Assalamualaikum!
Hai! Im so excited. Pukul 4 pagi Nash dan Didi datang jemput
aku depan rumah okay guys. Aku dah bangun dari pukul dua sebenarnya sebab rasa
macam excited gilaa! Dalam pukul 3 pagi camtu Dr. Bil pulak called aku. “Hello
nini dah siap belum? Kita saje check nini dah bangun belum” hahaha. Bukan tu je
Saf pun dari pukul 12 malam dah remind aku jangan tak bangun pula. Ohya aku
pergi hiking dengan Saf, Amin, Didi, Nash dan Dr. Bil. Sejuk gila keluar pepagi
camni. Lepas dorang semua jemput aku, kitorang semua bertolak pula ke rumah Dr.
Bil yang terletak di Gombak. Perjalanan nak ke rumah Dr. Bil mengambil masa
kira-kira 30 minutes. Kami merentasi bandaraya Kuala Lumpur. Memang betul ya
orang kata ibu kota tak pernah tidur. Boleh pula banyak kereta dan sempat pula
jammed di kala jarum jam menunjukkan pukul 4 pagi. Ada yang tengah kemas-kemas
nak buka kedai, seawal itu untuk mencari rezeki. Kalau tak pergi hiking, mesti
aku tengah terbongkang dalam selimut, sedap tidur. Banyak betul homeless people
di KL ya. Kesian aku tengok :( Tidur berpeleseran di tepi koridor kedai-kedai. Tiba-tiba aku terpandang dua
orang mak nyah sedang melambai-lambai mencari pelanggan. Oh man sungguh tak
cool.
KL at night!
Pagi tu Nash yang drived while Amin jadi petunjuk jalan. Aku
duduk seat belakang la of coarse. Mata aku segar sangat seakan takde sikit pun
rasa mengantuk. Sepanjang jalan aku jerit “Horayy! Kita nak gi hiking!” Aku
rasa Nash mesti bingit sebab aku duduk betul-betul belakang kerusi pemandu.
Didi dan Saf pula sedap tidur. Tiba-tiba telefon aku berbunyi lagi. Oh! Dr. Bil
call.
Dr. Bil: Hello nini dah dekat mana?
Me: Dekat atas jalanraya ni
Dr. Bil: hishhhh... Ni kita na kasi tahu klu yang
menunjukkan korang dah sampai rumah kita
Me: Ye apa dia?
Dr. Bil: korang akan nampak tong sampah kaler hijau
Me: okay!
Setibanya di taman perumahan Dr. Bil kat Gombak, kitorang
masuk ke lorong rumah Dr. Bil.
Nash: Mana satu umah Dr. Bil ni?
Me: Dia kasi tahu umah dia ada tong sampah kaler hijau
Amin: Takde landmark lain ke? Aku rasa semua tong sampah
kaler hijau wkwkwkwk
Tiba-tiba aku ternampak ada orang lambai-lambaikan tangan
di hadapan pagar rumah. Ya itulah Dr. Bil. Then kitorang terus menuju ke
destinasi iaitu Broga Hill :D
Saf bangun dari tidur dan menghulurkan roti. Bila dengar je
plastik makanan, Amin cepat je toleh belakang. Pantang betul dengar makanan.
Bila dah masuk highway serius macam rasa creepy sebab jalan betul-betul kosong.
Sunyi sepi. Cuma kadang-kadang ade sebiji dua kereta lalu. Saf pula buka cerita
seram. Boleh pula dia kata dia terdengar suara mengilai -,- Itu telah
menyebabkan Dr. Bil kecut perut dan terasa nak berak katanya. Tapi cerita
tersebut telah dipotong oleh Amin. Nash terus tekan pedal minyak. Pecut kereta
membelah malam. Ohya, sebenarnya ada lagi geng kitorang yang dah sampai kat
puncak Broga. Tapi diorang dah turun dulu dari puncak sebab ada sesuatu telah terjadi. Itu telah membuatkan
perut Dr. Bil betul-betul nak terberak.
Ok. See you alls in the next entry untuk cerita macam mana
perjalanan aku ke puncak Broga!
*thank you for reading*
*thank you for reading*
wow ! excitednya.. mek tunggu next entry pulak..
ReplyDeletedh la jln snyi pastu blh plak bukak cite seram..
ReplyDeleteseram plak dgr.. hihi
wahhhh..team coway akak pun ke broga semalam pukul12,mula-mula akak nak join tapi lewat balik ofis habis tak pergi pun,tapi adventure tu kul 12 diorang naik..:)
ReplyDeleteWahhh bestnya boleh naik ke broga. Tak pernah-pernah sampai lagi ke sana T__T
ReplyDeletedlu g Broga duk bwh je..haha..sediyh
ReplyDeleteHaha laaa nape duk bawah je? Rugi tauu tak naik :D
Deletehaha ada org melambai2 yer.. :D :D dia pun nak ikot sekali tu naik bukit broga... mana gambar dari bukitnye tu..
ReplyDeletesalam singgah,,yq sudi singgah kat blog.. rajinnya nak p puncak Broga...tengok gambar jer ,,, Broga cantik macam scene the lord of the ring hiii
ReplyDeleteI never been there. Last time ada trip pergi sana but I tak join. I'm not a big fan of outdoor activity hahaha poor me XD
ReplyDeleteDah berkurun ajak kengkawan pergi hiking Broga tapi tak mendapat sambutan.. =_=
ReplyDeleteOh my, apa jadik kat geng satu lagi kat atas sana, nak tau..!
lain kali ajak kitaa
Deletetak pernah lagi pergi broga hill T.T
ReplyDeleteanyway tq follow kite, follow here too :D
hai..xjumpe pulak cbox nyee. blogwalking here...da follow awk, jemput ke blog sy
ReplyDeletebestnya pergi broga hill. sis tak pernah lagi p sana hihih.
ReplyDeletebest kan pergi panjat bukit broga. ramai kawan kawan saya dah naik, saya je tak pernah lagi.
ReplyDeletejgn lupa smbung tau..
ReplyDeletebelum pernah ke sini lg, ofis mate dah sampai..
ReplyDeletehuhu saya ambik lesen kat kwsn tu. mmg jalan dia besar sikit area situ tp cikgu memandu saya kata prnh beberapa kali kemalangan. dkt situ pun ada univ kan...
ReplyDeleterasa mcm entri ni mistik plak
klu kabo awl mungkin kita bleh menuju puncak bersama. ehhh.. hahaah
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteyaya singgh melawat sini..
pntg nk masuk tmpt mcm tu mcm2 la cerita ye..hehe
biasela kalo area hutan/gunung/bukit ke prkra2 mcm tu mmg biasa.kan
salam....hai aini
ReplyDeletesinggah sini...blog yang kemas...
wah pengalaman yang menarik ke broga...pernah nak ke sana tapi masih belum sampai...mudah-mudahan satu hari nanti.
apa pun gambar yang cantik dikongsikan di sini...
Lawanya KL city at night! ❤️
ReplyDeleteHahaha.. boleh pula lalu jalan sunyi buka citer seram.. memang sesuai..
ReplyDeleteHihi....saama je gayanya mcm budak kecik kecik kalau nak pergi rombongan sekolah, mlm tu mmg tak boleh nak tidur. Betapa seronoknya tu.
ReplyDeletePergi dgn geng geng mmg seronokkan MD...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete