aku dari awal mesti perasan aku pernah mention pasal Rav ni sebab dia je sudi layan aku merepek and ajar aku cakap tamil -,- 
Lepas solat aku lipat telekung sambil berbual kosong dengan Rav. Cam biase ah aku mesti akan buat fikiran dia porak peranda. Dah ramai orang aku try jodohkan dengan Rav ni temasuk ah sorang lecturer India kat faculty kitorang wkwkwkwk tapi effort aku tak pernah berjaya buat masa ni sebab dia punya taste tinggi takleh bla.. Tapi sorry ah awal awal lagi dia dh reject Fattah Amin sebab ape tah aku pun tak tauu.. Yang penting dia syok gila kat Jul Ripin padahal aku yang bagitau dulu kat dia aku suke jul ripin tapi apa yang aku suka why dia nak suka jugak? whyy? Rav i warn you, you takkan berjaya rampas Jul dari i.. Tunggu i dah tawar hati dengan Jul baru you boleh amek Jul dari i.. wkwkwkwk. ceh bajet aku tiap malam whatsapping je ngan mamat ni.. Anywayyy wkwkwkkwk gelak besar. 


Tadaaa ni lah Rav. Macam Sonam Kapoor tak? Sorry pic aku takde sebab aku kan ber identiti misteri disebalik karakter Mis Diarios. 

Dan mungkin aku pada zahirnya seorang yang happy go lucky. I tend to make a joke with people around me. Paling kerap sekali lawak hambar mesti pishangg gila layan aku an. Tapi ade aku kesah. Cam biase ah bosan ke tak bosan ke aku pakse Rav layan aku wkwkwkkw. 

Daripada happy, suam- suam kuku, hambar.. Aku dengan Rav banyak berjalan bersama. Spend time pergi library buat thesis together gether. Dalam ketegangan sampai hampir gibab asik kene reject je dengan lecturer and kena re-do balik, Rav tepuk belakang aku.

"Dont worry we always can do this!"

"Ok."

"Nini, kau ok ke?"

Sebenarnya tak ok. Tapi tak tahu lah aku rasa macam nak tegelak sebab, Rav ni kekadang ada split personality. Kekadang dia cakap 'aku' kekadang cakap 'ai'. Tapi aku layan je bila Rav in character. wkwkwkwk. Dan macam tulahh hari-hari yang seterusnya. 


Nahhh amek Rav dari sudut sisi pulak. wkwkwk. Macam Doctor kan? (she is doctor in the making)

Kekadang kita sibuk nak buat baik dengan orang lain, sampai kan kita tak perasan siapa sebenarnya yang concern dengan kita. Aku tak cakap Rav kawan yang perfect untuk aku tapi we accept our weakness and complete each other. Dan bila seseorang tu nampak kekurangan kita dan masih pilih untuk stay, maka dialah sahabat kita. Ada juga yang cakap biarkan aku sensorang tak de kawan pun takpe but believe in me kita yang hidup ni saling bergantungan we need each other. Manusia secara fitrah perlukan teman. 

Hari- hari yang aku lalui jadi lagi menggembirakan, apa yang aku dapat simpulkan ialah kita akan jadi lagi gembira kalau kita give more and expect less. toodles xoxo 

*thank you for reading*








Friday, 23 March 2018

Kenapa kita harus bagi peluang pada movie hindustan?

01:01 56
Kenapa kita harus bagi peluang pada movie hindustan?
Assalamualikum~
Dedulu time aku nerd aku pernah berjanji pada diri aku sendiri yang aku takkan minat pada industan. HAHAHA. Sebab time aku kecik aku pernah terjebak tertengok panggung sabtu kat tv3 di mana dekat slot tu tv3 akan siarkan cerita industan. Time aku tengok tu cerita apa tah.... emmmm tetiba aku ingat tajuk dia Kaho Na Pyaar Hai aku tak hengat tapi yang penting why hero dia kurus macam cicak kobeng? Aku pun tak pasti dan mula tertanya-tanya camnelah dia ni leh jadik hero. Pastu bila time hero ni nak kena tembak dengan penjahat an dia boleh elak elak. Bila dia kena belasah teruk teruk je boleh pulak dia bangun balik pastu kejar and kalahkan penjahat tu. HAHAHA sungguh tak masuk akal. So, aku bukan setakat benci malah mengkeji dan mencela cite industan bagaikan nenek sihir dalam cerita mak lampir. Sakit betul hati aku tengok sebab dia punya lari kat taman bunga je dah sejam pastu kekadang dorang joget ganas sangat. Yang tak tahan tu, bila hero nak kat mati mesti tak jadi sebab lepas heroin datang bagi semangat terus ada tenaga macam otomen pastu kuat balik. Eeeiiii nak je aku tendangkan dorangg..


Image result for salman khan best movie
jangan sampai misai tebal ni tembak rambang habis ah wkwkwkk


HAHAAHA

Rilek dulu peminat filem Hindustan ! Jangan cepat sangat nak marah ye. Sebab aku dah macam terkena sumpah. Dulu kemain lagi aku menyumpah seranah. Sekarang bila kawan aku tanya nak tengok movie tak? Pantas aku menjawab "Nak ah weii.." Then bila kawan aku tanya cite ape? Maka aku pun menjawab dengan muka comel dan tak bersalah " Cite Bollywood ah"

Aku ingat lagi tahun 2015 ada cerita Dilwale , the return of pakcik angkat aku Shah Rukh Khan and makcik angkat aku Kajol . Masa tu aku terdengar satu lagu industan kawan aku pasang. Aku terus tanya

"Dr Bil, ni lagu ape ek?"

"Oh, ni lagu soundtrack Dilwale. Cerita ni femes sangat tauuu best gilaaa kita dah tengok dua kali.. Cite dia pasal konflik blaaa blaa blaaa..."

"Yeke? Cite industan bukan dah memang boleh predict ke? semua dah tau dah camne buwekkkk.. "

"Ni lain siket. Cerita ni ada part happy, sedih macam macam ah.. try ah tengok.."

Jawab Dr. Bil dengan nada penuh semangat!

Ahhhhhhhhhhhhhh... Memang aku tak layan semua ni.. Sekali aku dah tak bekenan memang dengan seluruh keturunan kau aku tak minat. HAHAHA Macam ah movie Hindustan ni bermusuh dengan keluarga aku sampai dengan keturunan dia aku nak benci bagaiii. Drama tol. Anyway I cannot brain yang dorang ni suka nyanyi lama lama dalam movie dahlah guna minus one je bukan suara real dorang pun WKWKWKWK.. (eceh aku minus one takpe). Padahal sebenarnya aku penah je layan movie industan dengan penuh perasaan dalam bilik tapi aku make sure takde sape tauu ah. HAHAHA. Tapi aku nak jugak benci dorang, berdegil nak judge dorang by their cover. Tak kire buwekkkk.

Walaupun aku benci membenci tapi orang kate jangan benci benci nanti sayang. Tapi aku rasa mana boleh apply antara aku dengan movie Hindustan. So, aku aku spare jugaklah some room untuk movie industan ni. Dekat uni aku yang time aku benci ni lah dia nak pasang lagu industan.. Bersepah lagu industan kebetulan time tu uni aku yang lagha ni tengah seleberet pesta holy colour run so lagu industan ni bersepah lah kat setiap corner speaker uni -,-  Nak tak nak aku terpaksa dengar. Nasib iman aku lebih tebal sikit daripada kulit bawang so aku hanya terpengaruh cuma sebanyak 10% je WKWKWKWK .

Tapi kawan aku cakap cerita ni tak berapa hebat lagi. So aku macam tertanya- tanya

"Apaaaaaa?? Tak cukup hebat? Maknanya ada lagi cite hebat lahhhhh?"

"Yep lerrr setakat dilwale ape barang layan dilwale.. cer layan Bajrangi Bhaijaan .... "

"What? What the heck is that bajrangi what?" Aku mula bebuat terkejut padahal aku dah pasang niat nak download kat library uni aku sebab kat situ port wifi kuat gilaaa wehhh. Padahal kat situ dah bagi warning dilarang download movie and mp4 tapi aku alaaa sekali sekala ape salahnya. WKWKWK. Pas download ape agi beli ah popcorn kat tesco pastu layan ah dalam bilik. 

Then aku telah dikejutkaan bila tah berapa haribulan Kajol datang KL. Mesti Kajol ni pemes gile an sampai rakyat marhaen semua kecohh yang Kajol datang KL. perghhh daebak ah kajol. Tapi aku tak cukup gigih nak pergi beratur amek otograf Kajol melainkan kalau yang datang tu Aditya Roy Kapur aku rasa aku gigih jugak lah nak pi mintak otograp dia ni. Aik sape lak tuhh.. Dalam benci benci pun tau gak ekk. AHAHAHA. 



Image result for aditya roy kapur
haii abang nak kopi tak? tak penat ke asik senyum secoet je wkwkwkwk

Apa yang aku tak puas hati ni, ade ke kawan aku boleh nak samakan aditya roy ni dengan mamak jual roti prata kat apartment aku. Siap kawan aku pura pura lalu lalang depan kedai mamak tu sebab nak confirmkan same ke tak. Tapi aku dah decide yang tak sama langsung! Ade ke patut. Ada ah 5-6 kali dia lalu lalang kat kedai mamak tu. Dah macam phsyco je aku rasa. Huwaaa kenapalah kawan aku dilahirkan begini.. kenapaaa kenapaa... 

Kesalahan paling bengap aku penah lakukan ialah di saat aku hampir taksub dengan industan ni, aku guna ah hero industan punye gambar as default picture aku kat wassap. Aku penah time tu tengah study tetiba aku sesuatu yang aku curious maka aku pergi ah wassap lecturer aku.. 

"Assalamualaikum sis.. blaa blaa blaaa blaaa.."

Pastu aku pun menunggu lah dengan penuh kesabaran. Bila dengar bunyi ade orang reply wassap je terus aku check.

"Wasalam. Hero industan mane lak ni wassap saya panggil sis?"

WKWKWK tak perasan lak aku ter type sis. Perghhh gila kentanggg. Ahhhhh aku menyesal.. Kalau aku reply nanti satu kelas akan jadi kontroversi and nanti terkantoi ah aku dah hampir fanatik sikit kat industan ni.. Huuuu Tapi aku reply jugak lah and explain blaaa blaa.. Sampailah tiba ke ending nya lecturer aku berjanji nak rahsie kan hal ni kepada umum dengan syarat aku dapat score paper dia wkwkwkwkk... hebakkk ah sir sally ni.. ops! 

Aha tadi aku kata aku just terjebak sikit kan takdelah terjebak sangat pun kan? wkwkwk. Now that you know, aku dah jadi die fan kat hindi movie. Well bukan nak fan sangat pun setakat menjadi hobi di waktu senggang takde pun nak minat lelebih ;P I know lots of  hindis movie fan  out there, you guys are cool bebeh.. gimmee paiii... 

But its kinda fun kalau pikir balik banyak kenangan yang terpahat dalam kepala aku. You have to admit that sometimes kenangan yang silly ni lah yang seronok an! Tapi aku happy lah sebab aku layan cerita yang ada value eventhough aku pura pura tak layan sampai aku marah why kat Malaysia  takde cerita yang gempak yang ada value macam cerita luar negara. Well aku tak nafikan ade je cerita kita yang daebak aku tak kata semua. Never knew that at last aku terjebak juga di tangan filem hindustan  yang ade hero kacak je eh. Yang takde aku takde masa nak layan. wkwkwk 

Before aku the end kan entry ni, terimalah souvenir dari aku~


Related image


hahahaha mesti rasa macam nak lempang sampai patella fracture kan :P

*thank you for reading*