Assalamualaikum!
Hai bertemu lagi =D bestnya cuti kan, dapat bangun lambat,
dapat kacau mak, geletek-geletek anak fruit, berguling-guling tak payah
tergopoh gapah memerah hotak mencari lokasi di mana lab pathology dan
sekutu-sekutunya berada. Berangan jelah! Cis. Di sini saat jari aku laju
meluncur di atas papan kekunci laptop aku yang berat lagi besorr ni, aku telah
berada di kampus-,- Semalam first class
aku tak datang tetibe dapat text dari Dr.Bil yang assingment telah diagihkan
dengan jayanya. -,- cemni ah hidup seorang student. Untuk pengetahuan semua,
aku memang seorang yang membosankan dan kekadang aneh juga. Sebagai contoh situasi :
Aku: Dr. Bil nak tahu tak? Hahah. Ade orang kan hahaha. Kena
hahaha. Hahahah
Dr.Bil: ape? -,-
Aku: emmm tak jadik la hahahaha
Dr.bil: :3
Sudah dapat bayangan? Emmmmm. Jadinya waktu cuti, aku memang
malas nak keluar rumah sebabnya aku bila kat rumah memang mengantuk setiap
masa. Gi dapur mengantuk, gi tengok tv mengantuk maka jika pergi ke bilik tidur
lagilah mengantuk. Hahahah. Cis! Maka
terdamparlah aku bagaikan dugong. Ada lah jugak keluar umah gi dekat-dekat
contohnya bawak kak ipar merempit beli sayur kat pasar dan kena paksa dengan
mak gi gym. Soalnya mak aku ni seorang yang kuat bersenam. Pepagi aku kena
teman mak jogging, petang pulak main badminton. Dan cycle nya berulang. Ohh ada
lah satu hari aku ngan mak tengok movie tu pun mak ajak aku window shopping
tapi cecepat aku gi beli tiket movie pastu terus tengok movie lepas movie, dating sikit dengan mak. Begitu sekali. Aku rasa kalau kat umah, rugi kalau tak
tidur sebab tilam empuk yakmat! Kalau kat hostel sakit tulang belulang aku dek
kerana tilam yang menipis.
Tapi, dalam dugong dugong aku pun, aku ada kemahuan ok.
Lately ni aku memang suka dengan aktiviti lasak. Kiranya ini adalah satu
keajaiban untuk spesis dugong cam aku di mana aku telah mengajak childhood
friend aku norehan dan mipa pergi bermain watersport di Iskandar Puteri. Kami
juga mengadakan potluck di mana masing-masing membawa makanan yang dimasak
sendiri di rumah. Aku bawak mee soto, Mipa bawak beef lasagna dan Norehan bawak
murtabak famous! Wow! *mata bersinar
Setibanya di sana, aku main banana boat dengan... dengan
sape lagi.. tentulah dengan mipa dan norehan wkwkwkw. Macam nak tepelanting aku
dibuatnya sebab laju benar. Aku rasa lagi sweet kalau time aku main boat ni ade
dolphine kejar kejar aku. Hee =) Bila
boat ni corner ke kanan, maka tersenget sengetlah badan kami ke kanan dan bila
boat membelok ke kiri maka ke kirilah badan kami. Bila kelajuan boat makin laju apalagi dugong cam aku ni cuak la maka terhasilah satu jeritan yang maha
dahsyat. Aaaaaaa! *sambil tarik baju mipa . tarikan aku telah membuatkan mipa
toleh ke belakang dan berkata “woiii jangan la tarik” wkwkwkwk. Lepas beberapa
round, boat tu telah diterbalikkan oleh pengendali boat dan basah kuyuplah aku
dibuatnya. Kami sambung lagi dengan main air. Main kejar-kejar kat tepi pantai
macam dalam drama. Semput aku dibuatnya.
comel kan dolphin =D
comel kan dolphin =D
Dan yang paling ditunggu-tunggu adalah time makan! Makan sambil
chit chat tentang live masing masing. Since aku dajah satu aku sangatlah rapat
dengan dorang ni. Lepas umur 9 tahun aku pindah sekolah and sejak dari tu
kita tak pernah jumpa sampailah sekarang. Persahabatan tu indah ya. Walau dah
sedekad tak jumpa ternyata diorang still ingat lagi bahawasanya aku memanglah
nakal dari dulu. Saat entry ini ditulis mipa dah berada berjuta batu di dublin
dan norehan sedang melentok di dalam kelas di university of aberdeen. Semoga secebis
kenangan kita membuatkan kau dua orang tersenyum gembira. Oh ya. Kawan tu
memang beribu tapi sahabat tu subset kepada seribu tu.
*thank you for reading*
I think you are a good writer. When i read this i just can feel you.. love yaa
ReplyDeleteMD rajin rajin la update huhuhu
ReplyDeleteselamat kembali sebg student.. haha.. adoi law semua tempat mengantuk un susah gak kan..
ReplyDeleteBestnya masih ada childhood friend. Selamat belajar. Blog ni pun comel sgt, and salam perkenalan~~! (:
ReplyDeleteMasa ni lah dah rehat sepuas-puasnya kan.
ReplyDeletetime ctui mmg rht puas puas..
ReplyDeleteCuti memang best untuk orang bujang.
ReplyDeleteBukankah naik banana boat tu akhirnya akan dicampak ke laut juga....
rindu MD!
ReplyDeletelab pathology? uit.student mne dik
ReplyDeletegitu ah dik masa jd student... takpe nikmati n enjoy momen2 semasa jd pelajar tuh... nnti dh keje dh bizi yg amat masa tu msti rindu saat2 kt sekolah saat2 belajar dulu...
ReplyDeletebila dh cuti mmg lah kjenya nk tdo je kih3
terhibur tgk dolfin tuuuu!
ReplyDeleteAssalamualaikum MD,
ReplyDeletemembalas kunjungan awak. masyeh sudi singgah ke blog hamba.. ^_^
take an advice from someone yg pernah bergelar student.
jangan duduk dalam bilik jadi dugong.
keluar, & explore the world!
chill up, add more friends, add more experience!
and try to go to all the class no matter whatever happened.
you'll miss it one day >,<
jadi dugong time cuti je. i took part in some of my faculty events. i also joined study trip with my lecturers and coursemate. dugong while my sem is ON is totally not me -,- i also explored something everywhere which is not only need me to go outside to explore. everyday i gained new experience because different things happened to me day by day..i cant chill up so much because i really need to focus on my study as my course is quite heavy for me but yes i did some chillin when i met my close friends :D uni life is really fun for me. for sure i will totally miss my campus moment
DeleteI tak pernah main banana boat pun sebab takut TT__TT
ReplyDeletethis is me your best friend. kitorang sayang kau sebab kau baik :D teruskan jadi diri kau yang bagaikan pelangi bagi warna pada orang sekeliling. love til jannah mataku.
ReplyDeleteape nama sebenar MD ni sebenarnye
ReplyDeletedugong kan suka air...hihi...bestnya ada BFF, kwn susah & senang..Friendship Remains And Never Can End...
ReplyDeleteByk gak aktiviti tu wpun jadi dugong sesekali ... Rehatkan otak jap masa cuti
ReplyDeleteByk gak aktiviti tu wpun jadi dugong sesekali ... Rehatkan otak jap masa cuti
ReplyDeleteWahhhh..seronok nye cuti dpt pegi hangout dgn kwn2..emmm..jd dugong ta kesah..yg penting ta menyusahkan org lain n tlg2 mak buat keje rumah kan..hehe..love you MD :-*
ReplyDeletelast naik banana boat di Escape, penang. kalau free turun la :) all the best utk MD dgn kwn2 tu. 2 2 ada kt europe :)
ReplyDeletebaguihnya anak dara ni tengok movie ngan mak..haaa cam tu lah..jgn tengok movie ngan bf tau..huhu
ReplyDeleteapapun i know u r clever girl..even jd dugong..i can feel u r clever..akak pun kalau cuti suka trperap kat bilik n tido..tp sebenarnya kit org yg aktif malah bijaksana hahah..cuma kalau duk umah mak..kita akn jd telebih manja dan agak malas...huhu..ok dear..keep.on update ya
ReplyDeleteHahaha kak irda is so understandingg muahh
ReplyDeleteBanana boat ! Mek prnah skali naik banana boat hampir lemas pulak tu --' nightmare
ReplyDelete