Yo! Yakni aku baru je lepas balik dari kampung. Perjalanan
yang cuma memakan masa 3 jam kalau jalan xjam
dari JB negeri kabanggaan aku ke nogori semilan iaitu kampung nenek aku
yang tercinte. Tapi kan dalam perjalanan banyak stop-stop so the journey tak
jadik lah 3 jam. Hehehe :3
Seawal subuh lagi mak dah bising kat telinga aku..
“Ni kalau letak bom atom pun payah benor nak bangun.”
Seperti yang sedia maklum aku kan kalau kat umah tetibe
jadik dugong. Terbengkalai je atas katil macam berat giler ah nak bangun. Cer kalau
ade lelaki kacak datang kejut aku yang takleh bangun pastuh dia nak kiss mulut
aku macam sleeping beauty mesti aku leh bangun. Wkwkwkwkk. Tapi mulut aku tak
manis sebab bau air liur basi je. Mulut sleeping beauty mesti manis an sebab
lepas lelaki kacak bagi ciuman terus dia bangun. Ishh teruk tol sleeping beauty
ni social ngat. Ok gurau jerrr. Gegadis jangan tiru perangai aku k. Eh tetibe
time tengah tulis entry ni aku teringat satu benda, itu hari kan aku gi ikut
mak aku gathering dengan kengkawan sekolah beliau, so one of her old friend ade
lah approached mak aku tanye aku ni dah berpunye ker kalau tak dia nak
pinangkan aku untuk anak dia.wkwkwkwkwk. Kalaulah dia tau yang aku ni adalah
spesis mamalia yang paling kuat mambadak bila cuti mesti dia nyesal kan sebab
pernah ade niat nak melamar aku untuk anak dia. Tapi apa yang aku nak sampaikan
sebenarnye at least dugong cam aku pun laku gak ek.wkwkwkwk.
Maka demi menyahut seruan kejayaan, seawal subuh lagi aku
dah bangun pastuh terus mandi dan solat berimamkan dak uda. Dak uda tu abang
aku yang ketiga. 2 rakaat subuh berjaya dilaksanakan. Aku menadah tangan saat
dak uda membaca doa mendayu-dayu. Pastuh tak perasan lak aku boleh
terlelap.wkwkwkwk. Pastuh aku kena lecture dengan dak uda sebab tak khusyuk
time baca doa. Lepas je solat semua aku tolong mak angkat bag letak kat bonet.
Perjalanan balik ke kampung pun bermula! Yihaaaaa~
Aku membuang pandangan ke luar tingkap kereta sambil dengar
lagu sami yusuf. Mengharapkan perjalanan ini berada didalam lindungan Allah dan
selamat sampai. Aku cuba untuk sentiasa ingatkan diri supaya selalu berzikir
dalam apa keadaan sekalipun. Supaya hati kita tak kosong dan jiwa lebih terisi.
Bila kereta membelok ke persimpangan Taboh Naning, kereta diberhentikan di bahu
jalan sebab nenek nak beli lemang ok gaiss. Aku teman nenek pergi kat gerai
orang jual lemang tapi dia belum bakar lemang lagi so nenek and aku tunggulah
orang tu bakar lemang sambil selfie selfie dengan nenek.=)Aku suruh nenek
senyum nampak gigi tapi last-last aku lak kene marah ngan nenek sebab nenek
cakap aku nak sabotaj nenek, amek gambar nenek senyum nampak gigi tapi nenek
takde gigiT_T Sambil tu nenek sempatlah belanje aku cendol. Cendol dia kan wehh
sedap sampai melebihi tahap kesedapan segala cendol kat atas muka bumi ni.
Thanks nenek belanja=’)
So, bila lemang siap je, aku dan nenek masuk kereta dan kami
sekeluarga meneruskan perjalanan ke rumah nenek yang terletak di Tampin. Jalan
nak pergi rumah kena lalu tepi gunung. cuaca yang baru teduh dari hujan
menghasilkan kabus bagaikan kabus diperbukitan. Suhu yang rendah, udara yang
segar sekaligus memberikan aku jawapan bahawa inilah perbezaan antara bandar
dan rumah nenek. Lagi satu orang bawak kereta kat kawasan ni semua tahap F1. Laju
gilerrr sampai nak terbang aku rase.
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Mata aku meliar menyaksikan kawasan rumah nenek yang
ditumbuhi rumput liar. Pokok petai depan rumah nenek pun kemain lagi tinggi
melangit betul. Kat kebun nenek. berjuntai-juntai petai ditiup angin. Dah lama
tak balik kampung since nenek aku pun menetap kat negara jiran so rumah ni
terbiar hampir dua bulan. Maka tak hairanlah rumah nenek ni berhabuk dan banyak
tahi cicak. Jadi, jangan haraplah bila sampai je aku boleh melepak. Sebagai
cucu contoh, aku bekerjasama dengan makcik pakcik aku untuk membersihkan rumah
nenek. Semua habuk aku kebas, lantai aku mop. Langsir, alas cadar semua aku
cabut and pasang yang baru. Rasa macam tengah pindah umah pun ade gak. Lenguh
pinggang aku! Aku rase nenek lagi terer daripada aku. Lepas buat banyak kerja
pun nenek sempat lagi belah kelapa dan perah santan sebab nak buat daging salai
masak lemak cili api untuk dinner=) Sambil nenek aku tengah belah kelapa, aku
gi betulkan mesin potong rumput nenek. Tah camane aku godam tetibe boleh pulak
hidup.
‘ Maka, siaplah rumput-rumput sekalian akan aku potong
korang semua’ wkwkwkwk.
Mesin aku hidupkan dan rumput mula dipotong. Aku potong
rumput bahagian depan umah nenek je. Part belakang umah nenek, pakcik aku settle
kan. Badan pun dah lencun, sebelum maghrib munculkan diri, betterlah aku gi
mandi dulu.
Selagi ada waktu dan kesempatan adalah lebih baik kita
manfaatkan waktu yang terluang dengan perkara yang memberi manfaat. Bukankah sebaik
baik manusia adalah yang memberi manfaat? Aku dapat dua benda yang bermakna hari ni. Pertama,melihat
nenek tersenyum dan kegembiraan nenek adalah kegembiraan aku juga.
Thank you for reading
amboii kemain mcm sleeping beauty ye =D
ReplyDeleteHaha kelakar lah awak ni.. best enjoy baca
ReplyDeletekalo dpt bini x pndai masak pon x menjamin kebahagiaan rumahtangga ye giteww., erkk tetibe
ReplyDeleteMisDiarios,
ReplyDeleteHappy balik kg jumpa nenek. Suka nenek layan kita.
Aduhai, tetiba rindu kat nenekku. Al-Fatihah :'(
memang seronok kalau masih ada kampung.
ReplyDeletekampung auntie pun masih ada.
jangan kerajaan johor ambik buat jalan ke Pelabuhan sudah.. sedih tak ada kampung nanti.
Waaa tetiba rindu arwah nenek kita :'( ..sleeping beauty bagai miss diarioss ni haha
ReplyDeleteEnvironment kampung memanglah tak sama dgn bandar
ReplyDeleteBau udara pun dah lain. Itu yg nak jadi dugong tak sudah kan hihi...
kebetulan harini nak pi balik kampung.. rindu lak yak. :D
ReplyDeletebest bila balik kg buat kerja rumah sama-sama. that homey feeling we get memang tak dapat kat mana2.
ReplyDeleteWow! mesin rumput? Mesin tu jenis yang macam mana tu yang tarik aje ke yang kena sandang kat belakang tu?
ReplyDeleteala dah lama tak balik kampung. sob sob
ReplyDeleteDak Uda tu macam menarik perhatianlah. Hahaha. keh, gurau2. :P
ReplyDeleteComel betul nenek selfie taknak senyum nampak gigi sebab takde gigi. Haha. Nenek sempoii. :D
Amboi berangan ja la nak jadi sleeping beauty. Mai kalau terbongkang prince tu pun lari tengok, dah sleeping ugly. Hahahah.
ReplyDeleteHihi.....mcm baca buku novel pulak MD. Cik Drama Queen...
ReplyDeleteTp yelah hakak dulu pun kuat tido jugak, sampailah ke anak 1, 2...asal lepas subuh je tido. Hish mengingatkan dulu..... rasa nak buat correction je.
Tp sekarang tidak lagi! Haha...
Faktor usia kot...
Cendol dia kan wehh sedap sampai melebihi tahap kesedapan segala cendol kat atas muka bumi ni.
ReplyDeleteacu beritau kt mn gerainya tu hehehe
bestnya kalau balik kg. tp kg nenek busyra dekat ja. nenek busyra baru saja meninggal 2 hari lepas. :(
ReplyDeletekan dah kena ceramah dgn dak uda
ReplyDeleteheheh tp xpe, utk kebaikan.
Sronokkan ;) Best gilos dgr cite awk blik kg. Satu je mek nmpk karakter awk, awk memag kental ! Pompuan mesin rumput
ReplyDeletebaca doa sampai terlelap??ahhaha...nasib dak uda tu marah je.tak ketuk dahi kan..heheh.krlakar entry.ni..b
ReplyDeleteRasa nak nyanyi lagu raya Balik Kampunggggg ooooo balik kampunggg, hatiii giraanngggg... Kkk, tau suara I xsedap bak buluh perindu nak gila nyanyi kat sini. Hahahahaha... Seghonoknyaaa balik kampung! But still, yang paling seghonok is bab berangan tu lah. Makcik tu ada anak lain lagi tak? Bhahahaha...
ReplyDeleteberkobar2 semangat balik kg ni ek..kampung nan jauh dimato...selamat bercuti
ReplyDeleteseronok dapat balik kampung
ReplyDeleteAmboi seronoknya dia dapat balik kampung ye hahah. Betul betul enjoy nii.
ReplyDeleteOhhh ong kampung den ghuponyo.. nogori kat bolah mano?
ReplyDeleteBagusnya potongkan rumput.
ReplyDeleteKalau aku, buat dek je hahahaha
jb memang best :-)
ReplyDeleteBaca awal-awal MD share story dah terkekek gelak part sleeping beauty tue . Hihi
ReplyDeletelamanyaaa tak update blog heheh.. nasib kmpung dekat. balik raya tak lah jem sgt
ReplyDeletelamanya tak nampak . ke manakah?
ReplyDeleteHai nini omot omot
ReplyDeletepotong rumput terus sampai bersih ya
ReplyDeletewow... seronok blk kg.... akak duk bayangkan tinggi pokok petai. kt kg akak xde semua tu... syoknya suasana kg kan
ReplyDeletebile awk nk update blog ni. rindu nk bace tulisan awk :)
ReplyDeletehai awakk..cantik blog awakk.
ReplyDelete3 jam je? kaklau dekat mcm ni mahu tiap2 bulan blk kampung :-)
ReplyDeleteSleeping beauty tapi keluar airliur pun boleh..boleh dapat lakaran map kat bantal gitu
ReplyDeletesuka bau rumput lepas kena potong. perangai pelik hehe
ReplyDelete