assalamualaikum
adapun sudah tertulis lagi bahawa pada hari ni, pagi ni, aku menulis lagi. Dan sudah tertulis juga kau terbaca tulisan yang aku lakarkan pada hamparan yang sepi ni dan tak berapa nak sepi sebab kekadang aku ni seorang yang havoc lagi kecoh juga.. Soalnya bila aku dengan cousin aku berbual padahal berdua je, lalu di tegur oleh makcik aku bahawa katanya kami berdua berbual dah macam sepuluh orang punya suara. So kau rasa? wkwkwk bosan ngat! Sekarang ini, detik detik saat yang berlalu seolah amat cemburu ya dengan aku. Baru buat itu ini sikit tengok jam phewww tetibe dah malam. Masa yang berjalan tidak terasa keperjalanannya. *what is that
Itulah banyak sangat benda lagha nak buat masa kat umah ni lalu terbengkalai niat nak hupdate blog. Itu semua disebabkan aku baru download movie doraemon, girlfriend ajak oncall dan sebagainya, maka bila ter(on) lappy lalu tangan ni ringan sahaja meng(klik) cerita doraemon dan bila off lappy, terasa nak scroll instagram tengok instashop then terbeli lagi shawl baru. Mannnn. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang selalu gagal dengan ujian ujian duniawi.
so yeaa shoot to the topic mentioned above! apa makna aidiladha pada korang? Adakah hanya melaksanakan ibadah menyembelih lembu, kambing?
Kembali pada beribu tahun lampau~
Ibrahim AS mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya Ismail As. Mimpi tersebut lalu sampai ditelinga Ismail AS maka berkatalah Ismail AS bahawa sekiranya mimpi itu merupakan wahyu Allah maka baginda sedia merelakan dirinya untuk disembelih. Adapun setelah mencapai kesepakatan, keesokannya Ibrahim telah membawa anaknya untuk disembelih. Lalu bertebaranlah cerita ke seluruh nusantara bahawa Ibrahim AS mahu menyembelih anaknya sendiri! Baginda mengucap kalimah atas nama tuhan lalu memancung leher anaknya maka terperciklah darah. Dan apabila baginda membuka penutup matanya alangkah terkejutnya baginda bahawa yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas.
Kembali balik pada 2016~
Aku cuba tengok sepanjang aku hidup dalam dunia ni pengorbanan apa yang aku pernah buat? Dahla macam-macam aku nak. Maklumlah perempuan ada 9 nafsu yang jika tak dikawal maka 9 nafsu tulah yang kawal. Aku jadi diam sekejap. Entahlah tak dapat nak recall. Kalau adapun takkan aku nak list one by one here dude. Biar sahaja antara aku dengan tuhan dan malaikat pencatat menjadi saksi. Moga-moga pegorbanan yang sedikit itu mampu menjadi pembela disaat hari timbangan. Apa yang penting mestilah niat untuk memperbaiki diri dan yang pertama sekali, mesti tengok diri sendiri dulu bukan orang lain. Salam aidiladha semua.
*thank you for reading*
awak :)
ReplyDeletehehe korban ni tentang Nabi Ibrahim kan? Mungkin awak typo jadi Nabi Musa kot.
hanisamanina.com
omg thanks! baru perasan!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin
ReplyDeleteBuzz!
ReplyDeleteBuzz!
ReplyDeleteSelamat hari raya dear..!
ReplyDeleteTerima kasih awk for the sharing.. byk bnda kita kena berkorban dlk hidup ni..Antara sedar atau ta je..sayang awk..:')
ReplyDeleteAduhhhh sapekah org atas ni adakah kekasih gelap misdiarios
ReplyDeleteselamat hari raya :3
ReplyDeleteyup penting jaga kesihatan :D
ReplyDeleteBesar erti korban ni kan,...
ReplyDeletekah kah kah..mesti Mis ni peramah kan
ReplyDeleteSalam Aidil adha MD....
ReplyDeleteBtol tu, kne tgk diri kt dlu sblom tunding kat org :)
ReplyDelete