Yihaaaa. Setelah setahun aku baru nak tulis blog pasal life update. Like seriusly dude?
Eceli aku sebenarnye busy. Busy dengan kehidupan aku. Tapi orang kata kita ada 24 hours, so, takkanlah doplohpat jam tu kau busy, eh nok? Tu sume alasan! Malas aku nak dengar. Yang sebenarnye kau pemalas. Wkwkwkwkwk.
Tetibe aku nak throwback.
Itu hari aku ade pergi backpack dengan ron ke Melaka. (beberapa tahun yang lalu) Sebenarnye tak backpack pun sebab aku bawak luggage ala ala diva. Perancangan last minutes selalunye berkesan. And yeahhh ni lah perancangan last minute aku dengan ron itu jam! And kitorang plan nak pergi Tanjung Bidara. Aku google Tanjung Bidara cantik, lokasi bulan madu and so on. wkwkwkwk. So aku pun tersetuju nak pergi sana!
Bayangkan aku habis kelas pukul 6 petang. Aku balik bilik macam flashman ambik luggage pastu bergegas terus ke LRT Glenmarie dan dari Glenmarie ke Salak Selatan dan seterusnye ke TBS. Hahahaha. Guess what tiket pukul 8 malam tapi aku baru tergedik-gedik sampai salak selatan pukul 7.45 kot camtuh. Pastu sampai je jerit cam pontianak. Aku kalau jumpa bff memamng camtuh. To make it short, aku dengan ron kene tinggal bas. Hahaha. Bayangkan dahlah dah book hotel. Masa tu pulak nak beli tiket ke Melaka memang sold out. Nak ikutkan hari-hari biase melambak je tiket ke melaka kat TBS. Tiap jam pun ade. Tapi malang tidak berbau. Satu tiket pun tak dapat.
So, sebab aku lapar mase tu, aku ajak ron pergi makan dulu kat kepci. Sambil makan tu, kitorang termenung memikirkan nasib. Dan..
"Ron apa kata kita pergi melaka naik grabcar?"
Kesian kan? time tu kenderaan sendiri tak ada lagi. Berharap pada public transport je tapi kan dah malam? Tiket pula sold out semua. So aku terpaksa suggest rancangan gila dekat ron.
So, Ron pun book grab and hampir semua grab drivers reject kitorang. Tapi sebab aku tak putus asa, sambil tengah makan kepak ayam, aku try lagi book grab dan, tiba- tiba dapat notifications yang ada orang accept booking kitorang ke melaka. Tak sampai 5 minutes driver misteri tu suruh tunggu kat gate 5. Dahlah aku tengah mencekik ayam so kelam kabut ah aku kemas2 ayam kepci wkwkwkwkwk. Aku dengan ron pun happy gile sebab kitorang tak perlu kuburkan hasrat kitorang nak ke Melaka.
So, pergilah aku ke Melaka dengan Ron di malam hari dengan menaiki Grab car. Awkward gile hahaha. Sebenarnye aku ade rahsie nak bagitau hihi.. malu iteww nak cakap.. Sebenarnya itew tak pernah naik grabcar ke tempat yang jauh malam- malam. Ni kalau mak aku tahu mesti aku kene petir ngan mak aku. wkwkwkwk. Tapi aku jujur lah kat mak aku naik grab tapi nasib mak aku tak myocardial infarction. Mak aku kewl je.~
So time aku naik grab itu malam, baru rasa rehat sikit daripada terkejar- kejar sana sini, akhirnya aku pun pasang niat nak tidoq je ah. Aku tengok ron kat sebelah aku ni cam gangster je tido siap silang kaki. Driver grabcar ni bawak kete macam Tokyo Drift bai! Bergegar 8 Skala ritcher tapi aku tengok Ron tenang je tidur sambil melayan spotify beliau.
Entah bila aku terlelap aku pun tak perasan.
Dan aku terjaga apabila telefon aku vibrate.
Aku mendapat panggilan misteri dekat whatsapp call. Pemanggil misteri tu punya DP ialah menggunakan background itam bertulisan merah yang menitis macam darah. Ianya berbunyi begini
"Aku parangkan kau"
Bila aku terbaca je, terus terpelanting handphone aku! Aku telah mengalami simtom tachycardic and palpitations pun tak stabil. Sebab aku takut sangat nak kene parang dengan orang tu, aku pun reject banyak kali. Tapi, banyak kali juga dia call aku balik. Hahaha. Then aku angkat je ah. Seriusly aku ingat along nak offer aku pinjaman wang berlesen.
"Hello, nur ada?" Pemanggil di sana bertanya.
"Ni sape ni?" Aku tanya balik tapi dalam keadaan ngantuk ngantuk gitu.
"Hello boleh pass kan phone kat nur tak? Ni isa" Jadi, pemanggil misteri tu ialah Isa iaitu pakwe kepada Ron pada waktu itu. Tapi aku ter-involuntary action, tercakap kat dia nanti aku suruh Ron call balik.
"Pap" Aku terus off call and sambung tidoq.
Pada pukul 11 malam kami dah sampai dekat bandaraya Melaka. Aku tengok sunyik gilaa... Tak macam Key El and Jay Bee yang meriah sampai pagi. Macam tak tidur. Tetibe aku teringat cerita hantu yang aku baca dekat Melaka. Pasal Melaka ni tempat bersejarah, tempat pendekar and pahlawan dedulu. Jadi takleh mulut celupaq. Nanti ade bende ikut balik. Eh. Tapi aku tengok Ron kewl gile. Sempoi je layan lagu ape tah. Baik tak payah pakai ear phone sebab satu kete pun dengar lagu Ron. T_T
Sampai je dekat hotel, grab driver turunkan luggage kitorang dekat lobby hotel dan sejurus je sampai kitorang ape agi check in ah terus. Tapi lobby hotel kemain gelap sampailah dekat kaunter check in hanyalah berbekalkan lampu bulat yang bergoyang- goyang tu je yang cukup-cukup menyinari penjaga kaunter tu.
"Boleh berikan number booking cik?"
Ron pun scroll- scroll kat mail box beliau. Dan bila je terjumpa, dia pun pass kepada penjaga kaunter tu.
" Okay bilik cik berdua berada di tingkat 7. Enjoy!"
Fuhh aku ngan ron pun ape agi excited ah. Hahahah kitorang masuk je. Fuhhh besar gile and cantik ! Bilik kitorang siap ade bath tub agi.
Sebab penat sangat, lepas siap- siap aku terus tidoq. Sebab esok banyak tempat nak berjalan and kitorang nak check in chalet esok! Nanti aku share agi. bai!
Sebab penat sangat, lepas siap- siap aku terus tidoq. Sebab esok banyak tempat nak berjalan and kitorang nak check in chalet esok! Nanti aku share agi. bai!
*thank you for reading*
Ramai gi melaka time tu sampai tiket pun habis..hari jumaat kot..
ReplyDeletehuyoooo you are back bebehhh
ReplyDeletewow syaza suka cara penulisan awak. macam novel gitu ;D Salam singgah. done follow Misdiarioss!
ReplyDeletePerjalanan yang menarik untuk dibaca. Tak pernah lagi naik grab ke Melaka. Biasanya suruh member dari Melaka mai KLIA ambik...haha..kesian member sapa suruh selalu ajak mai rumah dia...
ReplyDeletememang ada part kat bandaraya melaka yang agak sunyi. banyak part jugak . hahaha.
ReplyDeletei always love melaka.... backpacker vibes dier best... kalau lama merepeut tak travel, slalu akan ke melaka ala2 feeling jadi backpacker.. hahhaa
ReplyDeleteSELAMAT KEMBALI BLOGGING CATATAN YG MENARIK DIBACA
ReplyDeletehi..i follow u back. nice stories.. sy pun baru come back xoxo
ReplyDeletebaru je follow...Nanti Mama Yan singgah lagi dan baca banyak banyak k.
ReplyDeletehupdate agi banyak ah puhliss
ReplyDeleteperrggh! seram dengar - aku parang kau'. hhehe.
ReplyDeletebtw, tahniah sebab dapat update blog (thumbs-up)
Ha dah ada up-date pun huhuhu ada gak Mrs. A singgah tengok sepi je...
ReplyDeleteTime single okay je sekali sekala buat kerja gilerr... barulah ada kenangan kans tapi mujurlah Melaka je
Khusyuk Mrs. A baca sampai nokhtah terakhir cepat-cepat sambung ya
plan last minit mmg xpenah xbest..menjadi lebih dr yg plan.. fuhhh
ReplyDeletealahhhh baru nak syokk dah bersambung plakkk
ReplyDeletekadang2 travel yang dirancang last minute ni lagi best dari yang dirancang berpuloh tahun...hahahahha
ReplyDeleteBerapa tambang dari tbs ke melaka naik grabcar? Macam cool je vacay main terjah gini.
ReplyDeleteMelaka tak pernah tak hot. Sampai tiket bas pun sold out ye. Lucky u all manage utk check in. Tak lah burn mcm tu je.
ReplyDeleteYouuu kenapa lawak sangat wkwkwkwkwkwkwkkw
ReplyDeletewahhh welcome back ;-)... dari zaman sek lg tix ke melaka mmg sold out...
ReplyDeleteBErapakah Grab charge tu? Malam tu takut
ReplyDeleteCam seram juga criter nie :)
ReplyDeleteteliti akaq baca citer awak, dik :)
ReplyDeletemisteri sangat DP nye....hehehe.....
ReplyDeleteHAHAHAHAHA tergelak gelak den baca. lagi lagi part "Baik tak payah pakai ear phone sebab satu kete pun dengar lagu Ron. T_T" kekekkeee
ReplyDeleteZumal pun tenggelam timbul je
ReplyDeletebusyra pun asyik malas ja nk update.. huhu. kena paksa diri jugak la mcm ni jwbnya. hehe
ReplyDeletelayan movie hotel transylvanis tu best.. lama dh tak backpack. rindu zaman sebelum jd tuning org ni
ReplyDelete